Tuesday, December 18, 2012

Diorang Dah,Abam Je Belum

Emmm..nak citer ke tak?nak citer ke tak?(itulah suara yang berkumandang dalam kepala masa nak tulis entri ni sebabnya kejadian berlaku hari Sabtu,sekarang dah Selasa.macam dah basi je kan?tapi kalau tak tulis nanti lupa..so tulis jelah sebagai kenangan akan datang).hehe

Ini kisah hari Sabtu yang lepas,kami sekeluarga ke rumah Sil di Cheras meraikan majlis berkhatan untuk sepupu kamceng si abam (Alip dan Aril).Ingatkan nak suh si abam join tapi last minute tak jadi..takpelah,masih awal lagi,Insya Allah tahun depan.Meh layan gambar...

alip n aril dah
abam je belum

3 sepupu yang hampir sebaya
dari kiri:adam dan ajaa sebaya
n airen tua setahun 
Pagi sabtu tu tolong mil masak walaupun sebenarnya Sil dah tempah katering tapi mil tetap jugak masak 1 hidangan (asam pedas daging).Majlis makan tengahari dengan menu ala kampung.Ada ayam masak lemak,asam pedas daging,ikan keli sambal,tempe goreng,ikan masin,sambal tempoyak dan ulam-ulaman.Pencuci mulut muah rambutan dan pisang.

Layan gambar..

sil aka tuan rumah penganjur majlis

mil yang ku panggil 'mama'
dan 'makwan' panggilan oleh cucu2nya 

antara tetamu yang hadir

kawan-kawan fil juga datang

menu

dari kiri:
ikan masin dan asam pedas daging
ayam masak lemak dan ikan keli sambal
tempe goreng-sekarang teringat2 akan rasanya
ulam-ulaman dan tembikai


sambal belacan dan sambal tempoyak
pisang dan rambutan sebagai pencuci mulut 

anak dara yang sakan bercuti sekolah
next week dah kena hantar balik kampung
okey,sekian kisah majlis berkhatan anak buah.

10 comments:

Wak Gelas™ said...

ahhha, ingatkan abah yg blom sunat.. abam rupernyee.. ahhhaks

jUliANa^sAlLeh said...

bile abam mao sunat???boleh dtg umah...hihihihi *muketakmalu*

Anonymous said...

Awat balik awal, D24& Musang King sampai kul 6 ptg.

Irfa said...

#WakGelas..
euwwwwwwwwwwwww melampau la tu :)

#juliana..
tengah pilih tarikh.hahaha

#anon..
alamak,siapa kah gerangan tuan hamba yang mengomen ni?*malunya saya*

Lady Windsor said...

abam mesti suspen tu sebab dia sorang je belum kan..hehe relax abam..awak kan hero!

RedRose said...

nanti kalau abam dah...habislaaaa. dh boleh jadi imam. hihi

~Cik Viva~ said...

dijemput tapi tak dapat menghadirkan diri tapi alhamdulillah sempat jugak merasa asam pedas daging itu...hehe

Irfa said...

#kak lw..
msalahnya dgn abam ni kejap nak kejap taknak..boleh dia minta 'boleh tak suruh doktor bagi ubat pengsan?'
adoi..so saya tunggu bila dia dah ready baru buat kot

#redrose..
orang kata kalau sunat,cepat sgt matangnya.saya masih belum puas tengok dia jadi budak ;)

#cikviva..
lupa tapau ikan keli sambal sekali
rasanya dah abis kot

NenetPenne (NP) said...

mmmm sedapnya lauk2 tu kecuali ikan keli...ahkak tak makan ikan keli....

Irfa said...

kak net..
oh akak tak makan ikan keli ye?saya makan semua jenis ikan..keli tu kalau saya yg masak..saya akan buang kepalanya dulu baru goreng/gulai..sbb geli dgn kepalanya itu