Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan oleh Ustazah Zawiah Hassan

Today is Friday, waktu rehat yang panjang, mesti ada macam2 acara (opis korang pun sama jugak kan?) Pagi, ada makan free, menu utama soto yang cukup rempah disamping mihun, kek dan lain2 makanan. Memandangkan aku dah beli sarapan, so makan soto je semangkuk (satu mangkuk tapi 2 kali tambah.hahaha) Jumbo Sale kat tingkat bawah (lobi) , staf-staf jugak yang buka gerai dan berjualan. Macam2 barang dijual. Ada yang jual baju, tudung, kek, kerongsang, kerepek. Hampir2 terbeli tudung tapi letak balik sebab memikirkan itu cuma kehendak dan bukannya keperluan. Tapi terbeli jugak sebekas kolagen rumpai laut dapat free mask sekali (see the picture) ada jual yang mentah tapi tak beli, dasar tak berapa rajin nak merebus, baik daku beli yang siap sedia untuk masuk mulut.haha  rm10 * kaler merah yang bekas bawah tu untuk di makan * bekas kecik atas tu untuk sapu kat muka sebagai masker Tapi paling best waktu rehat (2jam, 12.45-2.00 petang) ada tazkirah dari ustazah jemputan Ustazah Z...

Ubat Bontot (Demam)

Salam Jumaat, sedikit mengantuk pagi ni gara2 si kecit Ajaa demam malam tadi. Si Abam dah demam malam sebelumnya, sekarang giliran adik pulak. Ambik dia dari rumah pengasuh petang semalam dah nampak demam dengan pakej hidung berair. Si kecik ni pesen kalau demam memang melepek habis dan taknak berenggang. Ayat feveret dia bila demam ialah 'umie tido lah (maksud dia xnak bagi aku bergerak kemana2,duduk je sebelah dia) Ajaa nak peluk' sampai berpeluh2 badan tetap jugak nak berpeluk. malam tadi: masa kuar dinner ngan CikViva Gambar malam sebelumnya 'i'm a big big girl in a big big world' Malam tadi aku tuam dengan kain basah, nak bagi makan ubat taknak. Nampak aku bangun dia dah melalak takut aku ambik ubat. Last2 aku masukkan ubat bontot je, sebenarnya pengalaman yang tak best nak masukkan ubat bontot tu tapi aku dah takde cara lain (sedikit ngeri nak masukkan ubat tu,huhu) . Sempat dia menjerit 'sakitlah' marah la tu bila aku masukkan ubat. T...

Erti Ramadhan Bila Dewasa

Bila puasa? kalau tengok kalendar kat diary dan kalendar atas meja aku ni .. kita mungkin berpuasa dalam 10 Julai. Sangat berbeza kan zaman kita kanak2 dengan zaman kita dah tua dewasa ni. Dulu, hari paling gembira ialah bila nak raya, tak sabar nak habiskan puasa sebab nak raya. Kalau anak2 nakal, mak-mak suka cakap 'panjat lagi tinggi-tinggi, jatuh nanti patah kaki tak dapat raya'  cepat2 turun takut jatuh nanti patah kaki, tak dapat nak raya. Nampak tak yang raya itu penting bagi seorang kanak-kanak. Masa kecik2 aku tak paham kenapa mak dan nenek aku selalu sebut 'nok abih doh poso, tak tahu la panje umo lagi ko dok nok juppo dengan poso tahun depe' paham ke? tak paham sila guna gugel translate, hehe. Tapi sekarang, aku pulak yang ternanti2 bila tibanya Ramadhan. Bila nak penghujung Ramadhan sedih rasanya. Sedih takut tak bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Sekarang baru aku paham apa yang mak dan nenek aku rasa. Apa yang bestnya Ramadhan bagi korang?

