Skip to main content

Nak Renew Pasport Tapi Ic Hilang

Alkisah..nak travel,(atas urusan penting bukan suka-suka) tarikh dah konfem 15Mei tapi bila check passport tak cukup 6 bulan (passport expired 30 October 2013) so kenalah renew passport dulu.

Sabtu lepas,jam 7.00 pagi aku dah kerah semua orang dalam rumah bangun awal..mandi dah bersiap nak gi imigresen Seremban untuk renew passport..sebelum keluar rumah,final check dokumen kot ada yang tak cukup..cari2 ic tak jumpa # peluh jantan betina lumba2 terjun dari liang roma YaAllah..tak mungkin hilang?salah letak ke?tapi kat mana?recall balik last guna ic kat mana

-5 Mei:masa ngundi,ada lagi masa tu
-6 Mei:ke bank Rakyat keluarkan dividen koperasi BankRakyat..guna ic,ye situlah rasanya kali terakhir aku guna ic

So..sebab anak2 dah bersiap,takkan nak sambung tido balik..keluarlah jugak bawak anak2 sarapan roti canai,walaupun masa tu roti canai yang aku telan rasa disalut pasir.Tak selera memikirkan 'kemana hilangnya ic itu'

Fikir punya fikir,tak guna aku mengeluh bagai nak rak..tak de apa yang boleh aku buat selain tunggu hari Isnin.Check laci opis kot tersalah letak dan ke Bank Rakyat tanya kalau2 aku terlupa ambik masa urusan di kaunter tu.

Petang tu..minta enAbe hantar aku nak anak-anak ke stesen komuter terdekat..balik Cheras melawat mil.dah sebulan lebih kami tak jenguk mil.anak2 happy dapat naik tren,aku?rasa rerama berterbangan dalam perut.

# cepatlah datang hari Isnin.aku nak ke opis,check laci dan juga ke BankRakyat kot ada jumpa ic itu

>>>>bersambung>>>>

Comments

Unknown said…
aiseyy! Harap2 jumpalah IC tu ya Irfa!
Kakzakie Purvit said…
Habis hari ini dah jumpa ke belum? Allah... mujur juga nak renew passport kalau tak lagilah tak sedar ic tak ada...
Dr K said…
dah jumpa tak ic nya?
Unknown said…
huk aloh..takat tu jerr?? mana lagii.. aku bet.. bila jadi versi baca mesti lawak gila..kakaka..
Jari Manis said…
dah jumpa ke belum IC nyer..kalau dek tak kerana nak renew passport tu mesti tak perasan lagi IC tu ilang eh..so mcm mana status skrg..dh jumpa lom..JM lak yg risau
sarah said…
DUGAAN..KAK NAK PI MANA?
Lady Windsor said…
Irfa
nak p mana?
ececehh akak ni sibuk nak tau..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...