Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Hidup Membawa Nama Orang Tua

Salam Jumaat best kan dah jumaat? hari yang sentiasa di nanti-nantikan Ni nak share tentang macam mana kesan perangai seseorang anak akan melibatkan orang tuanya selalu kita dengar, bila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan perangai anak samada perangai 'yang baik @ yang buruk' contoh situasi ialah: bila perangai anak baik: 'baiknya budak tu, untung mak ayah dia' bila perangai anak kurang baik jahat : 'jahat sungguh perangai, anak sapa lah agaknya ni mesti mak ayah tak ajar ni' nama mak ayah tetap akan di kaitkan kalau baik, Alhamdulillah kalau buruk, mak ayah yang dah mati pun orang sebut sedihkan? so, nak buat sesuatu perkara ingatlah ORANG TUA gambar sekadar hiasan pagi tadi, jam 8.30 pagi ayah dan adik selamat 'terbang' balik kampung Mak masih ada disini menemankan adik ipar sedang pantang Ayah memang tak boleh duk lama umah anak2 Baru semalam, dah sibuk suh belikan tiket balik ni pun aku 'tipu sunat...

Teruja Masak-Masak Guna Pemanggang Happy Call

Psttt ..... meh dekat sikit nak bisik  Sebenarnya malu nak share bab masak-masak ni maklumlah, aku ni bukan pakar sangat main periuk kuali ni masak untuk tekak sendiri boleh la masak untuk ramai, terus lupa nak letak garam bape sudu, huhu tapi, nak share jugak main masak-masak guna Pemanggang Happy Call ni walaupun dah lama beli, tapi baru sekarang nak guna sibuk sangat katanya gambar adalah hak milik sendiri # walaupun kualiti gambar adalah hampagas, huhu Kali pertama merasmikan pemanggang tu dengan kambing panggang # beli yang dah siap marinate kat Jusco, terus campak je Daging masak sempurna, dapur tak kotor dengan percikan minyak  i like Yang ke 2 goreng telur dadar bersayur # renjis sikit je minyak kat pan walaupun less oil tapi cantik je telur dadar tu masak Yang ke 3 percubaan membakar kek pisang #resepi kek pisang pulak senang amat, guna blender je   masak guna api paling kecik bawah tu te...

Silent Readers (Pembaca Senyap)

Siapa Silent Readers kat sini? sila komen? hahaha Kenapa ada Silent Readers? - mungkin hobi dia membaca macam aku dia suka baca je tapi segan nak komen - mungkin dia nak komen tapi takde google account, so tak leh komen - mungkin dia taknak empunya blog tahu dia datang baca Apapun alasan, rasanya semua blogger ada Silent Readers mereka sendiri, betul tak? Ada yang tinggal komen di sebalik nama 'cik anon'. Memandangkan nombor henpon aku di paparkan di blog online, jadinya ada Silent Readers yang terus wsap ke nombor aku. Tapi setakat ini, mereka perkenalkan diri dengan bertatatertib. Ayat digunakan pun hampir sama 'salam, nama saya .... , saya silent readers blog Irfa, saya nak tanya bla bla bla... '. Ada yang nak beli barang Ada yang sekadar nak kenal-kenal Ada yang mintak pendapat (mungkin malu nak share ngan orang yang dia kenal) Setakat yang aku mampu jawab, Insha Allah aku tolong jawab. Yang kelakar tentang silent readers Isnin lepas (harap2 dia t...

Ibu dan 2 Anak Yang Di Tinggal Suami

satu petang, duk golek2 dalam bilik dengar bunyi mengiau intai dari tingkap bilik baik punya landing si ibu bersama 2 anak kecilnya yang comel si kenit Hajar dah lompat2 gembira mintak nak bawak masuk umah sori sayang, boleh tengok je ye aku suka tengok kucen tambah2 yang putih gebu macam ni kalau yang hitam tu tak minat sangat, macam citer seram lak tapi setakat tengok je lah, membela tu belum lagi kagum aku dengan orang yang bela kucen sampai berbelas ekor dalam rumah tapi orang kata  'buat baik dengan kucing ni, murah rezki sebab kucing ni haiwan kesayangan Nabi kita' takpelah, setakat hari ni mampu bagi makan je dulu mana tahu kalau ada kekuatan jiwa, akan datang kita bela pulak welcome to the family, eh silap, welcome to the house # emm, mana suami dia ye?