Rawatan Lasik Mata

Eh dah pukul 5 petang la, tak sabar nak balik # hero demam tetiba, balik keje semalam tengok muka dia merah menyala sebab demam. Ni hati duk teringat kat dia je Okey ni ada benda nak share, last week baca ni kat blog Mommy Lyna : Blog To The Next Level   tentang pengalaman dia membuat rawatan Lasik Masa dengan Prof Muhaya. Serius meremang bulu roma membacanya, tapi ending yang happy dari Mommy Lyna buat aku teruja. Cumanya kos boleh tahan (tapi kalau berbaloi apa salahnya) dari mata turun ke hati katanya eh! mata dia bergerak la Aku mula berkaca mata lebih kurang 3/4 tahun yang lepas. Lepas bersalinkan si abam, agaknya anak lelaki urat banyak putus, haha. Ditambah pulak keje mengadap komputer 9 jam sehari/5 hari seminggu. Dulu keje shift jarang guna komputer dalam waktu yang lama, kalau ada pun ngadap kejap2 je untuk submit report. Bila dah masuk keje opis hour memang ngadap pc je lah dari pagi sampai ke petang. Tapi sejak berkaca mata ni, kalau bukak spek mata m...

Mana Nak Cari Kos Pos Paling Murah dan Di Jamin Selamat Sampai?

'Servis yang bagus dengan harga yang murah dan paling penting selamat sampai ke tangan pembeli' mana nak cari ye? any idea tak? tak larat rasanya nak tanggung kos pos ni. Untung seringgit dua je tapi kos pos puluh2 ringgit. emm... Ada orang sarankan cari je syarikat bas yang ke destinasi yang kita pilih. Deal dengan driver tu dan suruh customer tunggu di destinasi (ni kes nak pos barang pada pemborong la, sebab barang yang nak dihantar banyak, kalau setakat satu barang untuk customer biasa boleh je pos. kos bawah rm10 je) tapi nasib baik kalau dapat driver yang jujur, kalau yang haru biru, dengan barang2 lesap lagi haru. ada idea sila share di kotak komen ye (^_^)

Fesyen Baju Raya 2013 ( Renda Tampal)

emm ... nak tanya sikit baju raya dah siap? beli siap @ tempah? apa fesyen baju raya terkini yang hangat dipasaran sekarang? # bajet mak jemah sangat menanya baju raya korang sendiri punya pun belum tahu lagi hihi dan aku pun tergugel 'Fesyen Baju Raya 2013' emm banyak pesen renda tampal contohnya macam ni lawa tak? # konfem meriah raya korang pakai baju pesen ni satu kampung pandang korang je, hahaha  bagi yang tak mengikuti fesyen terkini ni aku tak tahu pun yang renda untuk di tampal tu mahal reganya boleh beli renda tu dan jahit sendiri kat baju tapi rasanya beli baju siap dan dah tampal tampal renda lagi murah kot  aku ni pakai baju kurung biasa  mitos ada kata (siapa mitos?) 'kalau nak nampak kurus-pakai baju bunga kecik2 dan kalau nak nampak gemuk-pakai baju bunga besor2' # fatamorgana semata, kalau gemuk tu gemuk jugak ler hehe

We Only Plan ( Kita Hanya Merancang)

Salam Isnin dan Selamat Pagi ;) # bersyukur masih bernafas hingga kini, walaupun dada ada sikit sesak macam tak cukup oksigen dan tekak adalah gatal bagai di garu2, asyik nak batuk je Banyak mende nak stori mori, tapi biarlah gambar bercerita ye (wpun cuma sekeping gambar je.hehe) tok tok tok apa di dalam? Trip kali ni tak 'smooth' macam trip yang lepas. Juga pengajaran untuk aku di masa akan datang. Beberapa perkara pengajaran ialah : JANGAN PERGI SANA WAKTU 'PUNCAK' NAK RAYA MACAM NI.  Sebabnya: - barang dah tak banyak pilihan (ada size, kaler pilihan pulak takde. ada kaler, size pulak dah habis) - peniaga sangatlah 'demand', mintak kurang singgit pun bolayan sebab dia tahu orang ramai nak beli. Mereka mengamalkan konsep 'take it or leave it' - nak memilih barang adalah sengsara dengan cuaca panas dan sesak dengan manusia. - ops, bab kastam pun satu hal lagi, sana dan sini pun sama diorang mmg intai je :( Okey tu je...

