Skip to main content

Takoyaki Frozen, Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum dan Happy Wednesday
moga hari yang diberkati dan hari yang ceria untuk kita semua

sedikit mengantuk pagi ni, padahal malam tadi tido awal, huhu

eh, sapa sini penah makan TAKOYAKI ?

sedikit intro
TAKOYAKI ni sejenis makanan berasal dari Jepun
rupa cam cekodok ada inti dalam tu
pastu ada sos yang rasa pelik tapi sedap 
sebenarnya kali pertama aku makan ni kat Aeon Seremban2
kat kiosk nama Tako Tao tu
ingat2 lupa harganya
kalau tak silap 3biji/rm4.90 sen kot

kali pertama makan berebut ngan anak
aku dapat gigit 1/4 kot, huhu
dahlah beratur punya lah lama
# ramai peminat takoyaki kat Malaysia ni rupanya

tak disangka2 ada kawan blog buat Takoyaki
(dia ada kasi resepi jugak, tapi i kan terlebih rajin, hehe)
Dia ada jual jugak yang frozen, boleh simpan dalam peti ais
nak makan, just panaskan dalam microwave je
semua bahan topping disediakan

nak tahu betapa lama aku menunggu takoyaki datang umah aku?
ada kot sebulan lebih, sib baik aku tak mengidam  



kengkonon nak jadi agen takoyaki, support bisnes kengkawan
tapi aku takde peti beku, letak kat peti biasa tu buka tutup 18kali sehari
nanti tak beku pulak
lain kali lah kot aku deal balik untuk jadi agen
tapi kalau aku ada order untuk makan sendiri
boleh lah sesapa yang area Nilai/Sepang selit order sekali
ni kena COD, pos aku tak jamin sampai ontime 
  
iklan ni konon nak jadi stokis, Rai hantar kat aku 10 pek
tapi 5 peket aku dah selamat masuk perut anak2 je
diorang suka, tak sempat nak menjual pun
rezki anak2

kalau korang nak rasa, deal sendiri lah ye dengan tokey dia

daaaaaaaa




Comments

Kakzakie Purvit said…
Org business minded ada aje cara nak buat duit kan..
paridah said…
SEDAP NAMPAKNYA XPERNAH RASA LAGI...
mama eija said…
Salam perkenalan sis irfa,,, jemput singgah blog saya juga...

** nampak sedap, belum pernah cuba la... makan dgn sos apa yea?? boleh try nanti harga pun berpatutan..
EZAN IDMA said…
ya allah hai sedapnyaaa! kite pon suka sgt tako niii kalau makan mmg 3 biji tak cukup hihi. btw first time singgah sini.:)
Zaitun said…
Kak zai pernah makan memang sedap. Anak2lah yang ajar makanan jepun kata mereka.
Nieda Ramly said…
untung pandai buat tako boleh buat niaga
Lynn Huraiza said…
takoyaki nie memang best...pernah gak try makan...
Unknown said…
Masa balik tu ari.. tiap ari lalu-lalang depan kedai ni.. tak terbukak pulak hati nak cuba makan..
Isshhhh.. kan dah rugi..
mamabeauty said…
suka juga makan takoyaki ni..
aizamia3 said…
hehehe.. dah agak bila tengok gambar tu.. tapi saya belum berkesempatan lagi nak meng order dari Rai.. ;)
Dr K said…
Takoyaki si Rai saya tak pernah cuba, tapi wife saya ada beli kimchi ( ke apa ntah namanya) dari Rai :)
Unknown said…
wee..sori tau lambat hantar.. tapi tak dpt jugak jumpa ko..sobss..
Rumah Kuning said…
ain pun suka takoyaki ni. saya? nak kata suka, tak suka, tapi nak kata tak suka, makan le jugak. hehehe
Mar Mansor said…
tulah terliur memanjang tengok rai jual frozen tapi tulah cod je kan..area sana..emm bila nak ada kat selatan ni..nak jugak rasa
Unknown said…
takoyaki!!!!! feberet ni.... nak order la
SalbiahM said…
tak pernah lagi makan takoyaki.kat supermarket ada jual ke kak?
Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp je terus no ni 013-6012797

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t