Skip to main content

Ramadhan 14: Berbuka Bersama Adik-Adik

Adat merantau, berjauhan dari kampung halaman dan mak ayah. Bila ada adik beradik yang duduk berdekatan, mesti akan set satu tarikh untuk berjumpa paling tidak sebulan sekali. Selalunya aktiviti makan2 lah akan menyatukan aku dan adik2. Kami 6 beradik (sorang je yang masih belajar di kampung) dan 5 dah keluar merantau. Tapi kami duduk tak jauh, semua area Nilai je, paling tidak sekali sebulan memang akan berjumpa. Duk dekat2 ni kalau mak ayah datang sekali sekala melawat anak cucu, senang .. sekali harung boleh jumpa. Kalau berkumpul pun, samada umah aku @ umah adik lelaki yang dah berkahwin tu.

Dah hampir setengah bulan posa, belum ada kesempatan berbuka dengan adik lelaki yang dah berkeluarga tu. Sebab dia keje shift, orang cuti dia keje. Orang keje, dia cuti. Kalau nak jumpa kena set masa betul2. Yang single mingle tu memang boleh kata tiap minggu ada je kat rumah aku, kalau tak datang, anak2 aku pun mesti akan tanya 'ichik dan makcheq tak datang ke?'.

So semalam adik no 2 call, bagitau nak datang berbuka kat rumah, katanya masak nasi je nanti lauk dia belikan (paham sangat kot aku balik mesti kelam kabut nak masak) tapi sebagai tuan rumah takkan lah aku nak masak nasi dan hidang air je, Ontheway balik set dengan CikViva jumpa kat pasaraya sebab nak beli bahan untuk masak atleast satu menu.

Sampai umah jam 6.00 petang, singsing lengan pung pang pung pang kat dapur (bunyi hebat macam masak kambing sekor, haha). Gulai tempoyak udang dan goreng sayur campur je pun, kihkihkih. Sampingan ada sup ayam dan panaskan sambal ikan bilis makwan. Ada jugak roti jala dan roti john beli kat kafe opis dan pencuci mulut buah anggur hitam, air kordial perisa epal dan bebola sotong ditaja oleh cikviva .

Tepat jam 7.00 adik lelaki n family datang, siap bawak macam2 lauk. Ada gulai kawah, gulai lemak daging salai, pajeri terung, solok lada. Yang paling last yang sampai masa kami tengah menyuap ialah adik lelaki yang duk Putrajaya. Yang tak dapat join ialah sorang lagi adik pompuan, sebab dia keje shift petang.

# gambar tak menarik untuk ditayang, korang bayangkan jelah ye :)

Sebenarnya, bila kumpul ramai-ramai makanan tak sedap pun jadi sedap. Aku harap bila mak dan ayah dah takde nanti, hubungan kami adik beradik tetap rapat macam sekarang (2 adik aku adalah pembaca tetap blog ini) wpun kadang2 aku ada tegur mereka, aku harap mereka tak ambil hati. Kakak sulung memang macam mak-mak sikit, Maka bertabahlah ye adik2 dapat kakak macam aku ni.

Korang dah tahu pasal aku kan? Meh aku nak berkenalan dengan korang pulak,

* Korang ada berapa orang adik beradik?
* Adik beradik ramai ke sikit?
* Anak sulung ke anak tengah @ anak bongsu?
* Duk jauh ke duk dekat?

# takde hadiah ye ;)


Comments

pB said…
Kak pB ado sorghe jah adik lelaki.
Jadik nyor , kak pB ni maghi dari keluargo hok kecik
Adik kak pB dok MuOr
Jari Manis said…
JM pun anak sulung heeeee
Yatie said…
kita anak sulong sepuluh beradik...dok dekat semer. 2 je dok jauh kat kampung
Rmi gak adik badik ko eh? Klu berkumpul rmi, mmg syok beb.
KLMari said…
Meh la kita kenal gak..heheheh...kita ada 6 beradik...4 atas semua pompuan..yg 2 last lelaki...kita sulung...mak ayah dok JB nun..kat KL ni ada kami 3 bradik..tapi jarang jumpa sebab sorang kat bangi, sorang kat sentul..lagi 2 orang dok JB n yg bongsu keja kat Miri..hehehhehe..
KLMari said…
Meh kita berkenalan....anak sulung daripada 6 adik beradik...4 yg atas pompuan, 2 last lelaki...mak ayah nun di JB...2 adik dok JB, yg bungsu keja Miri...kami 3 beradik dok KL/Selangor tapi jarang jumpa unless ada kenduri sedara mara kat area KL....hehehhehe..
sweetie said…
Korang ada berapa orang adik beradik?
Saya ada 6 adik beradik. Tapi yang no 2 abang... dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya 4 tahun sudah. Mak ngan abah pun dah lama pergi...

Adik beradik ramai ke sikit?
6.. skrg dah tinggal 5. 4 perempuan dan sorang adik lelaki.

Anak sulung ke anak tengah @ anak bongsu?
Saya yang no 3...

Duk jauh ke duk dekat?
Kami yang perempuan duduk dekat-dekat je.. Satu taman.. rumah selang sebaris. Arwah abang dulu duduk di Klang dan yang adik lelaki yg bongsu duduk di Gombak. Bila hari raya kami semua berkumpul di rumah kakak yang sulung. Kak tu dah macam mak kami semua... teringin nak makan itu ini... cakap ngan dia... dia tlg buatkan.
Unknown said…
rasa Irfa pun dah banyak tahu pasal akak...:)

Best juga ada adik beradik duduk dekat2 ni..:)
Unknown said…
bestnya dapat berkumpul adek beradek kan,dapat eratkan laiii kasih sayang...
akak anak sulung dari 4 adek beradek...tapi adek adek semua dok kedah,
akak je tercampak kat nilai hu hu....
ZieMarziah said…
syok kan bila kumpul ramai2..sy insyaAllah hujung minggu ni kumpul 5 beradik.sy anak tengah.ada abang,kakak,adik lelaki,adik pompuan..complete!
Nieda Ramly said…
baguslah irfa . adik beradik bila berkumpulan hubungan tak putus. sepupu2 pun rapat.
Anonymous said…
tere ko..pung pang pung pang pun siap 2-3 jenis lauk..haha..

aku kalau kumpul2 pun ngan adik beradik ipar la.. sebab diorang tinggal dekat..4 beradik je pun..puasa ni bertukar2 kuih muih gak ngan akak ipar, adik ipar aku..hehe..baru nak plan makan sama sbb mak mertua aku baru sampai hari ahad aritu..
Rumah Kuning said…
seronok ada ramai adik beradik. akak bertiga beradik je. Anak bongsu n satu-satunya perempuan. Semua dah balik dok di kg.
IndaMarya said…
bagus la Irfa, kakak sulung macam saya.best kalau adik2 dtg brkumpul,especially raya .lpas tu ambik gmbar ramai2 kan?.memang jdi akak sulung slalu akan jadi mcm pengganti mak.walaupun mak masih ada.ingat lagi saya trpaksa bantutkan cita2 besar saya semata2 nak jaga adik2 sebab ayah meninggal muda masa kami masih kecik.saya jadi the breadwinner of the family.cari makan utk semua org..masa tu dh brlalu, semua adik2 brjaya.kakak depa (saya la tu, masih cikgu sek kampung he he.tapi saya bangga.saya telah jadi kakak yg brtggungjawab.
NenetPenne (NP) said…
i anak bongsu..sebab tu i manja...auww...puiii.... hahahahaha
best ooo jadi anak bongsu....

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')