Ulam Tenggek Burung, Tak Kenal Maka Tak Cinta

Baru balik dari lunch, makan nasi la apa lagi (lauk ikan x tau nama dimasak sambal dan kuah pucuk paku masak lemak-pucuk paku dah abis, tinggal kuah je) . Member makan nasi siap ulam. Dia pelawa ulam tu kat aku. Katanya 'try la ulam tenggek burung ni.susah nak dapat ni tau'  dan reaksi aku takdelah pelik mana sebab nama ulam tu penah dengar cuma aku tak pernah cuba. Ulam yang aku suka cuma timun, kacang botol, kacang panjang, ulam raja. Tapi daun tenggek burung tak pernah makan. Memang suka mencuba benda baru, selagi ia tak memudaratkan apa salahnya macam kes gatal mencuba produk muka yang menyebab naik jerawat batu. Nyesal pun tiada gunanya. huhu Okey, kita cuba je nanti ada modal nak tulis kat blog , hahaha. daun tenggek burung rasanya kelat-kelat pahit tapi bila dah makan, ada rasa unik disitu Khasiat Pucuk Tenggek Burung sumber dari MelayuKini 1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka sele...

Rezki Terpijak ( Ketupat Sotong)

Ini betul2 rezki terpijak, terasa-rasa kat tekak nak makan ketupat sotong (sejenis makanan pemanis mulut dari Kelantan, beras pulut di sumbat dalam sotong, masak bersama 'nise' dan santan. susah nak jumpa hari biasa kalau ada jual pun cuma di musim pasar Ramadhan) tapi malas nak membuat. Nak kata susah membuatnya, tak jugak tapi entahlah. Bila beli sotong, pulut pulak takde. Ada pulut sotong pulak tak cantik (sotong cantik? cer bayangkan sotong pakai lipstik.hehe) . Tetiba pagi ni ada akak sebelah offer ' ...... (nama sebenar) make tupak sutun? ambik lah sekor ni kalu make gak' ( terjemah: makan ketupat sotong? ambillah sekor ni kalau makan' Bagai orang mengantuk di hulur bantal, lelaju ke pantry cari pinggan. Dan hasilnya seperti di bawah 'lama saya x jumpa awak.mana awak pegi?' emm nyam nyam nyam ni baru betul2 rezki terpijak baru sebut terus dapat layan (^_^)

Ending You're Still The One (Episod 124)

~Morning~ takde idea sesaja check pencarian 'kata kunci' di Nuffnang emm masih ramai yang masuk sini dengan 'kata kunci' Ending You're Still The One baru perasan aku pun takde tulis apa ending drama 124 episod itu last episod ialah 14 Jun yang lepas aku malas sebenarnya nak tulis sebab aku tak puas hati dengan episod penamat # ni entri yang aku penah tulis pasal drama ni okey.. senarai tak puas hati: kenapa tak tunjuk je Kang Woo Jin kahwin dengan Soon Young(Baek Yi Na) @ Kang Chae Rin mati eksiden, hehe @ Kang Woo Jin dan Na Han Joon sama2 mati eksiden, hahaha episod penamat simple sangat pastu suruh penonton buat kesimpulan sendiri ai tak suka la simpul2 ni direct kan senang Ending dia macam ni - Na Han Joon disahkan kanser usus, pastu dia menyesal dan mintak cerai dengan Chae Rin Tapi Chae Rin taknak cerai, sebab nanti dia tak dapat harta dan dia juga memang betul2 cinta dengan Na Han Joon - Soon Young dah jumpa bapa k...

Akhirnya Tersungkur Menyembah Bumi

Petang semalam, balik keje macam biasa la ambik anak2 lalu jalan belakang rumah. Masa nak ambik kenit, kakak pengasuh dah bagitau ' ....... (nama sebenar) , pokok pisang dah tumbang tu. Dari petang semalam lagi akak tengok, dah panggil tp takde orang kat rumah kot' memang takde sapa kat rumah semalam sebab kami balik KeyEl. Jom layan gambar kejadian model tengah berlari ke tempat kejadian model pokok pisang hehe roboh terus pagar ..huhu sib baik buah boleh diselamatkan lagi sebab longkang tu sempit tak telus nak masuk  gigihlah jadi petani moden berbaju kurung singsing lengan potong tandan pisang tu bagi kat jenjiran simpan 2 sikat utk diri sendiri boleh la buat cekodok pisang nanti nak buat kek pisang tak berapa rajin hehehe (^_^)

As Beauty @ Japanese Green Tea ? Siapa punya angkara?

