Skip to main content

Ramadhan 27: Iftar Bersama Adik2 Sempena Akhir Ramadhan

hai korang (^_^)
masih ada yang keje?
aku la tu, hahaha 
(ingat dah nak start cuti raya hari ni
tapi terpaksa datang keje sebab report takleh submit Jemahat lepas,
 datang keje hari ni dengan nawaitu nak setelkan repot je,
 Alhamdulillah setel jugak jam 11 pagi tadi,
lega rasanya)

sunyi sepi blog ari ni, takpelah
bercerita sekadar mengisi masa terluang

Semalam, berbuka dengan adik2
semalam cukup korum, 5 beradik berkumpul untuk buka posa
kali ni dirumah adik lelaki yang dah kawen tu
dia dan adik pompuan sorang lagi tak dapat balik raya
kiranya kami berkumpul semalam sempena pra-raya la 

Jemput layan gambar ye

bila dah ramai, semua makan bersila kat bawah je

pelakon utama
siakap sweet sour
my adik ipar yang masak

pelakon tambahan -ikan kembung percik putih
also homemade by adik ipar

juga pelakon tambahan
ayam percik putih
ini menu param
gulai kawah, dijamin sedap

menu param juga
gulai lemak siput sedap yang sedap dan secukup rasa
boleh beli lagi tahun depan, hihi 

ni pun menu param
paru goreng ala kayu
mana tak kayu, keras giler
macam nak patah gigi mengunyahnya
tara.....
homemade by me
sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
itupun main campak2 sebab nak cepat

sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
rekues dari tuan rumah (adik lelaki aku)  


panel jemputan
dari kiri: Ajaa, Iris n Ajiboi

Comments

eMMe said…
Seronok nye dpt berbuka puasa dgn adik bradik..
kalo ramai2 lg meriah...
kalau selalu berbuka dgn dowang pun takpe.. sonok... bile dah berumah tangga ni.. batas waktu yg memisahkan.. dan jarak... (padahal tak le jauh sgt.. KL je..) hehehe...

Selamat menyambut lebaran..
Salam Kenal!
1stime mai blog irfa...
Ratu Hatiku said…
Wah..xtahan betul tgk pelakon utama nie..sedap :P
Irfa said…
eMMe..
salam kenal dr saya,tq sudi singgah sini ye
alhamdulillah, adik2 duk dekat
boleh la jumpa selalu

salam aidilfitri in advance dr sy ye
Irfa said…
RatuHatiku..
hehe, pelakon utama tu mmg jadi perhatian malam tadi
licin tinggal tulang je ;)
Juju said…
Seronok berbuka beramai-ramai bersama adik beradik. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Irfa
Acik Erna said…
Bila balik kampung dik
Jari Manis said…
Selamat hari raya Irfa..maaf zahir dan batin kalau tersalah bahasa sepanjang JM komen kat sini. kalau ada terguris di hati..jgn d simpan yer..mohon maaf sgt2..Ikhlas dari JM :-)

Bila start cuti ni?..kat opis JM pun dh lengang..JM yg ada lagi..hari rabu baru cuti..mood kerja dh ke laut..adusss
Cho Zila said…
seronoknyer.. akakni tak sabar nak balik raya sebab semua pun berkumpul... berkumpul adik beradik memang momen terindah...
selamat hari raya aidilfitri.. mohon maaf zahir dan batin...
paridah said…
esok dh cuti berblog so kena mai blog irfa dulu, slmt bercuti irfa salam idulfitri maaf zahir batin....
azieazah said…
Potluck sesama adik beradik ni sebenarnya mengeratkan ukhwah yang sedia ada. Alangkah seronoknyaaaa.! Kak Azie berkenan dengan kuah percik yang putih tu. Bila bila senang, boh resipi kat blog ya. Then inform Kak Azie. Nak belajar buat lah! :)

Tiada kata secantik bahasa,
Tiada kad seindah Kad Raya,
Andai ada tersalah tingkah dan kata,
Marilah bersama bermaafan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA,
Maaf Zahir Batin.
Ikhlas penuh kasih, Kak Azie
Rumah Kuning said…
Amboi adik ajaa.....posing mengalahkan model. Hehe
sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee...
4feet8 said…
nyum2 sedapnya. puasa thn ni dua kali buat gulai siput sedut..
bulan puasa, setiaphari kami makan santan dan keju.. lepas raya memang kena berjogging semula.. hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t