Monday, July 9, 2012

'Saya Takut Jarum'..itu tak kelakar okey

kat bawah opis aku ni ada unit yang anjurkan program menderma darah.katanya untuk mengisi Tabung Darah Negara.last week lagi dah kuar emel pekeliling kepada sesiapa yang berminat sila bersedia.aku bukan tak berminat tapi.............(ada je alasan).aku mabuk tengok darah.silap haribulan boleh pitam.sapa yang susah?aku jugak....

sumber dari sini

Ciri penderma darah:

* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.
-dari segi umur dan berat badan memang lulus sesangat..

* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-yang ni aku tak pasti le pulak

* Tidak menghidap penyakit kronik.
-alhamdulillah takde dan mintak dijauhkan

* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-minum air suam je.sesekali minum milo.hehe

* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-memang tak suka makan ubat.kecuali sakit teruk.kalau boleh bertahan sampai baik dengan sendiri

* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
-malam tadi lipat kain sampai jam 12malam..bangun tadi kul 6.15 pagi.rasanya cukup tido.


kalau baca ciri-ciri kat atas ni aku memang layak sesangat.takde alasan nak mengelat.huhu

korang dah bape kali menderma darah?
aku tak pernah..semoga akan diberi kekuatan di masa akan datang.Insya Allah dan TAHNIAH kepada sesiapa yang pernah dan banyak kali menderma darah..anda memang HEBAK (HEBAT dalam loghat klate.hehe)

9 comments:

Rinah said...

Baru sekali. Tapi now dah tak sanggup lagi.

Rai said...

aku tak layak..berat tak sampai bottom line, hb rendah, siap bawak virus lagi..haha..

esok pun company aku ada buat roadshow derma darah..tak penah dapat join..huu.

Acik Erna said...

tak pernah jugak dik..hemoglobin memang dibawah paras je..masa2 mengandung zaman dulu pun 11 lebih je..tu dah puas makanhati dan kerang

kakcik said...

Seumur hidup, hanya sekali saja kakcik berpeluang mendewrma darah. :(

~ yus ~ said...

pernah derma darah 3 kali, zaman2 anak dara lom kahwin, sejak kahwin tak pernah menderma lagi...huhu

pB said...

alhamdulillah , setakat ni lebih dari limo kali doh dermo daroh.
Tok sakit sikit habuk , cayolah .....

~Sweet Honesty~ said...

pernah nk g derma, tapi skali di cek2..tak layak sbb kurang ion dlm darah..acaner tu?? xjadi la nk derma..uuuhhhu

Juju said...

Irfa,
Saya tak pernah derma darah. Sama la mcm awak sebab takut.

SHAHZEE said...

skali pun x penah hehehe takutttt...
kalau ikut ciri2 2 mmg boleh je sebenarnya:)