Nanti Bila Kiamat, Sempat Tak Besar?

Salam Isnin kengkawan... Ramai ke yang keje hari ni? Esok cuti Isra' Mikraj kan? Selangor cuti ke? Rasanya tak cuti. Hari ni last anak2 bersekolah, lepas tu cuti panjang 2 minggu. Tapi ada jugak yang dapat cuti dari 'mak ayah', dengan alasan 'ala, sehari je lagi sekolah, tak yah lah pegi, bukan belajar pun' emm boleh lak gitu ye. Lama tak citer pasal anak-anak kan? Meh nak stori pasal Abam, My Only Hero. Tu hari dia ada citer  'Ustaz kata nanti dunia akan kiamat, semua akan hancur sampai takde apa2 lagi kat dunia ni. Semua orang akan mati, binatang akan mati. Tapi kita tak tahu bila kiamat kan? Umie rasa sempat tak abam besar?' . Hambek ko, bukan mati kutu je, bapak segala kutu pun mati dapat soklan camni. huhu. Aku terangkan pada abam, Kiamat tu PASTI. Tapi bila akan berlaku Kiamat, itu hanya Allah saja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita tunaikan semua suruhan Allah. Jangan buat yang dilarang. Tunaikan solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, buat bai...

5 Bintang Untuk Pos Laju LRT Bandar Tasek Selatan

Entri ke2 di Hari Jumaat, ada yang nak baca lagi ke? Lunch tadi ke KLIA 2, jumpa blogger yang nak COD barang. 'tak payah pos, nanti kita dating, minum2 sembang2' oh! i loike, TQ kakak comel, pie tu sedap sangat tau. #like1000xsebabtakyahjumpa budakpejabatpostu . grrrrrrrrrr Eh, nak mintak maaf sebab korang terpaksa baca luahan perasaan aku pasal kurier sehari dua lepas. Tapi nak ngadu kat sapa lagi kalau tak ngadu ngan korang kan? feeling ramai pembaca katanya, huhu. Tak syok je rasa bila baca balik SINI , nanti orang silap paham PosLaju ni sangat teruk. Tapi sebenarnya bukan 100% salah Pos Laju pun. Yang buat pasal ialah staf, dan staf tu bukan Pos Laju punya staf rasanya. Emm, ada beza ke Pos Malaysia dan Pos Laju? Tapi PosLaju ada dalam Pos Malaysia, sepupu ke dua pupu diorang ni? Jom sejukkan hati baca kisah manis aku dan PosLaju: #setakat ni kalau suh bagi undian, aku tetap bagi 5 bintang kat pos Laju (berbanding ngan Skynet). ini Stesen LRT Bandar Tasi...

Baca E-Book Sambil Jana Duit

Salam Jumaat # i luv jumaat, becos tomorrow is cuti, hihi hari ni kita pakai jubah cantik, kalau berminat boleh pre-order kat  SINI ~*~*~*~*~*~ Sapa sini hobinya ialah membaca? sila angkat 'tetikus' anda, hihi Membaca memang hobi aku. Sejak kelmarin, semalam, hari ini, esok dan lusa dan juga tulat. Dulu2 rajin beli buku, novel, majalah. Tapi sekarang dah kurang membeli. Antara sebabnya budget dan lagi satu hal, dah takde tempat nak simpan. Berkotak buku/majalah masih dalam kotak walaupun dah 4 bulan pindah rumah. Tapi sekarang aku ada hobi baru. Baca E-Book (tetiba rasa up to date walaupun orang lain dah berzaman baca e-book, huhu). dulu aku pun tertanya2  EBook tu apa? sini ada tulis  EBook ialah Electronic Book (Buku Elektronik) buku biasa tu, kita boleh belek2 gitu tapi lagi tebal buku tu, lagi berat kalau nak bawak kesana sini Ebook pulak macam buku tapi boleh baca terus dari gadget kita (pc, laptop, henpon) ...