Nak citer ke tak nak, nak citer ke tak nak (bayangkan sedang membuat pilihan dengan membelek kelopak bunga) , okey..citer jelah. Beberapa bulan lalu (hujung tahun lepas) , konon nak wajah yang dah sedia lawa ni bertambah shimmering and glowing, aku terpengaruh dengan satu produk muka. Padahal sebelum ni memang susah nak terpengaruh kalau benda letak kat muka ni, kalau takat sapu krim panas kat perut tu macam2 krim juga sudah dicuba. huhu. Oleh kerana tengok kesan pada orang lain macam good-good je, terus teruja. Nama produk ialah As Beauty (ada 1 sabun, krim siang dan krim malam) . 2 minggu lepas pakai ada la yang tegur 'awak nampak berseri, pakai produk apa ye? kongsilah rahsia kejelitaaan awak dengan saya' (lebih kurang gitu le ayatnya) Tetapi, *tarik napas,hembus* beberapa minggu lalu aku perasan muka berminyak dan naik jewawat kat dagu (adakah sisa2 produk tu turun ke dagu lantas bertukar menjadi 'minyak dagu' ?) . Peliknya, jerawat tu timbul macam tahi ...

~ Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa~

sepatutnya bercuti tapi last minute datang keje maka nya, buatlah keje diam-diam ye (^_^)

FM (Fridge Magnet) Porselin ? Getah ? Besi @ Plastik ?

kalau kengkawan pegi cuti-cuti tak kisah la seberang laut @ seberang sungai bila diorang kasi buah tangan berupa seketui FM pasti ada rasa terharu kan? tak sangka dia ingat kat kita sob sob sob.. tanda terharu  selalunya orang kasi FM (fridge magnet) yang diperbuat daripada porselin (macam simen/kapur putih tu) jarang yang bagi FM diperbuat dari besi / plastik / getah sebabnya apa? yelah .. yang simen putih tu lagi murah  tak kisah la murah ke mahal yang penting ikhlas kan? tapi yang simen putih ni senang pecah dah banyak dah aku punya FM pecah 2 di kerjakan oleh anak2 kenit Ajaa ambik mangkuk  dan isi FM tu buat main masak-masak huhu yang kat bawah ni pulak masalah magnet tercabut  magnet tercabut, ada jual ke magnet tu kat kedai? sayang nak buang jauh datang tu suka kumpul FM ? kalau bagi free nak tak? tunggu episod akan datang ye tata KLIK SINI UNTUK MAGNETIC BOARD # TOLONG PROMO MAGNETIC BOARD ...

Lukisan Pertama dan Adik Ajaa Pandai 'Menaji'

Salam Jumaat untuk semua, belum sarapan lagi sebab tak tahu apa nak di makan. Ke kafe pun menu sama je, kejap lagi lah kot kita cari sarapan. Sebelum tu kita apdet blog dulu, hehe. Okey, ni kisah anak-anak, asik citer aku je mesti bosan kan? Sebagai kenangan, aku nak share lukisan pertama Adik Ajaa minggu lepas (lukisan pertama di atas kertas yang aku sempat snap la, rasanya lukisan pertama dia kat dinding lagi banyak.huhu) . aku tanya ini sapa? dia jawab 'ini umie, pandai tak Ajaa lukis?' ye sayang pandai sangattttttt sekarang dia mengaji pakai 'Iqra 1-di huruf 'sin' kalau aku puji lepas dia mengaji 'good la anak umie ni' dia akan jawab 'ajaa good,pandai solat,pandai 'menaji' (mengaji) menaji? apa2lah dik oi..janji buat

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo  , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca   (sbb tu boleh baca bila free je)  . Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog' . Kalau ada sila abaikan. Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?) . Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kal...

