Friday, January 25, 2013

Entri Jameela

Eh,tadi sedikit kepelikkan berlaku.aku komen kat satu blog.tetiba keluar kotak apa tah,aku tekan 'yes' dan ingat takde apa2 la.sekali bila check,blog aku ada buat entri tapi tajuk je..keluar nama blog yang aku komen tu,pelik.sib baik aku perasan,kalau tak haruslah korang klik situ tapi takde apa2..okey abaikan..

ish..sejuk gile ekon ni..rasa macam nak cari selimut,kelubung dari kaki sampai kepala (masa kecik2 dulu mak selalu tegur aku 'tido macam mayat' sebab suka tido tutup seluruh badan.sebijik macam ayah aku).

Okey ni citer 2,3 hari lepas..lupa hari apa sebenarnya.Sedia maklum yang aku ni kalau buka tv harus laju-laju tekan channel 393,drama Korea.Kalau takde yang menarik baru tukar channel lain.Selalunya tekan channel Astro Ria @ tv3.Tapi hari tu aku tertekan channel 106 kebetulan tengah segmen Entri Jameela.layan la kejap..kita tengok apa yang menarik(sebenarnya kalau tak silap penah sekali je kot aku layan segmen ni)

Tetamu jemputan adalah Sasha Saidin(tak tahu pulak dia dah bertudung sekarang) dan dia berkongsi tentang bagaimana dia bangkit selepas 'perpisahan' dengan suaminya.Tapi tak banyak pun dia cakap,baru cakap sepatah dah iklan.Cakap sepatah lagi,tunjuk kisah orang lain.huhu..Sian dia,dijemput datang tapi cakap sepatah dua kata je

sasha saidin
Tajuk dalam segmen kali ini ialah tentang Perpisahan @ Penceraian..samada bercerai hidup atau dipisahkan oleh cangkul dan tanah.Kalau berpisah kerana tak sehaluan tu kita dah selalu dengar.Tapi berpisah mati jarang orang bercerita.Mungkin menghormati privasi tuan punya badan,

Diorang temuramah 2 tetamu yang dipisahkan oleh cangkul dan tanah (mati)

ketika bersama arwah Faizal
nana sekarang
-Siti Nordiana @ Nana
*pernah berkahwin dan cerai hidup dengan seorang pelakon yang dah jadi arwah-Faizal
*dia meluahkan rasa sedih sebab pernah dituduh 'bawa sial' dengan kematian orang yang dia kenal (arwah Faizal dan juga Achik)
*sekarang dia hanya ingin membesarkan anak lelakinya dan meneruskan kehidupan.

gambar lama ni
sekarang anak2nya tu dah besar
pakai tudung..comel je

-Tasya (isteri kepada arwah Achik-Spin)
*comel je anak perempuan dia
*tunjuk gambar mereka ziarah pusara ayahnya
*kata Tasya 'malam tu Achik ada show,otw balik call suh saya bersiap nak ajak keluar makan.masa tengah bersiap dapat call..saya ingat dia dah sampai bawah.rupanya kawan dia call bagitau dia dah takde,terus letak telefon..saya rasa macam mimpi.ingatkan itu gurauan'(serius aku sebak sangat masa dia cakap tu)
*belum bersedia cari pengganti..tapi kalau ada jodoh,itu hal lain.Yang penting sekarang nak besarkan anak2 dulu.

Kisah lain..
-emel dari pengirim,seorang wanita yang mengaku 'bomoh'kan suami untuk menurut kata dia.lama2 bila suami asyik dengar cakap dia lalu dia pun bosan.pasang 'kayu tiga' pastu suami mati tak sempat nak mintak ampun dengan suami.dia tanya,apa patut saya buat?

Jawapan dari Ustazah Muhaya:
-suami dah mati dah tak boleh nak buat apa.tapi dia yang masih hidup barus taubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.buat amal ibadat dan kebaikkan dengan doa semoga pahala itu sampai pada suami yang dah mati.Sebab orang yang dah mati tak boleh nak buat amal ibadat lagi tapi orang hidup boleh bagi pahala amal ibadat pada yang dah pergi

#kadang2 kalau kita tak puas hati dengan pasangan (adatlah tu.sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..lagu PRamlee).Tapi cuba bayangkan kalau tiba2 kita dapat call kata suami dah 'takde'.Yang ditunggu tak pulang-pulang.Sebab tu kita digalakkan bermaafan dengan pasangan sebelum keluar rumah dan sebelum tido.