Hadiah Comel Buat Pengantin Baru

(^_^) hai, hai, hai dah sarapan? # this morning i eat nasi lemak, uwaa pas makan rasa nyesal, nape aku pilih nasi lemak, huhu  minggu depan cuti sekolah dah start kad kawin pun dah banyak diterima ada yang langsung tak kenal tapi kad ada atas meja kalau dekat ngan rumah, boleh lah di usahakan kalau jauh tu kirim salam dan hadiah je lah kot sebut pasal hadiah kawin tadi member tanya pendapat aku 'anak buah nak kawen minggu depan, nak bagi apa ye?' aku cakap 'susah2 sangat bagi lesung batu je kak, semua orang pakai lesung batu setakat bawang 2 ulas takkan nak guna blender' aku penah nampak orang bagi tong gas kat pengantin baru okey apa? mahal tu tong gas *bayangkan kalau 10 orang bagi hadiah tong gas, boleh bukak kedai tuh, haha* aku dulu masa kawen (14tahun yang lepas) berpuluh kotak set gelas/cawan aku ambik satu dua set je, yang lain simpan dalam lemari mak kat kampung nanti ada sesapa kenduri, mak balut je hadi...

Allergic= Alahan @ Tidak Suka

Hai Kawan2 Blog moga hari yang dirahmati untuk kita semua #teruskan senyum walaupun hati sedang berdarah, boleh gitu? sapa sini ada allergic? allergic dengan apa? makanan @ habuk? aku dengan makanan takde masalah, semua makan je penah melawak ngan kawan 'bab makan, saya okey je, takde memilih, tolak kucin celup tepung je kot' okey, tak kelakar, huhu tapi aku sangat allergic dengan gigitan serangga tak kisah lah nyamuk ke semut sekali kena gigit, berhari2 kesan bintat tu kat kulit aku manja sangat tau selain allergic dengan serangga aku jugak allergic dengan orang emmm bukan sebarangan orang tau ni spesis, kalau aku tengok je muka orang berkenaan meremang rasa bulu roma, muka jadi panas, napas jadi laju macam keta Formula 1 kalau boleh elak, aku memang nak elak dari jumpa orang2 yang aku allergic nih boleh spoil mood aku kalau terserempak # pendendam kah aku? huhu tapi bukan semudah tu aku tak suka orang mesti lah ada se...

Prepaid Box Pos Laju Jimat, Tapi ...

Rujuk SINI SITUASI SEBENAR: Semalam gi Pos Office nak pos barang #perlu ke nak terangkan? hihi Masa sampai kaunter pos pun dah 1/2 hati adik (pompuan) yang selalu kat kaunter tu takder yag ada staf lelaki tu je, dia ni ada sikit angin kus kus # aku kalau nampak budak tu kat kaunter, kalau boleh elak, memang nak elak tapi hari ni tak leh elak, dia sorang je kat kaunter Barang yang nak di pos ialah 6 pasang kain cotton Dia ambik barang, terus timbang, ambik borang pos dan print   aku tengok penimbang, berat kain tu 3.290 kg (tak sampai 4kg pun) aku pandang dia sambil cakap 'oh lagi mahal, kalau gitu boleh tak guna prepaid box RM20 tu' dia punya reaksi macam .......(taknak sebut, nanti hilang aura +) 'emm, dah print lah, patut akak cakap awal nak pakai kotak tu ' # tarik napas, hembus salah ke kalau ko keje sebagai customer servis ko bagi cadangan kat customer? bukan semua orang tahu pasal prepaid box tu aku penah...

Fenomena Oat

Dah lunch? aku dah  (gabungan mantap nasi putih+sup ekor+sambal belacan) Alhamdulillah, selera makan pun antara nikmat Rezki dari Allah ada orang yang duit berkepuk tapi tak lalu makan (tengok makanan je muntah) @ tak boleh makan (sebab penyakit) so, makanlah tapi dengan kadar berpada2 Percaya tak kalau aku kata, Malaysia sangat kaya dengan makanan Negara lain mungkin ada kes mati tak makan Tapi negara kita mati sebab terlebih makan, hihi Pastu, ada musim pulak aku bagi contoh makanan bermusim yang penah jadi fenomena antaranya Apam Polkadot pastu Pavlova datang pulak Macaroon kendian Red Velvet Cheese Leleh pun ada Popia Nestum pun tak ketinggalan macam2 nama bila tengah musim, sana sini duk upload kat Fb resepi pulak macam2 versi sekarang kat mana2 opis duk menggila jual Oat macam2 harga ada ada jual rm10, ada yang sampai harga rm18/sepeket besar tu dengan ayat power takleh blah 'bagus ni untuk yang nak diet,...

