Monday, January 14, 2013

Baling Batu Sembunyi Tangan

selamat petang kengkawan
tiada agenda minum petang
sebabnya dalam mulut ada ulser
pedih siot
dah 2 hari dia berumah tangga dibibirku
gosok gigi pun sampai menitik airmata
nak makan pun takde selera
huhu

nak apdet blog takde cerita
ada sikit cerita tapi takde gambar
maka jomlah kita membebel
walaupun takde kena mengena dengan kita

aku baru baca satu blog
ibu vouge bersama anak2 yang lawa dan berbakat
dah lama follow blog dia
suka baca kisahnya
tentang masak- masak
tentang jalan-jalan
tentang anak2nya
itu ini,begitu begini

aku takde masalah langsung dengan tuan punya blog
blog dia,suka dia nak tulis pasal apa
tapi aku pelik dengan pengomen
kalau benci dan tak suka
jangan masuk dan jangan baca
takde sapa paksa
banyak lagi blog lain

dah baca..kalau tak suka
biarkan aja
kenapa perlu tinggalkan komen '!*#^'?
aku jenis kalau baca komen '!*#^' ni
aku klik kot lah boleh kenal tuan yang komen itu
tapi boleh pulak takde profile
itu namanya 
baling batu sembunyi tangan

memang ada manusia
yang sakit hati bila lihat orang bahagia

donia oh donia
*angkat tangan ala-ala en karam singh*

13 comments:

QasehnyaRania said...

as-salam..
a`aa kan sama la dgn ciksu. kita nak juga tahu kan siapa org tu tapi tu la mmg tiada profilenya..

kalau tak suka jngn singgah..ye idok :D

NanyFadhly said...

Assalam..thanks sgt Irfa..singgah my blog and salam ukhuwah. :)

Aqu Mad said...

diorang jenis yg tak ingat mati. suka tambah dosa. huhu

Sherwieyna Muzzawer said...

Sabar jelah dengan orang macam tu. Kalau kita layan memang buat sakit hati je. Dia jeleslah kot tengok awak sentiasa hidup aman dan bahagia..hmmm manusia2..

Kakcik Nur said...

Orang yang macam tu, ada sakit yang rak boleh dirawat secara nyata...

rumah kuning said...

manusia macam2 ragam. beragam-ragam.

Nieda ramly said...

blog sapa la tu?

NenetPenne (NP) said...

haa kan, kalau tak suka jangan baca...

kata tak suka tapi baca jugak..haaa akak tahu..nak amik modal nak buat sesi kumpatan.. ohhh plis la kan, get a life laaa....

azieazah said...

Biasanya spesis gitu adalah kalangan orang yang blogger tu kenal. Samada kawan sendiri, kawan sepejabat or semara mara. Dengki lalu jadi lah baling batu sembunyi tangan. Pengecut kan?

pB said...

baca ...
komen dalam hati jer.
nak kutuk pun kutuk dalam hati jer


Arena said...

Memang cam tu kan. Dah nyampah, dokla sebok baca dan komen pedas2. Hek eleh, masalah jiwa kan. Sebenarnya dia either suka, jeles, sesilap aspire nak jadik cam org tu tapi tak leh, tu yang sesedap rasa komen tu kan.

4feet8 said...

sy mmg grr bila ulser..terus minum air masak berbotol2..sgt taknak ulser tu sbb tgh pakai besi kat gigi..lagi sakit kalau bergesel dgn besi dlm mulut..pedih..

~Mami Little Hero~ said...

Mcm tau je blog sape dr hint yg diberi tu :)

Kita pun suka baca n kdg kita rasa dia suka masuk bakul angkat sndr tapi jari jemari kurus kita x pnh selaju lintasan pikiran di otak utk mengutuk dia. Bagi kita itu life dia biarlah dia begitu. Kdg pengomen ni lupa org tu ada hati perasaan, ada maruah diri.