Ada Beza Tak ?

dah sarapan? ada orang janji nak bawak nasi dagang (beli le bukan free) tapi ada teknikal problem nasi dagang non ado pagi ini huhu, kecewa singah sana sini jumpa ni terus sengih sorang2 # teringat baju bajan yang menimbun atas sofa kat rumah hehe tapi malam tido jam 1.00 pagi setel lipat baju xde mood nak bercakap dan buat apa2 sebab? banyak bende nak fikir

Dropship Bisnes

Sebenarnya aku baru tahu pasal bisnes cara Dropship ni. sian kan? tapi bak kata omputeh 'better late than never' hehe. Apa yang aku paham ialah: ko offer diri pada tuan punya website nak jadi dropship @ kalau blog ko femes, owner barang yang offer ko jadi dropship, haha pastu ko tolong iklan barang jualan dalam fb,blog dan etc kalau ada yang berminat nak beli, ko tanya tuan punya barang .. ada stok ke tak? bila konfem barang ada stok, customer bank in duit kat ko dan ko akan bayar kat tuan punya barang barang nanti tuan punya barang akan pos so dapat lah komisen jual barang tu betul kan? Ada sesapa nak share pasal ni? cam best la pulak jadi Dropship ni sebab tak payah simpan stok kat rumah ;)

Masalah Sembelit ? Try Hurix Laxative Pill

AMARAN KERAS: dah sarapan? kalau belum jangan baca entri ni ye aku kan ada masalah perkumuhan makan banyak, tapi membuang 3/4 hari sekali, huhu bahaya tak? kena rujuk pakar ke? sebab takde perasaan nak 'uk-uk' pun nak buat macam mana? benda tu bukan boleh di paksa-paksa tapi ada baca kat satu blog lupa lak blog sapa dia try satu ubat katanya 'beli kat farmasi je jenama Hurix, kotak kaler oren lepas makan, membuang pun lawas ukur lilit pinggang pun ada kurang' tetiba teruja nak cuba, haha part 'ukur lilit pinggang ada kurang' tu ai like  so semalam aku intai kat farmasi eh! ada la ubat tu terus beli, RM 3 je pun makan 2 biji sebelum tido tiba-tiba jam 5.00 pagi 'dia' mengejutkan aku dari lena tu dia, melompat bangun alhamdulillah, lega u (^_~)

2 Bulan 7 Hari sebab status Non Glitterati

cash out 29March April 30 Hari May 31 Hari dan  7 Jun 2013, barulah cheque sampai ke pos box aku total hari ialah 68 hari hahaha

Bye Bye ! Kakak Balik Dulu

Ini kisah Hari Sabtu Setelah seminggu adik2 dapat manja dan bergomol dengan kakak, tibalah harinya kakak kembali ke kampung, cuti sekolah dah habis (Kelantan buka sekolah hari Ahad) . Naik flight jam 8.00 pagi, sampai Kota Bharu airport, naik bas balik kampung (2jam) sesampainya di stesen bas, mak ayah dah tunggu untuk ambik kakak. Sempat borak ngan mak ayah 1/2 jam pastu naik bas yang sama balik ke airport (2jam balik/2jam pegi) total 4 jam dalam bas sahaja. Demi anak, redha jelah.. Dalam kelam kabut, sib baik dapat flight jam 4 petang (dalam hati, kalau tak dapat pun okey jugak, dapatlah aku bersua mata dengan seseorang .. tapi memang kita merancang, Allah jua yang menentukan. Takde jodoh nak jumpa maybe next time ye)      'peace yo'  'love u kakak' jumpa Raya nanti Insya Allah belajar elok2 ye

Belajar Menjahit

Okey, ni benda yang aku nak share .. kelas menjahit (rasa gegirl sangat masuk kelas menjahit.hehe)   'ILMU KENA CARI, IRFA'  itulah kata2 seorang kenalan yang aku kenal melalui blog sejak tahun 2006. Ada beberapa kali kami bersua muka. Kami sebaya tapi rasanya dia lebih matang dalam banyak hal.  TQ Fren, u know who you are. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan orang2 yang baik seperti korang semua yang selalu singgah baca blog aku ni. Kalau mak aku baca entri ni, nanges bila tahu anak sulung dia yang dibesarkan dengan hasil titik peluh ambil upah menjahit baju, baru sekarang ni ada kesedaran nak belajar menjahit. huhu. 'Ma, maafkan kak' sob sob sob. Masa kecik2 (sekolah rendah) aku dah mula tolong mak menjahit, tapi paham2lah sifat budak. Cepat bosan, mana tidaknya kengkawan main lompat getah, tapi aku kena tolong mak menjahit. Dalam paksa2 tu aku mula rasa seronok tolong mak menjahit masa sekolah menengah, mak bagi aku rm8 setiap pasang baju. Yang ke...