Dua Hari Yang Super Bizi

Penatnya, macam nak cuti lagi seminggu. Sabtu Ahad adalah hari yang ditunggu bagi golongan ibu bekerja macam aku. Dah terbayang nak bangun lambat sikit , nak kemas umah yang 5 hari kemas ala kadar. Tapi bila Sabtu Ahad, ada xtvt luar .. semua yang dirancang tinggal angan2 je. Sabtu, awal pagi dah kerah anak2 masuk keta, sebab en Abe ada kursus kat KL. Aku pun ada hal nak diuruskan (ada customer nak borong set pisau) . Memandangkan kedai lom bukak lagi, so en Abe terus ke kursus. Aku dan anak2 join mil dan fil sarapan kat Bandar Tun Razak. Wah! meriah sungguh sarapan kat situ (sori lor, sekeping gambar pun tarak, sibuk sangat makan, huhu). Aku makan nasi dagang, anak2 pilih roti canai Melayu (ada beza roti canai melayu dan roti canai mamak, roti canai melayu lebih lembut). Setel bekfes, aku dan adik ipar ke tempat borong pisau. Hujan selebat2nya, aku redah je sampai air masuk dalam kasut pun aku biarin aje. Setel pilih barang ( set pisau ), aku mintak kedai packing elok2 kotak tu...

Anak-Anak Dan Hari Guru 2014

Salam Jumaat untuk semua nah! jemput tengok banner Hari Guru yang aku cilok dari wsap # wsap grup zaman sekolah ramai cikgu-cikgi, aku je yang tak 'menjadi' cikgu   ramai kawan2 cikgu buat umah besar kat kampung sapa kata cikgu tak banyak duit, hihi dan sedikit kisah anak2 malam tadi Balik keje semalam terus pecut ke Hospital Seremban melawat sil yang bersalin kembar (dua2 lelaki) sampai umah, si kakak dan si abam dah balik dari sekolah SI ABAM tengah membalut sesuatu dengan kertas balut hadiah + balut apa tu abam? - hadiah untuk cikgu abam lah, esok hari guru + abam beli apa? - tak beli apa2, abam bagi bekas cantik umie kat dapur *bekas cantik? aku mana ada pinggan mangkuk lawa pun, muskil nih* sekali aku mintak tengok, terkejut terus rupanya dia balut doorgift bekas telur kenduri kawin ni ler doofgift yang dibalut utk cikgunya uwaaaaaaaaaaa, anak oi nanges cikgu korang dapat bekas telur ni di Hari Guru ...

Alhamdulillah, Semuanya Selamat

Jam 2.50 petang mak call bagitau dah selamat sampai ke kampung # dari airport Kota Bharu ke kampung aku ambik masa 2 jam alhamdulillah, mak sampai dengan selamat Jam 3.55 petang adik lelaki call bagitau, isterinya (sil) dah selamat bersalin kembar lelaki (kuar kot tingkap) Alhamdulillah ibu dan anak selamat sekarang mesti mak aku tengah pening elok 1 jam sampai kampung, cucu pun lahir 11 hari tunggu, cucu's malu2 nak keluar hahaha # tak sabar nak balik nak ziarah kembar kat spital muka sapa agaknya ye muka si kakaknya, Iris atau si abangnya, Ghazi

Adik Ipar Belum Bersalin, Mak Balik Dulu

Lemau sangat nak apdet blog sekarang, huhu. Mood ke laut dengan macam2 hal *tarik napas, hembus* Meh citer pasal mak. Ma datang sini 3Mei lepas, malam sebelum aku ke Vietnam. Tujuan mak datang sebab nak jaga cucu2nya, wife adik lelaki kena masuk wad awal (dia peknen kembar, jangka bersalin 19Mei tapi disebabkan baby sorang kecik sorang besar) doc suh masuk wad awal untuk monitor perkembangan. Aku tengok perut sil pun seram sejuk, kemain besar perutnya. Dalam keterujaan menunggu anak buah kembar lahir, aku turut rasa seram sejuk fikirkan sakit nak bersalin. Sil patut operate Isnin lepas, dah masuk labour room keluar balik sebab kata doc peralatan tak cukup. Sampai sekarang takde tarikh baru, hari2 sil kena puasa sebab bila2 masa je akan di sorong ke labour room. Aduh! tegang urat leher aku dengar berita tu. Dah tahu peralatan tak cukup, yang ko sorong si ibu masuk labour room tu pehal? Pikir positif, mungkin ada hikmah disebalik kejadian, doa yang baik2 jelah. Dah 11 hari mak ...

