Skip to main content

Citer Anak-Anak Je Pun


tajuk tu kalau dibaca laju-laju jadi macam citer anak-anak jepun.hahaha

KAKAK YANG JAUH DIMATA ,DEKAT DI HATI..

macam biasala..sesi koling-koling sebelum tido.katanya 'sekolah kakak belum peksa lagi,lepas cuti sekolah baru peksa'.emm .. mesti sangat tak best bila dalam bercuti kena fikir nak peksa.kan bagus kalau peksa sebelum bercuti.dia pun tak sabar menunggu 24hb,nak balik sini ;)

NI KISAH ABAM..DE ONLY HERO :)

jumaat lepas dia bawak balik sekuntum bunga ros plastik dan jadual peksa.sambil hulur bunga dan berlari naik atas,mulutnya cakap 'umie..terima kasih untuk segalanya.cikgu suh cakap'. boleh gitu?

minggu ni peksa sekolah agama petang.3 hari je,isnin sampai rabu
minggu depan peksa akademik..

dia?
emm macam biasa..
masih lagi ngadap kartun.

umienya?
masih jugak ngadap citer korea.
hehe

CIKENIT CIKEBUM..

budak ini malam-malam pun mintak buah.kalau en ayah call malam-malam nak cakap ngan dia,ayat yang kuar dari mulut dia cuma 'nak uah..nak uah'.senang citer kalau pisang tu kalau tak di kontrol sesikat pun boleh abis..bahaya wooo pisang tu banyak gula.kalau takde buah lain,timun buat ulam tu pun dia makan :)

hidung adalah tersumbat..ada potensi nak kena selsema ni.

Comments

pB said…
dok sakit palo lagi mikir hal kak lang nie
dee said…
Besar dh anak ko irfa. Kakak nampak matang. Muka tiga2 sama je. Boleh lah anak2 jepun.mata sepet.
Irfa said…
KAKPB..
pah?lagu mano?
Irfa said…
DEE-DEE..
alhamdulillah.dah besar2 semuanya.
macam semalam je bersalinkan mereka ber3.
kata en abe 'anak2 sume ikut mata umie'
hehe
Lady Windsor said…
irfa terharu tak masa abam bagi bunga tu walaupun bunga plastik?
Anonymous said…
comel jek dialog dorg erk...(^_^)
paridah said…
bagus anak2 irfa yg comel2 semuanya tu suka makan buah.......sentiasa siap stok buah dlm friz tu
Irfa said…
KAK PARIDAH..
si kenit tu sgt suka buah.senang buang air besar :)
lepas makan epal konfem membuang.
Irfa said…
SH..
kehidupan saya banyak ttg mereka saja sebab tu blog ni takde kisah org lain :)
Irfa said…
LW..
terharu la jugak.tapi last year lagi terharu sbb dia buat kad sendiri.tulis tangan cikgu yg ajar.masih simpan smpi skarang ;)
Aidah said…
Bagusnya cikenit tu suka makan buah. Cuti sekolah ni kakak balik ke rumah Irfa ke?
Irfa said…
KAK AIDAH..
haruslah balik.kalau dekat kg saya tu..sabtu ahad pun saya ambik dia bawak balik.hehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo  , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca   (sbb tu boleh baca bila free je)  . Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog' . Kalau ada sila abaikan. Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?) . Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kal...