Video Hebat Cara Buang Lemak Degil by Kyle Leon

Pepagi ada orang share video ni kat blog dia # ending video rasanya dia promote suh beli video kot aku bukan nak beli pun tapi ada perkara dalam video tu boleh di share klik sini untuk tengok video Video ni sangatlah panjang dan banyak cakap, jadinya bila dah banyak cakap, aku pun ingat2 lupa apa yang dia cakap tapi yang paling aku ingat ialah 'EAT FOR YOUR AGE'. Apa yang aku paham, masa muda metabolisme tinggi. Balik keje lewat malam boleh singgah makan. Order nasi dengan set lengkap, ada siakap stim, telur bistik, sup ekor .. pastu order lagi kerang bakar. Pergh, makan macam dah takde hari esok ke hapa? Pastu balik umah terus tido. Tapi itu masa umur awal 20an, sekarang dah 30an dah tak boleh buat macam tu kak Non. Buat jugak memang ada harapan baju raya yang ditempah 2 bulan lepas tak lepas nak pakai raya nanti, kemungkinan untuk stuck kat bontot @ perut adalah 90 persen. huhu Nanti aku share ada 'aktiviti baru' yang aku buat. Tengah berkobar2 nih...

We Share,We Care:Jaga2 Handbag Bila Ke Surau AEON Bukit Raja

UPDATE KEMBALI # ingat lagi tak kisah kat bawah ni? aku apdet kembali endingnya. Boleh rujuk di Facebook PDRM SELANGOR yang pencuri handbag dalam surau dah di reman polis. Barang kepunyaan adik tu yang ada cuma kunci kereta je tapi handbang dan handphone dah takde, mungkin dah terjual. Selain itu banyak lagi beg2 dan barang curi dijumpai dirumahnya. Kata adik tu 'kesian jugak kak, sebab pompuan tu tengah peknen' ------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ditulis pada 3 June 2013 TQ pada yang komen entri sebelum ini Jangan Sesuka Hati Bagi Orang Masuk Rumah . Sama2 kita berkongsi cerita untuk kebaikkan bersama. We Share,We Care Ini ada satu lagi kisah pesanan khidmat masyarakat, kes ni berlaku lebih kurang 2 minggu yang lalu, gadis manis pangkat 'adik' yang praktikal kat opis aku ni bercerita tentang kehilangan handbag di surau Aeon Bukit Raja masa nak ambil wudu'. Dia letak beg kat sejadah dan amb...

Eh

Dialog yang biasa kita dengar .. Kalau suami kehilangan isteri (contoh senang, meninggal la.Kalau bercerai tu citer lain). Orang pesan 'cepat2lah cari pengganti, bukan senang nak urus anak2 kecik tanpa isteri' Kalau isteri kehilangan suami, orang pesan 'besarkan anak-anak ko tu je, tak payah fikir nak kawen lain, sian anak-anak dapat bapak tiri' eh ! gitu pulak ye. Ini tidak adil. hahaha

Running Man (Lelaki Berlari) : Aku Suka Kim Jong Kook dan Kang Gary

Baca kat sini , Running Man akan datang ke Malaysia September nanti (betul ke tak betul aku tak pasti). Aku bukan nak tunggu diorang kat airport sambil jerit2 bagai histeria bawak sepanduk @ pakai costume Zirafah @ Belalang pun.. Tapi aku suka layan Running Man malam-malam pastu gelak macam mak lampir, hahahaha Running Man versi kartun sapa la yang lukis ni mintak buatkan header blog boleh ke? Running Man versi manusia Dalam ahli Running Man 7 orang tu, aku suka Kim Jong Kook dan Kang Gary. Suka Kim Jong Kook sebab: -dia sweet walaupun mata sepet amat, bila senyum terus hilang mata. Dan dia sangat perkasa dan tangkas. Ahli lain suka sangat kalau dapat jadi partner dia Suka Kang Gary sebab: - dia nampak cam tingtong tapi gelagat dia sangat comel kalau buat muka blur, selalu kena usik dengan Ji Hyo sebab diorang pernah kapel  (wah!kalau suka comey aje ye) Sapa suka Running Man? tak suka ? Takpelah, sambung makan nasi lemak (sambil merungut, ...

