Wednesday, June 6, 2012

Tido Abam Bernilai RM 150

okey..aku free sekarang (eh!macam ada keje lom siap je.tapi takpe..esok masih ada.ada kah?). so aku nak citerlah apa yang berlaku masa kami kat sana sebelum aku lupa.rasanya aku takkan lupa kisah ni bila tengok muka si abam.



watak utama cerita satu petang yang mendamaikan menjadi kecoh tetiba yang bertajuk 'Tido Abam Yang Bernilai Rm150'.

kisah berlaku pada HARI PERTAMA DI LANGKAWI masa kami singgah depan WaterWorld Duty Free Shop nak beli cokolat tu.budak2 dah nampak keletihan lepas makan..dahlah sebelum tu sibuk berendam..muka masing2 dah mengantuk tapi kakak dan adik nak jugak ikut aku masuk beli cokolat.tapi abam tak nak ikut.so tinggallah dia dengan en abe.

lepas je aku beli cokolat tu dan ontheway ke keta,aku nampak dari jauh cik abe sedang mengetuk cermin keta..dalam hati dup dap dup dap..hati aku dah boleh agak 'sah budak bertuah ni dah tido dan pintu keta terkunci'.hati ibu ni memang istimewa.dan tekaan aku memang tepat.rupanya dah setengah jam cik abe mengetuk pintu tapi abam lena tido tak sedar diri.keta kami bukan jenis auto lock so aku rimas jugak ngan keta tu..masuk je terus dia auto lock.

tarik napas.............so aku dan cik abe tepuk cermin dan goyangkan kereta pun dia tak bergerak.hati aku dapat rasa dia memang tido sangat lena.aku tak fikir pun dia pengsan ke hapa.perbuatan kami berdua jadi perhatian orang keliling.orang makin ramai datang tanya apa yang berlaku.aku rasa macam bengang pun ada..macam kami sengaja biar anak dalam keta.

cik abe sebenarnya kuar dari keta nak beli roti dan air untuk makan dalam bilik hotel.suh dia kuar dari keta dia taknak..keta tu betul2 depan kedai.tapi tak sangka dalam masa 5 minit dia boleh tertido.memang sedap la dia tido dalam ekon tu..lena sungguh macam Sleeping Beauty dah aku tengok.lagi digoyang keta tu lagi lena..

mamat-mamat arab badan besar tu goyang keta macam nak terbalik aku tengok.last-last aku cakap kat cik abe 'pecahkan je cermin keta ni.kang jadi citer budak lemas sebab tertido dalam keta tak pasal-pasal kita masuk paper muka depan'.masa tu nyesal pun tak guna.duit boleh cari..tapi anak yang aku susah payah lahirkan dia takkan sama w,pun aku ada 10 anak lagi.nauzubillah..takut aku membayangkannya

orang sekeliling juga memainkan peranan menyebabkan aku suh pecahkan cermin tu.ada sorang apek tu lagilah buat aku risau.katanya 'nanti u punya anak boleh mati lemas wo'.adoi apek..

pinjam hammer dari orang yang tengah buat renovation kat water world tu untuk ketuk cermin..elok je cermin tu pecah,abam pun bangun dengan mamai.mesti dia terheran-heran kenapa orang ramai tengok dia.

oh masa tu aku perasan ada seseorang ambik gambar kejadian..blogger kah dia?aku pun masa tu ada gak rasa nak ambik gambar,hehe.bukan apa..bukan sebab aku tak risau tapi sebab aku yakin abam cuma tido..bukan pengsan pun.

so moral of de story..kalau bawak anak tu jangan tinggalkan dalam keta.kalau tido pun kejut sampai bangun.sangat bahaya kalau jadi macam kami..sib baik takde apa-apa.

abam oh abam.tapi bila aku citer balik kat dia,boleh pulak dia menjawab 'bukan salah abang.orang tu la yang salah sebab pecahkan cermin keta tu'.

boleh?

