Friday, November 20, 2015

Cuci Mata ke Johor Premium Outlet JPO dan Pertemuan Selepas 17 Tahun

Sambungan entri semalam, habis majlis di Felda Sg Sibol, yang lain2 semua bertolak balik KL tapi kami sekeluarga ke JPO (bukan nak menyoping sangat pun tapi sekadar nak kenal apa itu JPO yang orang duk cerita best sangat tu, hehe).

Dari umah pengantin ke JPO dalam 40 minit je, tak jauh pun. Walaupun gerak dari felda tu hujan lebat giler tapi elok sampai ke JPO cuaca elok tak hujan pun. Merestui sangat tau, haha. Aku membayangkan JPO terletak di tengah bandar, rupanya di tengah kawasan lapang tiba2 ada bangunan. Dari jauh tiba2 ko akan nampak  bangunan dengan logo jenama terkenal, eh! kat sini ke? dah sampai? hah, gitu reaksinya.



Seperti biasa, enAbe akan turunkan aku kat pintu masuk, tak payah menapak dari parking, pepaham lah mak buyung memang mengah kalau kena menapak jauh pastu jalan ngan budak2 pulak, walaupun budak besar tapi agak huru hara sikit. Lagipun aku dah cakap nak singgah kejap je, ops sebelum tu memang ada janji ngan seseorang yang dah lama tak jumpa (kawan sekolah yang dah 17 tahun tak jumpa, dia duk dekat JPO, kami setuju nak jumpa kat situ).

Pandangan aku tentang JPO?

Kalau pernah ke Champs- Elysees kat Paris @ Oxford Street di London, mungkin korang akan rasa tempat ni kecik je (sila jangan kecam saya, huhu). Tapi ada orang kata dia macam ala-ala Bicester Village kat London (yang tu aku tak penah pegi, so tak dapat bayangkan). Kalau google image nampak nak sama dah.

Cumanya JPO ni, 

- Lebih besar dan luas dari Mitsui Outlet Park
- Banyak butik2 berjenama yang harganya takde lah murah mana bagi aku ,hihi (sebenarnya aku bukan peminat barangan berjenama kot @ aku rasa sayang duit untuk beli sebiji handbag dengan harga ribu riban, dah tak keje ni lagilah fikir banyak kali nak beli barang mahal, huhu)

Sementara tunggu dia datang, sempatlah aku masuk beberapa kedai. Ye, memang beberapa kedai je sebab tempat tu agak luas dan agak memenatkan bagi ibu mengandung macam aku.  Lalu depan butik Coach tak dapat masuk sebab que punya panjang sampai keluar butik, so aku singgah ke butik Kipling, konon nak cari beg sekolah anak, tapi harganya mak aih, baik aku beli kat Vietnam jelah, haha. Masuk ke butik Padini nak cari baju anak2, pun harga lebih kurang kat mall biasa, kensel, Singgah Vincci, pun takde yang berkenan.

Last2 masuk kedai coklat, kat sini baru lah duit keluar, hehe


Setengah jam kendian, member yang di tunggu pun datang dengan anak2nya. Ni kawan sekolah menengah, kami berpisah lepas SPM tapi jumpa balik kat Facebook beberapa tahun lepas. Tak dapat borak lama sebab masing2 ada hal, dia order barang dengan aku, kiranya jimat kos pos sebab terus cod je, sambil menyelam minum air lah kaedahnya ni


moga persahabatan kita berkekalan ye kawan

Balik dari JPO, ke destinasi seterusnya yang di tunggu oleh anak-anak. Si kecik dari mula naik keta duk nyanyi kat telinga 'bila nak sampai? bila nak sampai?' eeeeeeeeee sabor jelah aku budak kenit nih.


5 comments:

  1. Irfa kenapa tak call kakak?
    JPO tu belakang rumah kakak tau..

    ReplyDelete
  2. setiapkali ky keJPO tu tak pernah ada peluang masuk butik coach..malas nak beratur..huhu

    ReplyDelete
  3. rugi irfa xcall kakzakie kalau xboleh jumpa sorng lagi shbt maya...

    ReplyDelete
  4. dah sampai tu kena lah sopping hehe

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)