Friday, December 7, 2012

Sarapan dengan Hot&Roll sambil baca novel Adam dan Hawa

~Salam Jumaat~

sarapan lewat hari ni
banyak keje,huhu
okey..layan crispy pizza dari Hot&Roll
emm rasanya?
bolehlah,sedap sangat tu tak jugak
tapi abisla jugak aku makan
tak baik membazir.hehe

kalau tak silap aku namanya,crispy beef
rm6 after diskaun
Dan
dalam usaha menghabiskan novel Adam&Hawa

aku baca balik sebab lupa
macam mana Ain tu boleh kawin dengan Adam
sekarang baru ingat balik

seingat aku dah penah baca novel ni
tapi lupa jalan cerita
bila heboh tayang drama Adam&Hawa ni kat S'tro
aku pun teruja jugak nak tengok
tapi takde ambik pakej tu
maka layan balik baca novel
yang tak bestnya aku duk membayangkan Aaron Aziz 
padahal baca sebelum ni aku tak membayangkan sesapa pun
yela..masa tu rasanya Arron lom gelemer macam sekarang

yang best tentang novel ini ialah
Adam Mukhriz sebagai pilot Mas
ai like ;) 

gambar dari sini
aku suka tengok pilot.tahu kenapa?
suka tengok pakaian mereka yang kemas
sambil membayangkan anak bujang aku
berpakaian macam ni satu hari nanti
moga impian jadi kenyataan
tak salah kan berangan?

okey tu je nak kongsi hari ni
~senyum~

8 comments:

nur anis said...

saya tak pernah baca novel tu..

Hanis Azla said...

akak pun suka hot & roll tu.. pada akak sedap.. he..he.. akak kalau baca buku mmg ingat semua jalan cerita sebab kalau baca mmg menghayati betul.. lepas tu kalau novel yg best macam adam dan hawa mmg ulang2 baca.. lagilah ingat he..he..

-Sara- said...

adam dan hawa? i like! :)

azieazah said...

Saya sangat berharap akan ada drama/filem yang betul-betul boleh buat kita terbuai sama macam kita membaca novel. Setakat ini, hanya Ombak Rindu saja yang paling hampir. Yang lain, belum lagi.

~Cik Viva~ said...

baik bace novel dari tengok siri dia..sebab terlampau byk episod jadik penat nak follow..hehe

sitisaliza.com said...

tengok makanan jerk. yg lain semua tak nampak. heeeee

Irfa said...

#nur anis..
dulu mmg peminat novel,skrg baca je tp x beli.pinjam kawan punya :)

#kak hanis..
mmg ada yg suka baca novel ulang2 tp saya baca sekali pastu simpan.kecuali bosan sangat takde benda nak baca,
barulah baca balik.tp x sabar tunggu novel ke2 akak..dah siap ke belum?

#sara..
sedih pulak baca novel :( ada rasa sesuatu tersekat kat kerongkong

#kak azie..
tp org kata kalau kita baca novel lepas tu tgk tv mesti nak compare.
rasanya novel lebih membuai perasaan ;)

#cikviva..
itu bg yg minat membaca la.u minat ke?

Lady Windsor said...

irfa
saya baca novel ni masa mula-mula kuar lama dulu...tak sangka le pulok ia meletopsss..hehe