23 comments:

Rai said...

hahaha..adeh..semua pakat pegi ke..kejap je takdenya jadi sampai lemas..lagi pun kan ada ekon..tapi elok jugak ko berjaga2..tak pasal2 kena ganti cermin..

keta aku tak autolock..tapi kalau laki aku pegi kedai memang aku lock..kalau aku yang pegi laki aku tunggu kat tepi keta..tapi dia renggangkan takut bebudak tu lock..nak lock nya tu memang senang.tapi nak tarik tu susah kan..

moralnya..jangan tinggal budak mengantuk sorang2 dalam keta..haha..

lieynanilaz said...

kereta tu kereta sewa ke?
mesti dah pusing 1 langkawi..:)

Anonymous said...

ooo...itukah kesahnye...tp xpe, alhamdulillah x jadk pape kan..:)

Nieda said...

Mesti syok tidor tambah pula baru lepas berendam

Aidah said...

Memang harulah Irfa. Tapi nak buat camana. Takkan nak tunggu sampai dia terjaga pulak. Entah bila pulak agaknya, tambah perut kenyang. Kalau akak pun macam tu jugak akak buat.

Lady Windsor said...

bhahaha comel je jawapan abam tu, budak-budak kan, straight forward jawapannya...tapi saya boleh bayangkan bagaimana kalut dan risaunya Irfa dan suami menangani situasi itu...dan pasti ada rasa ralat dengan jumlah RM150 untuk cermin tu kan...tak apa Irfa, nyawa Abam lagi tak ternilai...

onlajer said...

ada terbaca juga kisah anak beranak lemas tido dalam kerata kat masai

suterazen said...

Ya Allah...sabor je lah...cuak giler baca td...nk gelak pon ado...hehe..Alhamdulillah tadak apa yg serius...

kak ina kl said...

akak pun suka gi ke langkawi..suka beli coklat dan pinggan mangkuk.
kejadian anak kamu tidur pernah gak terkena kat anak akak..aduhai seram sejuk dibuatnya masa tu.

Irfa said...

KAK INA..
oh ada pengalaman yg sama?
mmg mendebarkan sbb kali pertama jadi mcm ni

Irfa said...

Suterazen..
alhamdulillah takde apa-apa.
masa tu nak marah dan geram pun ada gak.hehe
part mana yang nak gelak tu?

Irfa said...

On La Jer..
tq sudi singgah sini..
dah banyak kali kuar paper kisah macam ni
ramai yang menyalahkan ibubapa tersebut krn cuai
bila kena kat diri sendiri mmg cuak jugak
kalau difikir balik dr kisah yang berlaku sebelum ni..takkan mak bapak sengaja nak lemaskan anak dalam keta..tapi tak boleh salahkan org juga sbb kecuaian sebegitu mmg membahayakan

Irfa said...

LW..
dia ni mmg panjang akal
ada je jawapannya..
rm150 tu boleh tido 1 malam lagi kat hotel
hehe

Irfa said...

CIK ANON..
alhamdulillah :)

Irfa said...

RAI..
dia tak nak turun.agaknya masa tu dia dah ngantuk kot.so tggalkan dgn ayahnya tapi ayahnya turun kejap tak terfikir nak jd macam tu
yelah.bajet 5 minit pun tak sampai sbb keta tu depan kedai.

mmg lepas ni aku takkan tggal dia dalam keta.jenis tido tak sedar bom meletup ni bahaya

Irfa said...

LIENANILAZ..
ha'ah.keta sewa la.sib baik viva je..kalau alphard agaknya tak balik la kami.hehe

mmg puas pusing la..lagipun pulau tu bukan besar mana pun.tak bosan ke langkawi w,pun pegi tpt yg sama

Irfa said...

NIEDA..
berendam itulah penyebab dia tido lena sgt

suterazen said...

Irfa...part dok main henjut2 keta tu...haha...boleh bayangkan...

m.u.l.a.n said...

laaa... takpe takpe.. takut apa2 jadi ke abam comel tu nanti..

Irfa said...

suterazen..
mmg pun.badan mamat arab yang goncang keta tu bukan kecik anak
dahlah viva tu sizenya comel je :)

Irfa said...

m.u.l.a.n.........
betul tu.duit boleh cari tapi nyawa tiada ganti

Irfa said...

KAK AIDAH..
sy mmg yakin dia lena tido
dan saya tahu kalau tunggu dia bangun konfem kul 10 malam kami masih lagi kat situ.

Cikda said...

lama x kajadian tu berlaku?? cikda pun tak boleh bayangkan kecut perut masa tu..
tak pe la yg penting abam selamat walaupun yg salah org yg pecahkan cermintu la kan..