Skip to main content

Sambut Anniversary ke 15 di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur


Sambungan dari post INI
# walaupun dah lewat, kena tulis sebagai kenangan, maklumlah sekarang ni aku dah tak tulis diary

Anniversary kami pada 18NOV tapi kami sambut secara rasmi pada 20NOV sebab pada tarikh sebenar anniversary, en Abe berada di 'luar kawasan', takpelah lewat pun asalkan dia ingat, hehe.

Kejadian manis 20 NOV ini akan tercatat dalam diary hidup aku, sebab sebenarnya kami jarang celebrate berdua di tempat istimewa (u know me, yang sangat berkira untuk setiap sen yang keluar, rasa sayang je nak kuar duit makan tempat mahal (mahal bagi aku, mungkin biasa bagi yang ber'uang').

Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu. SIL post kat facebook diorang celebrate anniversary ke20 kat situ. Aku secara bergurau pada EnAbe cakap nanti nak celebrate kat situ jugak bila anniversary kami nanti. Dia reply, OK. Aku tak ambik serius pun, sebab lebih suka sambut dengan bawak anak2 makan seperti biasa kami lakukan. Lagipun seperti biasa, aku fikir nanti anak2 sapa nak jaga? Tak sangka bila aku citer pada CikViva, dia sudi nak tengokkkan bebudak, itupun kalau kami nak keluar dinner. Fikir punya fikir, aku cakap kat EbAbe, pilih lunch jelah, Tak sampai hati nak keluar malam. So anak2 ke sekolah macam biasa dan tak tahu pun umie ayah gi dating, hihi

So tengah hari tu kami berdua ke KL, oh! hari yang sama Mr Obama turun KL, jalan banyak tutup, sib baik kami sempat sampai walaupun lewat 1 jam (lunch bermula jam 11pagi-1 tengah hari).


Jom layan gambar



depan pintu masuk restoren Atmosphere 360
# kena naik lif ke atas ni, 2x lif sangkut, seram jugak lah
huhu

tambahan rm25 sebab kami pilih meja tepi

konsep buffet, aku pilih mana yang teringin je
perut tak boleh makan banyak2 sekaligus, cepat mengah
so far makanan yang disediakan biasa2 je, nak kata sedap sangat tak jugak
oklah bagi aku

pemandangan satu KL dari KL Tower, nasib baik bukan musim jerebu
kalau malam mesti nampak lampu kan?

sedang syok menyuap, nampak satu grup masuk
eh! cam kenal je si cantik manis tudung pink ni
rupanya pelakon Izreen Azminda
(suka kalau dia bawak watak kelam kabut dengan loghat utaranya)
tak sangka dia mintak nak selfie ngan aku
hehe, tipulah.. aku yang mintak nak selfie, tak sangka dia tak sombong dan nak layan peminat

masa dah nak balik nampak pelamin cantik ni
rupanya pelamin ni yang digunakan utk Izreen dalam rancangan Mahligai Cinta
diorang ada penggambaran tadi rupanya
sebenarnya tak boleh ambik gambar tapi pegawai kat situ
tp bila cakap hari ni anniversary kami, dia izinkan kami bergambar
# sian kat mak buyyung kot

Pukul 1 kami dah beransur, terima kasih pada EnAbe untuk hari istimewa kami
Tinggi2 Menara KL, Moga tinggi lagi cinta kita
cewahhhhhhhhhh

Berminat nak kelainan pada pada hari istiewa korang, boleh lah datang sini
nah nombor utk booking
03-2020 2121


daaaaa


Comments

SalbiahM said…
hepi anniversary sis!semoga bahagia sampai ke jannah
HeNRieTTa JoSe said…
wah bestnye.....cantik izreen....mak buyung tetap manis....meja tepi?err rietta xtaw mampu ke x...sebab kdg kdg macam gayat, kadang kadang mcm ok je...
Kakzakie Purvit said…
Alhamdulillah... dari cakap-cakap kosong dek memahmi tak kiralah buyung ke buyung en abe amat maklum dpt menikmati hidangan berdua. Sweet pulak duduk di pelamin lagi:)
Happy anniversary dari kakak.
paridah said…
wah bestnya rai anniversari kat restoran berpusing...ingin juga nk rasa...
NanyFadhly said…
Haah..pernah makan kat sini,,makanan die biasa2 jer pun. Style jer sebab makan kat tpt tinggi kan..hehe..anyways, Happy Anniversary!!!
Nieda Ramly said…
happy annivesary Irfa
Unknown said…
aku gelak tak boleh tutup mulut masa baca ko kata izreen mintak nak bergambar ngan ko.. hahaha
Unknown said…
amboi..sempat jadi pengantin 5 minit lagi..heheheh

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')