Skip to main content

Nasi Arab Saba Cyberjaya dan Jom Masak Nasi Arab Al Bayt Semudah ABC

Sapa sini suka makan nasi arab?
Jom aku belanja nasi Arab kat Saba Cyberjaya, aku belanja je tapi koranglah yang bayar, hihi
opsssp jangan marah, nanti kena jual

Apa yang aku nak citer ni, macam mana aku boleh jatuh cinta ngan nasi arab. Aku pun dah ingat2 lupa dah, Oh, baru ingat, ni angkara pengaruh kengkawan, lebih kurang 4,5 tahun lepas. Ada kawan aku ni boleh kata hari2 duk nyanyi kat cuping telinga aku tentang kesedapan tahap dewa nasi arab Saba nih.

ni gambar bulan lepas kot kalau tak silap

Kebetulan masa tu aku peknen si kenit Hajar, ada lah satu lawatan kakton melawat member bersalin di Hospital Putrajaya. Aku ikut sekali lah rombongan melawat tu, ontheway balik diorang singgah sini. Aku pulak masa tu alah dengan nasi, sebulan jugak kot tak leh tengok nasi, tengok je muntah. Muntah je tengok, hehe sori tak kelakar.

Masa order tu, aku ikut je apa yang diorang order. Maklumlah, i kan pestime datang situ. Bila sampai order, aku macam 'eh! menimbun nasik ni habis ke aku makan? dahlah nasi ngan lauk je, kuah bekas kecik cenonet ni cukup ke? sayur takde apa takde?. Penangan makbuyung tak selera makan, memang tak abis pun nasi tu. Orang lain makan sampai tak angkat kepala dah. Last2 aku tapau bawak balik umah. Sampai umah aku belek2 nasi tu, try makan, mak aih, sedapnya. Dah sejuk pun tetap sedap.

Sejak tu, aku guna kuasa wanita mengandung, dengan alasan 'baby dalam perut ni hah nak makan' cik abe haruslah layan, hahaha. Sampailah sekarang walaupun tak peknen lagi, aku gunakan alasan anak tekak mengidam, paling kurang sebulan sekali mesti makan sini. Anak2 pun suka, kalau si kenit tu makan nasi je licin sepinggan 

  
selalunya ini pilihan en Abe dan anak

dan ini ialah pilihan umie
dulu, kini dan selamanya 
Aku ni nak buat sendiri nasi arab entah bila lah agaknya. Kebetulan ada member jual, order ngan dia jelah. Cara masaknya senang bangat, anak sekolah rendah pun boleh buat kot (pastikan ada pengawasan oleh orang dewasa, hihi)  

~*~*~*~*~*~*~*~

IKLAN SIKIT:


Beras dan Pes disediakan dalam satu kotak
RM 15/sekotak
korang cuma perlu tambah haiwan kesukaan
samada ayam@kambing

ini cadangan cara2 memasaknya: 





berminat boleh wsap
016-6116459

* ingat nak beli utk stok bulan posa nanti, senang masak guna satu periuk*
tak pun raya nanti, kita jamu tetamu yang datang raya makan nasi arab je, haha

amboi, awal citer pasal raya ye
posa pun belum lagi, huhu

(^_^)


Comments

Anonymous said…
Oh Saba ! Akk buat sy terliur!!! Yum2.!!!

lupekanje said…
tempat feveret gak ni dgn knkawn....tak abis msti tapau balik... pastu kena mara dgn anak sbb makan kambing...takut bp naik..heheh..ada aku kisah.
izawani said…
Wah... posa tak ada tukang masak nih. Akak nak cari mangkuk tingkat jer... maleh masak masak nih !
oren said…
pernah try nasik mandy..boleh tahan jugak sedap dia :)
SalbiahM said…
erm..nasi Arab memang sedap.portion besar, saya yang kecik ni selalu bahagi 2 dengan kawan-kawan.
isme_cv said…
siap ada cara2 membuat...bagus ni..
tapi kalau mengorder saje lagi senang kot...kikikii
Unknown said…
panjang gila beras dia weh.. aku tak penah makan lagi nasi arab.. huhu.. lama teringin.. tak sampai2.. haha
sweetie said…
Saya pun teringin nak makan nasi arab ni... tak penah makan... tapi nak rasa hasil dari masakan Irfa bukan yang dekat restoran saba ni... raya... raya nanti... buleh! ;)
Nieda Ramly said…
terliur pula....tengok beras dia mak ai besar2.
MOKCIK AZWA said…
Mula2 makan kat Saba dulu memang rasa sedap..tapi sejak dua tiga menjak macam kureng sikit..tapi itu pada anak tekak akak ajer kot..org lain tak hehehe

Macam best jer promosi pes nasi arab tu...part 'korang cuma perlu tambah haiwan kesukaan" tu memang akak tak tahan ..kena gelak juga hahahaha..

Unknown said…
Alahai.. tetiba rindu lak nasi talam kat sana..
Nastyna said…
I suka sangat la kalau masak2 guna satu periuk ni, semua campak masuk dalam sana, bahagia hidup haku. nasi saba ni tak pernah la I merasa.
zmarl (ibu) said…
terasa nak mencuba nasik arab ni walaupon tak gemar..
esok jer la masa sebelom posa..heheee..hope dapat..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...