Skip to main content

Sakit Gigi?Sapu Minyak Tyt

korang perasan tak blog aku sejak dua menjak ni dah macam blog promote barang?maaflah ye kalau bosan tapi aku cuma cerita kalau benda tu aku penah guna je.aku takkan promote @ cerita lebih2 tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti keberhasilannya.

contoh:corset Beautiful yang katanya bagus itu memang ko tak promote sebab ko tak mampu nak beli.hahaha

okey,yang ni aku penah guna tapi untuk perut baby dan untuk luka-luka kecil je.kenal tak mintak ubat ni?

minyak Tyt,pilihan semua ibu-ibu

uiiii............kalau kat kampung,mak aku yakin benar dengan minyak Tyt ni,sebut je sakit apa?sakit perut,lenguh badan,gigit nyamuk,melecur,sakit gigi..semua akan hilang disapu minyak ini.hahaha.radio pulak tak abis-abis promo kebagusan minyak tyt ini.itu sakit ringanla,kalau kencing manis @ darah tinggi bawak-bawak la jumpa doktor ye

kalau sapa yang penah dengar radio kelantan,diorang suka promo produk2 tempatan macam produk penjagaan kulit dan minuman kesihatan.yang paling suka dengar ialah cara pengiklanan itu..bersungguh-sungguh promo sampaikan pendengar rasa masa tu jugak nak berlari ke kedai beli barang tersebut.hebat kan?

okey..masih lagi kisah sakit gigi.sebelum ke klinik last week tu aku jumpa adik pompuan yang keje sementara kat pasaraya Jayen.bila tahu aku sakit gigi dia pun bercerita yang minggu sebelum tu dia sakit gigi sampai senget sebelah muka dan aku pun membayangkan mesti teruk sungguh situasi itu.katanya,dia sapu minyak Tyt terus hilang sakit.

emm..aku nak cari lah kat mana jual minyak ni,masa anak-anak masih kecik dulu penah beli..rasanya kat kedai ubat cina ada jual.farmasi tak pasti pulak ada ke tidak ;)

penah cuba?
ceritalah......

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
Xpernah try kg...setia dengan myk cap kapak...hehehe...
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun macam Rietta, selalu guna minya cap kapak je...
cheqna said…
minyak ni memang bagus tapi x pernah pulak guna utk sakit gigi
:: CIKVIVA :: said…
kat farmasi ade jual kan...
ZieMarziah said…
ooo minyak ni ada iklan kt tv kan?x penah guna pun..kalau sakit gg sy telan ubat je x penah pun sapu minyak
Kakzakie Purvit said…
Kalau di S'pore pun sama bukan kelantan aje tau. Keluarga kakak termasuk mak saudara kakak dlm handbag dia pun ada minyak tyt nie tau..

TV S'pore siap iklan tau..
saya pun hanya kenal minyak cap kapak :)
shida said…
ha.... betul2... tp belum pernah apply kat gigi lagi. arwah nenek saya dulu.. kena ada sentiasa minyak ni ngn dia... klu dia sakit kepla.. dia akn lumurkan pada kulit kepala sambil picit2... lega katanya
Dr K said…
hahaha..sampai senget sebelah muka!

cuba lah try sapu..saya rasa dia beri effect numb(kebas) aja kot, temporary..
Ann Ishak said…
tak pernah try lagi...lebih sedih tak pernah tengok pun lagi minyak ni. nak cuba cari dekat kenai ubat cinalah, nak jugak merasa keberkesanannya.
Acik Erna said…
assalam dik..akak pernah jumpa difarmasi kat PD
azieazah said…
Blogger Dr Najwa pernah promote korset Beautiful tu masa dia baru lepas bersalin dulu. Memang berkesan!
Anonymous said…
baru tau tentang minyak ni!
Irfa said…
@rietta.
emm dah lama x bau minyak cap kapak.minyak cap kapak tu mmg glemer dan pilihan ramai zaman berzaman ;)

@kakcik nur..
oh boleh lah geng sama rietta
jgn ketagih hidu minyak cap kapak dahlah.saya kenal ada sorang budak ni,ketagih hidu minyak capkapak sampai nanar.kesian tengok dia

@cheqna..
pun sama.guna utk luka dan perut baby je tp utk sakit gigi tak penah try lagi

@cik viva..
belikan please..hehe

@shahzee..
ada nampak dalam iklan sekarng ni
dulu tak de pun.baru nak gelemer kot
Irfa said…
@kak zakie..
iklan pakai loghat negeri mmg cute sangat.oh ada iklan kat singapore jugak?hebat..kira international la ni

@KA..
mmg takde jual kat jerman :) tak laku agaknya nanti

@shida..
sama jugak ngan nenek saya :)

@daddy ziyyad..
oh tak pasti la kesan kebas ke hapa.sbb saya belum cuba ;)

@ann..
okey,sekarang dah tengok gambar.boleh la beli kalau terjumpa kat kedai ;)dan tahu apa kegunaannya juga

@kak erna..
rasanya banyak jual kedai ubat cina.adik kata farmasi pun dah ada jual

@kak azieazah..
mmg ramai kata berkesan..teringin jugak nak try kalau ada duit lebih.tp buat msa skrg pakai yg murah2 je/itupun asik ngelat.kejap pakai kejap tak..kalau beli mahal2 rugi tak pakai sampai menjadi

@kak KA..
tak gelemer sgt berbanding minyak cap kapak :)
Lady Windsor said…
selalu dengar iklan minyak tyt ni tapi tak tahu pula ia berkesan gitu...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t