Skip to main content

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

sebetulnya aku sangat sibuk..tapi dalam sibuk-sibuk itu masih sempat 'curi-curi masa' membaca blog kengkawan.nampak tak betapa sayangnya aku kat korang semua ;)*sila tepuk tangan secara berjemaah*.

tempat baru..suasana baru..kawan baru (dah lama kenal cuma tak penah satu opis je).meja sempit..huhu.boleh langgar bontot dan sengol-sengol bahu kalau bergerak.alahai..(sabar..katanya 2 bulan je kat sini sementara tunggu opis siap)

lupakan kisah itu tapi nak kongsi satu cerita.sejak semalam aku duk baca banyak blog yang kisah mereka (blog kaum ibu la) terpaksa berjauhan dengan pasangan.samada kerana berpisah disebabkan kerja @ sambung belajar.ada yang dalam negara dan tak kurang jugak yang pasangannya nun jauh di seberang laut.

bila baca luahan hati mereka,bergenang airmata aku..membayangkan kerinduan si anak kepada bapanya.kerinduan si ibu tu hehehe 'no komen la'.aku yang balik kampung 5 hari tu pun tak larat melayan pertanyaan si kenit 'ayah ane?ayah ane?'aduhai..5 hari je pun bukan 5 bulan.agaknya kalau 5 bulan dah tak kenal kot.

mesti bukan perkara mudah tapi orang kata 'alah bisa,tegal biasa'.paling lama aku berjauhan ngan cik abe ialah masa dalam pantang si kakak dan si abang.lama pun dalam 2 minggu sekali mesti en abe balik jenguk kami.tapi itu pun dah cukup lama bagi aku.dan bukan senang nak 'handle perasaan bila berjauhan ni..banyak setan gondol yang bertanduk merah bawak tongkat duk cucuk-cucuk hati menggoda perasaan'kalau tak kuat iman boleh terlungkup..tak percaya?sila cuba.......

masa bersalinkan si kenit,aku pantang kat rumah sendiri (memang tak boleh pantang kat kampung pun sebab dah ada anak yang bersekolah..pandai2 la jaga diri.mak aku datang teman seminggu je.lagipun bukan anak sulung..dah no 3 pandai2 la nak hidup).

paling merisaukan saat berjauhan ialah bila anak-anak demam @ sakit.mesti susah hati..harap-harap mereka yang PJJ ni Allah beri extra kesabaran dan ketabahan :).ada kawan aku kata 'lebih baik pjj kat oversea dari dalam negara'..paham tak?hehe..tak paham takpe..sila abaikan.korang ada pengalaman PJJ tak?

Comments

Lady Windsor said…
hmm PJJ..saya nak carilah sorang buat PJJ..amboii kan macam nak cari goreng pisang panas je ni..kikiki..best dok balik KB?
Nieda said…
Pernah merasa dulu, tapi mesti jumpa seminggu sekali .
Kakcik Seroja said…
Kakcik takde pengalaman berPJJ dan rasanya dah tua2 ni, malaslah nak cuba walaupun pernah dapat tawaran untuk bertugas di seberang laut china selatan sana! :)
Irfa said…
LW..
hehe mcm boleh pilih ikan atas pasar yer
balik kg tu ari..seronok la jumpa anak.jumpa mak ayah dan adik
tpi cuaa sgtlah panas siangnya tpi malam sejuk yg amat ;)
Irfa said…
NIEDA..
mesti kuat semangat ni ;)
Irfa said…
KAK CIK..
suka baca pengalaman orang
kalau tanya saya sendiri..rasanya berat sikit kot.
skrg ni berjauhan ngan anak pun rasa sebak dan sesak dalam dada bila rindu tu datang
muslimah rempit said…
yer... sayang Irfa sebab sudi jengok blog Kak So kui kui kui...
*nah... ambil flying kiss kat screen tu... tangkap dan cium tau kui kui kui*

Tak nak la PJJ... tak syok... ni walaupun koje Encik Shift malam dah rasa rindu apatah lagi PJJ...... huishhhhhhhhhh tak terbayang...

Memang boleh kuar segala tanduk mak nenek la...
pB said…
PJJ OberC lagi baik dari PJJ dalae Mesia??

Bakpo tu ...??
Irfa said…
Kak So..
okey dah tangkap :)
makan apa tadi?flying kiss ni ada bau asam pedas je.
hahaha

wah..rindu-rinduan gitu
Irfa said…
KAKPB..
emm ada org kata dugaan kat dalam negeri lebih hebat sebab boleh jumpa sesama yang sebangsa..kalau oversea tu kan lain bangsa so nak ber ehem-ehem 'kekasih gelap' tu peluang kurang sikit.org la kata..tp sebenarnya tepuk dada tanya iman :)
Anna said…
PJJ..tak pernah...harap2 tak kan ada ...kalau tak parah...haha baik anak mau pun mak..harus nak dia ada
potpetmama said…
saya pun PJJ..sebab keperluan hidup..its full of trill tapi banyak mengukuhkan hubungan kekeluargaan bila kena berjauhan;
cheqna said…
hanya yang alami je tau camana kena struggle pabila PJJ ni
Hehehehe...aku tumpang gelak dgn komen kak LW tu....

Aku mmg tak leh PJJ nie. Ms pantang kat kmpg sendiri tu, aku tak tentu arah jauh dr suami. Huhuhuhu....
Rumah Kuning said…
perenggan akhir, saya tak faham. hehehe
Zareda Norman said…
Kak zar tak pjj tapi ala ala pjj jugak.. Dia kat rumah kakz ar os, dia os kak zar kat rumah. Tapi mmg susah kalau en hubby tak ada.. Klu dia ada pun susah jugak hehehe.. Apa pun sesiapa yg pjjj dan asuh anak sorg sorang ty. Bertabahlah.. Jenguk dan amik berat hal pasangan sll takut takut dalam pjj tu ada pula yg mengisi kekosongan dan kesepian.. Baik isteri baik suami.. Sekarang sama jer trendnya... :-)
NinaAz said…
saya baru merasai pjj. tak sampai sebulan.. huwaa..stress

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t