Skip to main content

Temui Jalan Pulang Di Hari Lahir ke 28 Tahun

Ramadhan ke 5
sekejap sungguh masa berlalu
aku suka bulan Ramadhan, tenang je rasa hati
walaupun kena bangun banyak kali, haha
# faktor umur barangkali
masa bebudak, suka raya
dah jadi mak budak, suka bukan posa, hihi

tadi BACA SINI


serius tak kenal dia sangat, pastinya dia pun tak kenal aku
# ye, tahu itu tak kelakar, huhu

pernah tengok dia berlakon dalam drama apa tah
(asik lupa je, banyak makan kepala ikan agaknya)
tapi sebagai orang baru, nampak kaku sikit, pandangan aku lah

selalu kat FB orang duk komen pasal dia
so aku like page dia, dan baca komen
(korang pun camtu gak kan? jangan tipu, dosa, hihi)

beratus2 komen setiap kali dia post
kadang2 aku baca sambil geleng kepala
dalam banyak komen yang bagi dia semangat, tak kurang yang bagi komen negatif
bukan calang orang kot yang boleh bertahan macam dia
kalau lah dia putus asa masa tu, tak rasa bersalah ke?

Alhamdulillah, hari ni bertambah sorang lagi umat Islam
semoga terus istiqomah ye Felixia
katanya mantain nama asal, cuma tambah nama Rania yang dia dapat dalam mimpi
pedulikan kata negatif orang yang tak cukup kasih sayang tu
masih ramai yang menyokong dan mendoakan kamu
# wah! ayat tak hagak2 tu, bajet dia baca blog aku kot

okeylah, selamat berbuka petang nanti
jangan berbuka sekarang tau
kecuali yang ABC (Allah Bagi Cuti)

daaaa

Comments

SalbiahM said…
Alhamdulillah...moga terus istiqamah ye Felixia..
Jari Manis said…
Alhamdulillah biasa nya yg convert to Islam lebih baik dari org yg sedia islam subhanalah nauzubillah
Jari Manis said…
Alhamduliilah bukan senang nk dpt hidayah kita doakan yg baik2
Unknown said…
Hihi...mcm kita jgk...like pastu baca komen...ada geleng kepala..ada senyum..ada angguk2.. Hihi...
t.a.t.a said…
Bak kata Alis, jalan ke syurga memang tak mudah. Tapi kalau kita kuat dan yakin dan ikhlas keranaNya, insyaAllah kita akan tabah dgn kata-kata manusia jahil yang lain.
Unknown said…
hebat gila.. dari model separuh bogel jadi muslimah yg tutup habis semua.. lebih baik dari ramai muslimah sendiri.. waaa.. aku patut malu...
Nastyna said…
itu la... banyak jugak orang hentam dia, skang baru tau kan perangai sebenar orang2 kita. Allhamdulillah, apa pun tahniah to her, I is insap kejap la baca coretan dia.
Kakzakie Purvit said…
Dlm dia mencari cahaya pelan-pelan hari ini ternyata dia dah mampu mengucap syahadah
Lebih baik yg dulu tak baik menjadi baik daripada yg konon baik tapi tak berubah utk menjadi lebih baik.
Ramai yg update psl die eh?
wakgelas said…
mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn
paridah said…
SYUKUR ALHAMDULILLAH...ALLAH MEMILIHNYA MENERIMA HIDAYAH....
Kayna said…
Alhamdulillah buat Rania .. Betullaa tu irfa kan, masa budak2 suka je nak raya, da mak budak ni.. ramadhan tu mengira rasa nak hitung pahala.
Zaitun said…
Alhamdulillah...seorang lagi hambanya yang menerima hidayah.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...