Skip to main content

Buat Ic Baru dan Cabaran Untuk Renew Passport

>>> sambungan entri ini # bajet korang pun tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.hahaha

Maka..Isnin pun datang bila tiba gilirannya,jam 8.00 pagi aku dah sampai opis,sib baik ada yang datang lagi awal..kalau tidak macam mana aku nak masuk,bukan ada kunci pun.Masuk je terus geledah laci..semua aku belek kot lah terselit kat celah-celah kertas dan sampah sarap itu..NON ADO..keciwa disitu.huhu

Ke pondok polis nak buat repot,tapi kata pegawai bertugas 'sekarang dah tak perlu laporan polis untuk kehilangan ic,lesen dan sebagainya..terus je ke pejabat yang berkenaan'.Contohnya: hilang ic,terus je ke JPN..kalau hilang,JPJ la kot..

Dalam hati,harap2 janganlah aku ditendang sana sini macam bola,berdoa semoga JPN tak suruh aku buat repot polis dulu baru boleh buat ic baru.Okey..sebelum ke JPN,ke Bank Rakyat dulu mencuba nasib..doa tak putus harap ic aku ada kat sana.Tapi hampa jua adanya..aku jumpa balik staf yang aku berurusan Isnin lepas,katanya memang takde.masa tu air mata dah nak keluar # aku kan ratu airmata

En Abe pujuk..'takpelah,jangan panik..jom ke JPN buat ic baru'  # oh!aku tetap nak nanges jugak bila dapat tahu,nak buat ic baru kena bayar denda rm100 untuk kehilangan kali pertama,hilang kali ke2,RM200,hilang kali ke 3,RM300..bajet untuk travel habis ditengah jalan la kekdahnya ni.makanya kena bayar RM110 (RM100 denda hilang,RM10 aku tak tahu untuk apa..admin proses la kot)

Sib baik proses tak lama..tak sampai sejam dah siap dan dapatlah Dokumen Perjalanan Sementara (ic sebenar akan siap dalam masa seminggu,kata pegawai bertugas).Dah dapat ic sementara,terus pecut ke Immigresen Putrajaya sebab orang kata kat Putrajaya boleh siap passport dalam masa sejam.Melilau2 cari pejabat Imigresen,dahlah cuaca panas giler..pasang ekon pun rasa cam dalam sauna.Aku gugel Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di presint 2 so aku ingat kat situ lah buat passport tapi salah,nak buat passport bukan kat situ tapi kat Presint 15 (sila rujuk peta dibawah)

buat passport bukan di A tapi di B
sila ambil perhatian kalau taknak buang masa dan buang minyak
Sampai je kat tempat B,punyalah ramai manusia tengah beratur...sekali kali lagi nasib kurang baik,no giliran dah habis.kata pegawai kat situ 'nombor giliran dah habis..sila datang awal esok pagi,biasanya pejabat bukak 7.30 pagi pun dah ramai yang beratur'..keciwa lagi

Aku plan nak renew kat Imigresen Seremban je esok..sebab penah buat passport Hajar,sehari pun siap.Tapi aku dah call diorang katanya 'tak sempat siap dalam sehari sebab baru upgrade sistem Sabtu lepas'..sib baik call dulu,kalau aku redah je esok..memang buang masa jelah.

INFO:
Download borang permohonan passport
RM300 untuk 5 tahun
RM100 untuk 2 tahun
Apdet kendian:
# urusan untuk renew passport sekarang tak perlu isi borang
cuma perlu bawa mykad,gambar dan passport lama

Dipendekkan cerita..aku dah ambik cuti hari ni tapi memandangkan urusan tak selesai jugak,kensel cuti..ambik half day je,simpan lagi 1/2 hari untuk esok..semoga esok segalanya berjalan lancar..dan passport dapat siap esok tanpa sebarang masalah

Sekian keluh kesah mak esah...

Comments

Kakzakie Purvit said…
Allah hu robbi... ujian betul. Kakak ingat adalah di pejabat ic tu

Kalau di JB pun sama nombor habis tunggu esok. Sebab itu kakak suka buat di Kukup tak ramai org 2 jam dah siap passport.
Ratu Hatiku said…
Ksiannya..mcm2 dugaan.. Semoga esk selesai semuanya ya..
Unknown said…
jangan lupa pesan aku esok tu.. biar je mata yang menjeling.. ko jgn risau.. next time ko buat passport orang dah lupa dah muka ko.. paling paling pun 2 tahun lagi kan.. hahaha..
izawani said…
Kami buat kat bukit kayu hitam atau perlis sekejap jer... tu la... dok lagi kat area kepadatan penduduk yang tinggi... kekekeke...

terus klik link borang nk renew passport tu dan print..hehe..thanks! nk g renew esok :)
Unknown said…
alahai irfa, banyak pula dugaannya ya, takpe esok masih ada, moga segala urusan selesai hendaknya.
zino said…
kalau buat di UTC semua jabatan ada di tempat sama..
HeNRieTTa JoSe said…
Moga segalanya berjalan lancar....

Yg sploh hengget tu mmg duet buat ic bru klu xslap rietta....dtambah denda, itu yg jd rm110 tu...
Jari Manis said…
JM yg baca ni pun leh rasa kepenatan Irfa tu, harap2 lah semua berjln lancar esok mesti ada hikmah d sebalik kejadian tu. Amalkan doa ni Robbi Yassir Waala Tuaasir, Robbi Tamin Bil Khoir in shaa allal, allah akan mudahkan urusan kita
Zareda Norman said…
Macam macam dugaan tspi ada haikmahnya kan
Orga said…
dah ramai ek orang dekat imigresen putrajaya, dulu masa buat passport, datang tak la pagi sangat, tapi giliran bawah 10 orang la, tunggu dalam sejam gitu dah dapat. takper akak, ada hikmah le tu...
Lady Windsor said…
Irfa renew pasport ker? Minggu depan akak akan g KLIA, nanti akak roger Irfa ya..
Rashid said…
alaaa kasihanya. Tentu penatkan. Lenguh kaki .. apapun sabar je k. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku .. nak uji kesabaran kita apa ke ..

Pernah berlaku kisah seorang yg terlewat seminit dua .. rupanya hikmahnya terhindar dari kemalangan yang berlaku pada masa seminit dua itu ..
Irfa said…
Cikgu Rashid..
saya pun fikir gitu jugak..usaha buat ppt tu
kalau mmg tak siap ppt hari itu dan saya x dapat pegi..mesti ada hikmahnya yg kita x tahu
Irfa said…
wisata outbound..
welcome to my blog ;)
Irfa said…
KAK LW..
akak pun cuti2 kan?
tak sabar nak tahu apa citer
selamat pergi selamat kembali ye
Irfa said…
Orga..
sbb ramai kata boleh siap 1 jam tu pasal la akak kesana
tp ia tidak spt yg dirancangkan ;(
Irfa said…
kak zar..
percaya yg baik dtg dariNya
yg tak baik mgkin kesilapan diri sendiri
Irfa said…
JM..
alhamdulillah semuanya manis di akhirnya wpun sedikit kelat di awalnya ;)
Irfa said…
Rietta..
ye..yang rm100 itu mmg dendanya
lepas ni jaga ic mcm jaga nyawa sendiri
Irfa said…
abah Zino..
masa kat sana tu ramai yg bercerita nyesal tak gi UTC
dan saya pulak baru tahu apa itu UTC..hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t