Bubur Sum Sum Hijau

Today is Wednesday ye ada orang tu gosok uniform sekolah anak lupa pulak hari ni Rabu, anak pakai baju sukan, huhu bubur sum sum hijau dalam plastik tu air gula melaka makan sejuk2 sedap nih kenal ni? orang kata Bubur Sum Sum rasa dia cam makanan kejam dari kelantan tu, Lompat Tikam namanya tapi beza cuma bubur sum-sum takde pulut  order dari kawan Senin lepas, pagi ni sampai mak dia buat penah makan? # entri takde idea, kikiki

Bukan Hari Ibu Tapi Hari Umie

Boleh terima tak kalau sebut 'Hari Umie?' Nanti Kalau Kata 'Hari Ibu' Ada Yang Kata Itu Bukan Budaya Kita ni kisah 2 malam lepas, si abam masuk bilik aku  dia tanya  'umie suka tak benda yang letak kat tudung macam pin tu?' aku jawab ala kadar sebab asyik ber wsap * jangan ikut perangai ni, lain kali bila anak bercakap bagi perhatian* kendian dia keluar layan tv Malam selepas itu, dia masuk lagi bertanyakan salotape dan kertas balut hadiah masa tu aku terfikir  'budak ni nak buat apa? hari guru kot, dia nak bagi hadiah kat cikgu' takkan darjah 3 dah ada gepren?  emm ~*~*~*~*~*~ dan malam tadi persoalan terjawab dia masuk bilik masa aku baru lepas menulis diary *wajib tulis diary setiap hari, dan isi diary 90% ada kat blog nih 10% biarlah rahsia, hihi*    sambil golek2 atas tilam, dia tanya 'bila hari ibu?' aku jawab 'hari-hari kan hari Ibu' dia cam tak puas hati dengan jawapan aku, so aku ...

Vietnam Trip 2014: Last Day, $$ Dah Susut, Jom Kita Balik

Last Day at Ho Chi Minh, Vietnam Pepagi tu aku terbangun sebab ekon sangat sejuk, macam tido dalam peti ais (eh! pernah rasa ke?) . Jam  kat dinding baru 6.30 pagi tapi terang benderang macam cam 9.00 pagi di Malaysia. Sambung golek2 sebab keluar pepagi pun kedai belum bukak, dalam jam 9.30 baru kami turun. Teman kan akak tu cari barang orang kirim, aku dah takde barang nak beli kecuali 3 barang: - beg sandang Deuter kiriman orang yang nak ke Istanbul tak lama lagi (emm, siapakah?) - handbag kiriman seorang blogger (dirahsiakan atas faktor keselamatan, hihi) - kopi Vietnam 3in1 untuk Mil Sesambil tu cuci mata, cuci jelah sebab duit dah tinggal hujung nyawa, hihi berkenan kat Jubah Princess Cutting ni, kalau aku jual ada yang berkenan tak? macam2 size ada dari S-XXL material dari kain jenis cotton yang sejuk dipakai  cari sedikit souvenier untuk yang membeli dari Hajar Closet Jam 12.30 kami dah ready to check out tumpang...

Vietnam Trip 2014: Pasar Malam Ben Thanh

Sambungan dari SINI Lepas dah kenyang makan Pho Noodles yang pedas itu (sapa suh taruk sambal banyak2, padan muka sendiri, huhu) , kami naik ke bilik untuk merehatkan betis yang dah kekejangan. Sesambil tu cuba susun barang dalam beg. Siap ambik penimbang bawak masuk bilik, timbang dulu kot nanti excess baggage kat airport naya je. first trip, belum masuk beg dah masuk beg takleh tutup, pening pening dengan usaha gigih, akhirnya dapat tutup beg dan alangkah terkejut belum pun cecah angka 30kg yehaaaaaaaa berjaya  Dalam jam 9.00 malam kami ke Pasar Malam sekitar Pasar Ben Thanh Market, sebenarnya apa yang di jual di butik/kedai, benda sama jugak di jual di pasar malam. Kalau nasib baik dapat harga lagi murah dari kedai itupun kalau pandai tawar. Sekarang diorang dah demand, tawar sampai abis air liur pun, ada yang buat derk je, maklumlah rakyat Malaysia makin ramai kesana lagi2 nak musim raya nanti. # MAAF TAKDE GAMBAR SEKITAR PASAR MALAM, HENPON TAK CL...