Skip to main content

Minggu 'Tester' Kuih Raya

Emm, dalam seminggu lebih lagi Insha Allah kita akan sambut Ramadhan
Kalau zaman bebudak dulu seronok nak sambut raya
Tapi sejak jadi mak budak ni, sambut Ramadhan lagi best dari sambut raya
eh! itu aku ler, korang aku tak tahu, hihi

Minggu ni kita namakan Minggu Tester Kuih Raya
mana tidaknya, pegi lah mana2 opis pun
korang akan nampak balang kuih raya dan sehelai kertas kosong
balang kuih raya tu korang boleh try test, sedap ke tak sedap
kertas kosong tu untuk tulis kalau korang berminat nak order kuih tu

tester kuih raya hari ni 'Dahlia Cookies'
ada sorang brother kat opis ni punya, mungkin wife dia buat kot
sedap gak, rangup je

yang bestnya, balang kuih konfem kosong
tapi kertas order pun kosong jugak, acaner?
kalau ada order pun, kengkawan yang tak sampai hati nak kata 'tidak'
hahaha

tapi bagi orang yang bisnes kuih raya
kata diorang, untung jual kuih raya boleh makan berbulan2
itu kata diorang, aku lom penah jual kuih raya, hihi

kuih raya ni sangat sedap sebelum raya dan selepas sebulan raya
kalau hari raya, kuih raya takat jeling je

emm, kuih raya feveret aku ialah
tat nenas
semperit
almond london
siput
karipap mini (eh! itu kuih raya gak ke? konpius jap)

kalau aku datang umah korang dan dihidangkan dengan kuih diatas
Insha Allah balang kosong le aku pulangkan
kikiki

okey, daaaaaaa


Comments

hajar said…
irfa!!! kuih feveret kite sama la.... hehehe...
*** layan drama korea lagi ker? sume citer best2 skg nih... hehehe..
Aisyah said…
ifa...part balang kosong ngan borang kosong tu mmg kelakor...haha..yong pun suka merase kalo owg bawak sample kuih raye..sukaa benor...order le jgk..segan ngan tokeh...ulang alik merase...tp tak tulis2 gak..atlast ari terakhir isik le jg walau satu order pun..hee
Kopiolimauice said…
tart nenas paling febret! hihi
:: CIKVIVA :: said…
sample biskut raya kat rumah dah habis ke?
paridah said…
kak dh dpt sebalang tart nenas utk test rasa ha.ha...rezeki tu..
Unknown said…
aku suka gak kuih siput..ada sedikit cita cita nak buat raya ni.. ko datang eh.. ajak cikviva sekali.. hihi..

doakan aku larat lah ye.. haha
uncle gedek said…
tester dah mula diedar...?

haha
Biasalah tu tester habis.. kertas kosong lg ;) akak pun suka apa yg irfa suka :)
dekdaa said…
Hampir ramadhan, hati kena makin kejam la sebab tak nak beli pun sebenarnya... sesaja test buleh la...
ahahahah.
Rumah Kuning said…
Saya dah lama isi kerrtas tu. Senang. Hehehe
Nieda Ramly said…
mmg sekarang musim test kuih raya . ada saja balang kuih yg sampai.
tapi org membeli pada regular tauke juga
izawani said…
Akak tak suka kuih ni... kuih tu... raya raya akak suka almond london dan segala kuih yang warna dan rasanya nya coklat !!!

Lagi satu... akak suka ketupat nasik !

SalbiahM said…
makan banyak-banyak tapi tak beli.ada gak orang gini..hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...