Friday, September 19, 2014

Cara Daftar Perniagaan Dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Alhamdulillah, Jumaat datang lagi
*tak tunggu pun dia tetap datang selepas Khamis dan sebelum Sabtu, hihi*

Dah sarapan?
Hari ni bwak bekal, masak lebih sebab anak2 kan cuti sekolah

okey, ni ada benda nak citer

Sebenarnya ni kisah minggu lepas, 50:50 nak citer ke tidak. Tapi berpegang kepada moto 'blogku, diary ku jua' jadi kenalah tulis sebagai rujukan akan datang #rindu nak tulis2 diary macam dulu, tapi masa mencemburuiku, huhu.

Korang yang selalu singgah blog aku ni tahu kan yang aku ada bisnes kecik2 SINI, tapi ni bisnes taraf 'anak bilis' je, income bulan2 belum sampai 4 angka lagi. Pada awalnya aku fikir tak perlulah nak daftar SSM bagai nih #sebenarnya malu kat pegawai SSM bila nak register, huhu.

Tapi ada orang kata 'ko kena daftar, wpun jual kecik2 pun' eh! acik jual nasi lemak tepi simpang tu ada SSM jugak ke? kalau ada memang malu lah aku, huhu.

Jadi, sedikit free Jumaat lepas, lari kejap ke Putrajaya. Ada yang kata boleh DAFTAR SSM ONLINE tapi aku baca banyak kali pun tak paham, huhu. Kebetulan ada kawan ngajak, jomlah kita gi. Aku ngan kawan main redah je tak tahu jalan, sib baik Waze tolong temankan. TQ Waze sebab temankan kita, hihi.



Bagi yang tak tahu, SSM Putrajaya terletak di lobi dalam bangunan KPDNKK. Korang cuma perlu bawak ic dan senaraikan siap2 nama pilihan yang korang nak daftar. Aku lupa bawak salinan ic, tak memasal kena lintas jalan ke kedai mamak depan tu nak potostat, huhu. Korang jugak kena bersedia dengan pilihan nama yang lain andaikata nama pertama yang korang pilih tu dah ada orang guna, kot nanti terus blank sebab tetiba kena fikir nama lain eh!macam kes aku je, huhu.

Cara2nya ialah (macam nak bagi resepi kek le pulak, hihi):

- Sampai je kat SSM, ambik nombor giliran dan mintak borang kat kerani kaunter daftar.
- Isi apa yang penting, aku isi apa yang aku tahu dan paham je.
- Pastu attach sekali dengan salinan ic.
- Tunggu giliran lebih kurang 40 minit tibalah giliran aku. (ikut nasib lah kalau ramai berjam jugak kot).
- Tiba giliran, hulur borang nanti pegawai bagitau mana yang patut isi lagi
- Nanti pegawai check nama yang korang pilih tu masih available @ tidak.
- Kalau nasib baik, korang dapat terus nama yang korang pilih
- Kalau nasib kurang baik sikit, nama dah ada yang punya, kena tukar nama lain
# macam kes aku, Hajar Closet tak sesuai sebab aku jual macam2 barang, dari tudung sampai ke nasi arab semua ada (dah rupa 7-E pun ia jugak, huhu).
- Jadi pegawai tu kata kena buang perkataan 'Closet' tu, alahai.
- Nak letak Hajar je cam tak adil bagi kakak n abam sebab nama adik je ada
- Last sekali buh nama aku je senang, adil dan saksama gitu

so termaktublah SSM aku bawah nama ...................... (gabungan nama aku dan ayahanda). Ops ada lagi info, bagi yang pertama kali macam aku mesti tertanya2 berapa kena bayar nak daftar SSM ni. Bayaran RM70 untuk setahun dan kena renew sebelum tarikh tamat. Aku daftar setahun je. Nanti kena renew balik tahun depan. Kena buat reminder nih, kot lupa macam kes lupa renew lesen tu ari, huhu.

Okey, doakan langkah pertama ni akan menjadi juta-juta langkah ke depan. Sebenarnya aku jual macam2 barang tapi tak sempat nak apdet HajarCloset. Kalau korang berminat terus wsap jelah ye 016-6116459 (no tak rahsia pun, lalala)

Selamat berhujung minggu (^_^)



9 comments:

  1. Yey.. Tahniah! Semoga bertambah maju...

    ReplyDelete
  2. dulu ada wat bisne online juga..
    dah try daftar online, tp macm2 lah link kena buka.. konfius jugak..
    dgn password bagai..
    ampai bankrap belum daftar haha..

    insylllah, busniss berkembang tahap juta2..
    dapat bagi zakat juat2 ..
    insyallah
    gud luck tau

    ReplyDelete
  3. Mudah2an bisnes bertambah maju.

    Kak zai teringin juga nak beli rempah nasi arab tu, nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Ifa...tahniahh..jgn lupa jue baju kurung siap Vietnam...hee

    ReplyDelete
  5. All the best irfa.. klu pi hcm bgtahu ye

    ReplyDelete
  6. semoga bisnes bertambah maju.. akak ni entah bila nak daftar.. malas manjang.. padahal senang jer pun dan dekat jer tempatnya ngan opis, hehehe

    ReplyDelete
  7. Adoila... kami ni nak meniaga nasik lemak pun tak start start lagi... adoiii la...

    ReplyDelete
  8. comeyl nye bace entry ni..saya pun niat nak daftar jugak nama company tapi..masih terfikir2,,
    insyaAllah soon..anyway good luck in ur biz.semoga tercapai semua impian..

    jom join contest kat blog akak ni haa..hhehe
    Join Contest dan Menangi Tupperware Eco tumbler dan Cinch Tea Mix

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)