Skip to main content

Pes Rendang Segera: Mudah Dimasak, Sedap Di Makan

(^_^)

Hai korang
sementara vitamin R datang ni, meh lah kita update blog
buatnya datang vitamin M, berbulan ler blog sendu aku nih bersawang, huhu

ni nak tunjuk pes rendang yang aku dapat dari Kak Erna masa bulan posa tu ari
masa tu kak Erna datang melawat aku kat umah
lama aku simpan pes ni sebab aku kan cuti dari masak2 sebulan

Pes ni kawan Kak Erna yang buat, cuma perlu tambah ayam/daging dan santan je
mudah kan?
sesuai sangat dengan aku yang 'rajin mencuba' nih, hehe
aku kalau tengok resepi, nampak banyak sangat bahan
memang kensel lah

Seingat aku, sejak berumah tangga ni, baru 2x aku masak rendang
tu pun tak pasti rasa rendang @ rasa kari, huhu
maklumlah, tak penah beraya dirumah sendiri

aku masak-masak ni masa mak ayah datang kerumah aku pada hari raya ke4
yelah, bau rendang satu rumah barulah ada mood raya
tak gitu Bedah?
sapa Bedah angkat mouse, hihi



aku masak dalam kuali besar, senang nak kacau
memula masukkan ayam/daging
biarkan air haiwan tersebut kering sedikit dan masukkan pes rendang
kacau sebati dan biarkan sekejap agak2 pes dah sebati dengan ayam/daging tersebut
barulah masukkan 1 kilo santan tersebut
kacau sesekali takut hangus kat bawah, terpulang nak kering @ berkuah sedikit
senang kan?

boleh makan dengan nasi himpit @ nasi putih @ roti
ikut tekak sendiri lah ye

banyak hari jugak kuar masuk peti ais
nak makan, panaskan je
nanti nak order lagi lah

Comments

Ann Ishak said…
menarik, selalu la masak rendang lepas ni
Kakzakie Purvit said…
Makin banyak cara utk memudahkan kita memasak sekarang ni
Semua dah ready tinggal rajin dgn tak aje..
Kakcik Seroja said…
Sekarang semua dah mudah, tinggal hendak atau tak hendak buat je, kan? :)
Zaila Mohamad said…
tiba tiba ku laparrrrrr
Rendang akak biasa jer masak... makan dengan roti... hehehe... hubby dan anak anak suka... tapi ayam tu potong kecik kecik... sebab buat sepinggan jer... :)
Zareda Norman said…
akak sll masak rendang koboi je.. humban semua masuk kuali.. ingat ada 5 bahan je.. santan pun santan kotak. yg pntg stok kerisik mesti ada sll.. daun kuntiy daun limau purut tu semua optional.. tak de pun x pe
paridah said…
senang nak buat rendang ada pes yg sedap.
Dah cukup mudah hendak memasak sekarang ni ye Irfa..
Tengok macam sedap jer rendang tu :)
Nick Nashram said…
sedapnye makan rendang dengan nasi impit..x pandai nak buat..tggu blk kmpg baru leh makan :)
Qaseh Vee said…
org sekarang klu x oandai masak , malas sebenarnya ...
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

bestkan bila ada pes segera macam tu.. kerja memasak jadi lebih mudah..
Nora Karim said…
Senang la keje2 memasak sekarang kan....?! Hehehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...