Raya Puasa 2013 Jatuh Pada Hari Khamis dan Jumaat

yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, esok hari raya ( ada harapan kena hempuk dengan kamus dewan 1700 m/surat nih. Sib baik posa dah ganti, kalau belum ganti tetiba sibuk kompang nak raya memang saja je cari bahan kena kutuk) . Bukan apa, tetiba je mata aku terpandang kalendar depan meja dan tangan gatai nak tengok Aidilfitri tahun ni jatuh pada hari apa. Emmm ... raya posa tahun ni jatuh pada hari Khamis dan Jumaat (8 & 9 Ogos 2013). Seronotnya sebab tak payahlah susah2 mintak cuti. Cuti Khamis,Jumaat bersambung pula dengan Sabtu dan Ahad. Layannnnnnn... Teringat zaman keje shift dulu,sebelum masuk bulan puasa dah sibuk apply cuti. Lagi 2 minggu nak raya semua berdebar2 tunggu cuti lulus ke tidak. Bila lalu depan papan kenyataan, jeling2 kot dah tertampal jadual cuti raya. Nostalgia sangat zaman itu. Bila kena keje hari raya, pakai baju raya datang keje, kawan2 yang duk ngan mak ayah datang keje bawak rendang/ketupat semua, yang jauh dari mak ayah makan sambil lap airmata. Bila dengar su...

Can I Have My Seat Back ?

Tu diaaaaaaaaa tajuk, speaking London katanya. Kisah berlaku masa aku nak 'terbang' ambik kakak Khamis lepas. Kan aku citer, aku balik tanpa perancangan, dengan baju kerja aku lenggang kangkung naik flight. Dalam flight, seat aku 14A (tepi tingkap) tapi masa aku masuk, seat aku sudah ada orang duduk (seat 14 B & 14 C). Kapel baru kawen barangkali, nampak sengih memanjang siap main cubit2 manja. Cubit pipi kang. Eh!ai tak jeles pong.. Dah nampak aku berdiri sambil kengkonon check seat number, baik si lelaki dan jugak si pompuan, semua buat donno je. Dalam hati bara api mula mencetuskan anak-anak api 'eh seat aku tepi tingkap ke? tapi nape diorang wat donno je kat aku? tak tahu ke seat memang ada tulis kat boarding pass tuh?'  emm perlu ke aku mintak seat aku nih? Okey,duduk jelah seat sebelah laluan tu. 5 minit berlalu, tambah 10 minit, kapel bermain gosok2 tangan sambil baca paper, konfem nak bulan madu ni. Tetiba aku nak jadi jahat 'dik, boleh saya d...

Kakak Balik Cuti dan Kenduri BBQ

Maaf, entri semalam terpaksa di 'tarik balik ' sebab takut mengganggu siasatan. Macam serius je kan? Memang serius, nanti dah selesai kes tu .. aku akan share ngan korang (sesapa yang miss entri semalam tu, buat2 lupa jelah ye.hehe).  Okey, meh kita citer bab lain.. YEY .. KAKAK BALIK CUTI (macam anak belajar seberang laut je kan?haha) . Aku 'kelik' ambik kakak hari Khamis lepas, tak plan nak balik pun hari tu sebab aku dah apply cuti hari Jumaat .. tapi kita hanya merancang, seru sampai tetiba. So, aku kerja sekerat hari dan ambik flight jam 2.00 petang 'terbang' balik kampung selai sepinggang. Terkejut mak aku bila call bagitau aku dah sampai Kota Bharu airport. Kalau mak aku terkejut, kakak lagi terkejut kuasa dua bila aku muncul depan pintu rumah. Sempat bermalam di kampung, ziarah nenek yang selalu rindu cucu sulungnya ini dan sempat jugak tunjuk muka kat kenduri kawen anak jiran. Balik kampung sorang diri terasa mengimbas zaman solo dulu. Lupa jap ...