Skip to main content

RM 1061.69 sen,Sapa Nak Beli?

takde keje kan?entri ke 4 hari ni.okey,meh cuba buat ni.aku dapat dari blog-Nicknashram.nak tahu berapa nilai blog kesayangan korang tu,agak-agak kalau jual sapa nak beli.

senang je,korang copy url blog korang dan paste kat kotak tu..okey,meh tengok nilai blog aku ni.harganya RM 1061.69 sen..emm rasanya cukup kot nak sambar 2 biji beg Longchamp idaman hati aku tu ari.hehe


boleh la cuba saja suka-suka.aku rasa tipu je kot page ni ;).kalau betul aku nak jual,sapa pulak yang nak beli?aku sayang oooooooo kat blog aku ni.dah 6 tahun usianya..kalau blog ini adalah budak,tahun depan dah darjah 1..kena simpan duit la sebab nak masuk sekolah rendah.nak beli beg baru,kasut baru,alat tulis lagi..yuran dah mansuh kira jimatlah jugak.eh tahun depan boleh claim lagi rm100 duit masuk sekolah.lalalalala *out of topic* 

apa jelah yang aku merapu petang-petang hari ni.............layan ;)

Comments

lupekanje said…
mahal lagi dari reger tu...simpan dulu sampai harga blog ni naik sejota...heheh
Salam...nak cuba juga ler, nak tau gak berapa nilai blog kita ni...tq sharing...
Lady Windsor said…
irfa jom kita pakat2 usha KA soh dia niaga handbag...akak nak order LV..hehe...
Ntahnya berapa harga blog akak...bila cek nuffnang dok ada 2.50 sejak dulu...huhu!
Nick Nashram said…
tu dah hampir2 sebulan gaji dah tu..huhu
promote kat mudah.my nanti ade la orang nak beli :)
Unknown said…
Irfa! Akak pun gatal tangan buat juga benda ni...hehe. Ada orang nak beli tak?...hihi.
Irfa said…
@acik..
6 tahun tulis baru rm1k plus-plus,
bila tahun la agaknya nak jadi berjota tu?

@en abil..
sila buat..free je pun
saja suka-suka ;)

@kak lw..
KA dh offer nak belikan masalahnya tabung belum penuh,huhu.masih rm2.50?camner nak tolong tu?emmm

@nick..
kalau betul la dia nak beli,agak2 dia nak buat apa ye ;)

@kak yus..
pergh............jeles ngan akak.sampai puluh ribu tu.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...