Wednesday, September 17, 2014

Baju Bundle Bersih dan Murah di A&A Bundle, Nilai

Semalam kan coti 1Malaysia, CV balik umah aku. Dia wajib kena balik sebab nanti anak2 sedaranya akan kerinduan kalau dia tak datang umah kami. Asal cuti je tanya 'makcek datang tak hari ni?'

Tak tahu nak wat apa, so petang tu kami jalan2 cari makan. Masa nak tapau nasi kandar Lawood nampak kedai bundle area Nilai. Sebelum ni tak penah pulak nampak kedai tu. Saja lah singgah cuci mata.


Kedatangan kami disambut dengan senyuman mesra sepasang anak muda (seorang lelaki dan seorang gadis). Saja usha2 baju musim sejuk kat situ. Rega RM15/sehelai. Mungkin ada lagi bundle yang lebih murah tapi rasanya orang yang membeli kat sini tak menyesal sebab  kualiti yang bagus dan barangannya bersih macam baru keluar kedai dobi.

Kalau setakat nak pakai2 jalan2 satu trip tu baiklah beli kat sini dari membazir beli yang baru kat kedai berjenama sampai ratus2 untuk selai baju macam ni.


baju Bok Nyeo (watak orang gaji dalam drama Korea 'Strange Housekeeper'
sehelai rm15
berbaloi sangat beli sorang satu, nak beli sorang 2 helai pun tak ralat kot
Selain baju sejuk cam gambar tu, ada jugak tshirt dan jeans. Segan nak ambik gambar lebih2. Tapi kalau mintak nak ambik gambar dia bagi kot, hihi.

Orang area Nilai dan kawan sekitar, kalau nak beli baju bundle yang berkualiti dan masih elok (murah dan berbaloi pastinya) boleh lah ke Taman Jasmin, Nilai. Kedai tu tepi jalan besar je, sebelah kedai runcit.

Okey tu je nak share, mata ngantuk gile hari ni. Terlebih tido semalam kot, terlebih tido pun tak bagus untuk badan, huhu



8 comments:

  1. makhaiii! murahnya..mmng boleh beli behelai2

    ReplyDelete
  2. Kena pi tengok ni... anak2 makchaq suka jeans/kargo bundle sebab dah lembut.. kata depa la..

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh... ni bunyiknya cam nak bercuti ke obesi jerrr

    ReplyDelete
  4. ehhh, peminat nasi kandar lawood gak ke?? sep sikit!!! biasa hri minggu ke sn gak..

    nk bercuti kt tmpt sejuk ke ni kemain beli baju tetebal.. =)

    ReplyDelete
  5. serius?ok, next time nak gi cuti tempat sejuk saya nak cari kot kat bundle jelah.thanks for sharing kak :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Fu Ry..
      full address tak pasti
      tp nama taman tu
      TAMAN DESA JASMIN
      BANDAR BARU NILAI
      71800 NILAI
      NEGERI SEMBILAN

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)