Skip to main content

Proses Membuat Asam Rom @ Asam Rong @ Aserong

Baru lepas masak, meh kita update blog
# simple je masak pun, kari ayam dan telur dadar, hehe
sementara rajin nih kena update cepat2

Belek handphone, banyaknya gambar
Bayangkan dari February 2014 (handphone dapat masa besday aku)
bayangkan ribu-ribu keping gambar
tak tahu nak save kat mana
nak transfer ke laptop tak reti (malas belajar pun ye jugak)

so aku ingat lepas ni nak update cerita setiap gambar
so boleh lah delete mana yang sudah
jangan korang muntah pulak ye, haha

Dimulakan dengan gambar ini
Sapa tahu ni apa?

Ye, ini biji getah
bijinya ni kalau orang tak tahu memang akan buang je
tapi sebenarnya biji getah yang di proses akan menghasilkan sesuatu
yang dinamakan

ASAM ROM aka ASAM RONG aka ASERONG 

Ini proses biji getah untuk menjadi Asam Rom (rujuk pada mak)


1- biji getah yang dikutip di kebun getah di jemur di tengah panas seketika
2- lepas tu dipecahkan kulitnya
3- isinya di kering sekali lagi hingga betul2 kering
4- selepas itu di tumbuk ( seperti dalam gambar)
5- selepas di tumbuk, di masukkan dalam bekas dan dimampatkan




Bila nak masak, ceduk je dan campurkan dengan bahan lain
dibawah ni contoh Gulai Asam Rom @ Asam Rong @ Aserong


RESEPI:

ASAM ROM IKAN DURI
* boleh je nak guna ikan lain* 
antaranya Ikan Keli, Ikan Patin, Kerang pun sedap
feveret aku ialah kerang dan campur dengan pucuk labu

CARA2NYA:

Tumbuk cili padi, garam, kunyit dan sesenduk asam rom
campurkan dengan 2 cawan air dalam periuk
masukkan bahan (ikan)
masak sampai menggelegak
rasakan masin pedasnya

psttttttttttttt
cik abe masa memula makan gulai ni dia ingat letak kacang tanah
bila aku cakap 'ini biji getah, bukan kacang tanah' 
muka dia semacam, sib tak muntah, hahaha


i memang selera kampung
so makanan kampung memang taste i ler

daaaaaa


Comments

HeNRieTTa JoSe said…
first time rietta taw biji getah blh makan,biasa kt kampung wt maen je biji gtah tu..
HeNRieTTa JoSe said…
PS : Asam? rsa dia msam ke?
paridah said…
PANDAI IRFA BUAT ASAM RONG MAKANAN TRADISI YG FEMES KAT PHG TU..
Aziela said…
Akk try makan masa di Jerantut. Pergh...betul2 terangkat ler...
SalbiahM said…
tak pernah tau pun benda ni boleh makan..thanks share,kak!
Anonymous said…
Salam..

Wahhhh hebat nyer awak.. Sy biasa blik temerloh beli asam rong nie.. Sedap nyer.. Letak ikan patin, pucuk paku, ubi keledek, terung, putik jagung.. Sedap nyer.. Makan bertambah2 nasi..
Qila Nisa said…
salam, ada jual asam rong di pasaran tak ?

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')