Monday, July 23, 2012

Pertemuan Mencari Pintu

sebelum aku lupa,baik aku update sekarang.nak update blog tapi malas nak menaip.boleh gitu?ada sesapa nak jadi 'tukang taip' tak?upah RM1 untuk satu entri.hehe.gila kedekut kan?aku cakap je biar orang taip kan jadi entri.banyak cantik ye..

sebenarnya nak letak tajuk 'Pertemuan Dengan Blogger Yang Tak Di Rancang Di Satu Petang Jumaat Yang Indah Lagi Damai' tapi macam panjang je tajuk tu..so kita pendekkan dia menjadi tajuk di atas.*lawak la tu konon*

alkisah..jumaat tu aku keje macam biasa,en abe pun keje shift pagi dan abis je keje beliau cepat2 balik umah ambik beg baju dan anak2 sebab perancangan kami nak balik kampung dengan flight jam 6.30 petang.aku tunggu kat opis je sebab sayang cuti.kalau balik ikut en abe harus kena ambik halfday..

semuanya berjalan lancar sampailah ke pintu kapal..pengumuman kelewatan penerbangan di atas sebab teknikal..okey lagi kami lepak je kat situ.dan tak abis disitu,ada lagi pengumuman..tukar pintu berlepas.ramai yang merungut tapi kami cool je..(sedar diri.huhu)sambil lenggang kangkung ke pintu satu lagi aku dan kenit main lumba lari (cer bayangkan bergegar klia tu bila aku lumba lari..hahaha)taklah,kenit je lari sebab budak kecik lari-lari nampak comel.kalau mak budak yang berlari nampak bangang je.

sekali dari jarak dalam 5 langkah aku terperasan seseorang yang juga berjalan lenggang kangkung macam aku.dalam hati 'eh!akak .....ker?rasa macam betul je'.aku tak heran kalau memang betul akak tu pun sebab dia memang selalu terbang kalau ada keje luar.yang best dia langsung tak pandang aku tapi boleh pusing 360 darjah tengok anak dara kecit aku tu tengah melompat-lompat.last-last aku jerit je 'kak (sebut nama betul).tak sangka jumpa kat sini'apalagi melompat2 la kami macam kanak-kanak dapat belon.bila diingat balik malu pun ada.hehe..borak pung pang pung pang rupanya dia dari JB nak ke Penang transit kat Klia.

itulah hikmah disebalik kejadian tukar pintu..borak sakan sampai lupa nak berfoto-foto.ntah bila la nak jumpa lagi agaknya..nak baca versi lain sila klik DISINI

dipendekkan citer..kami selamat terbang ke KotaBharu jam 8.00 malam..sampai Kota Bahru sewa keta untuk 2 hari dan pulang ke kampung aku untuk sambut puasa ngan kakak dan juga mak ayah aku..kakak senyum sepanjang malam bila tengok muka umie,ayah dan adik-adik..tido ramai-ramai,himpit-himpit kami malam tu melepas rindu kat kakak.

okey..dah tu je.nak kena citer jugak ke buat apa kat kampung?kalau rajin aku citer la

14 comments:

Rai said...

aku membayangkan klia tengah gempa bumi 2-3 saat sbb mak budak melompat2 eksaited..mesti si hajar tengok ko heran je..haha..

kakcik said...

Kakcik tak tahula bila dapat jumpa dengan Irfa lagi. :)

NenetPenne (NP) said...

gambar food tak ada ke? alahhhhhhhhhhhhhhhhh

Irfa said...

kakcik

pagi-pagi pegi ke sumur
pegi ke sumur naik kereta
kalau ada umur
berjumpa lah kita

hehe..bantai jelah labu
pantun 4 kerat katanya ;)

Irfa said...

NET..
tak sempat ber pic-pic..dah selamat masuk mulut
segan nak ambik gambar nanti apa pulak kat mak saya
hehe

Irfa said...

Rai..
cis la ko..
dia tak heran sebab dia ingat aku ajuk dia melompat ;)

~ yus ~ said...

hihi, senyum2 akak baca part yg irfa kata cer bayngkan bergegar klia bila irfa lari tu....:D

Arena said...

Lain kali kalau aku ada trip, aku buzz ko gak. Leh sama2 gegor KLIA. Berangan sangat ler kan aku nak jenjalan. GI basuh pinggan pon tak dibenarkan hahaha.

MamaEma said...

keciknya dunia.. kadang-kadang dalam blog dan luar tak sama..takut gak nak bertegur sapa..

Asmara said...

wah terernya daya ingatan yg kuat boleh ingat muka blogger kan. hihi.. eh ke dah byk kali jumpa ek? :D

azieazah said...

*....hmmm dok bayang dua orang mak budak nelompat lompat sampai diperhatikan penuh pelik oleh pegawai KLIA. hehehehe!

Cho Zila said...

kalau dah jodoh di pintupun berjumpa jugakan..
seronoklerkan jumpa kawan kat blogni...

mama aryan said...

bestnyer dpt blk kg sambut puasa dgn family..

izawani said...

Ini kali keberapa yer kita jumpa... kali ketiga kan ? Hehehe... best jer jumpa tanpa sengaja. Best jer ronda ronda cari pintu biarpun awalnya nyumpah nyumpah gak ! Isk !