Skip to main content

Lockching @ Satey Ikan



Ini Lockching @ Satey Ikan

Masa kecik dulu-dulu, selalu petang-petang ada motor masuk kampung macam jual aiskrim tu, jual Lockching. Seposen secucuk. Beratur lah budak-budak beli lockching. Sabar je tunggu pakcik tu membakar atas pembakar arang mini yang di sangkut tepi tong satey tu. Bau nya wangi menyucuk hidung buat kami menitik air liur. Boleh pilih nak Sos Pedas ke Sos Manis. Bila makan tu, hirup sos sampai licin plastik, punya lah sedap 


Sekarang dah moden, Lockching dah boleh order online
Yang dalam gambar  ni aku order dari Terengganu
Seller pos guna Poslaju

Siap dengan kuah pilihan Sos Pedas dan Sos Manis dalam botol
Nanti bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur gas
Makan lah sepuas nya sambil mengenang memori dulu-dulu


Comments

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuba Teka? GA by Happyirfa

Happy Thursday masuk keje, nampak ni atas meja kalau hebat, cuba teka? 10 komen terawal yang dapat jawab dengan betul ada 'kad raya istimewa' untuk korang # GA terkejut katanya, nampak benda ni terus timbul idea nak buat GA, haha join lah kalau free hadiahnya yang pasti bukan tv@peti ais TARIKH TUTUP: sampai ada entri baru, nanti kita publish semua komen (^_-)