Macam rojak dah entri aku ni..

17 comments:

shida said...

ha.. walaupun rojak tp sedap!!!!
betui2... takutkan.. kadang2 kita merajuk konon minta dipujuk... sekali dgr berita mcm tu... sungguh menakutkan.

Qashmere said...

Semoga yang melalui perpisahan walau cara apa sekali pon..semoga tabah mengharunginya..

Ingatlah Allah sentiasa dengan mereka2 ini

NenetPenne (NP) said...

ooo akak ada terklik entry yang irfa cakap tu.. tulah tengok2 kosong..

tak ada sorang manusia pun membawa sial.. kalau kita percaya maknanya kita kufur pada Allah. dah ajal si faisal dan achik tu sampai, maka pergilah dia mengadap Illahi... tak ada kena mengena langsung dgan nana tu...

baiknya Shasha tu, pakai tudung pun labuh tutup tetep.. dulu kemain dia ligat. baguslah...

MOKCIK AZWA said...

Salam Irfa,

Azwa ingatkan Azwa sorang je yg tak puas hati dgn entri jameela tu..sikit2 iklan lepas tu suka potong2 cerita, hujung2 macam tak sampai cerita tu..

itu yg pelik kan..ada suami, nak ditundukkan, dah asyik tundukkk jer..mula cari orang lain..nauzubillahi min zalik..

bangsawan nilai said...

elokla awak buat ruangan ulasan rancangan tv kat blog ni irfa...hahaha

aQu Mad said...

ape da tuduh nana "bawa sial" .. ajal maut ditangan tuhan.. tak baik la tuduh nana camtuh.. kan kan ?

-Sara- said...

kita layan gak entri jameela ni..part best segmen bsama prof muhaya tu kan, byk nasihat berguna :)

Irfa said...

#SHIDA..
betul tu.kalau nak merajuk tu boleh tapi jangan lama2 ;)

#QASHMERE..
ye..mati itu pasti.
perpisahan amat meyakitkan apatah lagi kalau masih dlm berkasih sayang.bagi yg dipisahkan oleh mati smoga di kurniakan dgn extra ketabahan

#kak net..
itula pasal..x dimana silapnya tadi
gambar tu masa dia kat mahkamah rasanya,masa dlm entrijameela tu dia pakai tudung shawl tapi labuh jugak rasanya

#kak azwa..
banyak saya perati rancangan termuramah macam ni suka potong org tengah bercerita.tak guna panggil orang kalau ko je nak bercerita ;)
mintak jauh kita semua dr perkara yang berkaitan ilmu hitam ni

#bangsawan nilai..
eh,suka ke?okey..nanti aku ulas lagi.hahaha(ko sindir ye)

#aQuMad..
terkejut jugak bila nana cakap mcm tu sbb akak x terfikir lgsung pasal kebetulan ttg mati tu

#sara..
yang baik kita ambik
yang buruk kita buang ;)

Nur farahiza said...

hari too sempat tgh pasal nana and arwah achik too jew , pas too tak penah pulak layan ,

Acik Erna said...

assalam dik..akak tengok jugak ni...dah tua2 ni tengok 114..110 dan 106 je..radio pulak radio ikim

IndaMarya said...

Rojak pun tk pa Irfa, saya suke.he he

Nieda ramly said...

aaaha irfa......... mcm rojak. semua ada . dr sejuk bedi hingga masuk kubur.

gadisBunga™ said...

kite ada tertengok cerita tu..entri jameela rupanya eh. tapi rasanya part sasha kite terlepas. huuu~

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

Lady Windsor said...

sedih kan bila kejap tadi call nak ajak makan sekali tup tup kawan dia call kata dah tak ada..baguslah bini achik spin tu..

cha said...

takutnya baca entry ni huhu yelah ajal maut kat tangan Tuhan kan. haish paling takut bab sihirkan laki tulah hambik ko tak sempat mintak ampun. nauzubillah :-/

salam kenal :)

Luna said...

sbg manusia biasa kan, siapa yg nk merasai kehilangan baik secara bercerai hidup mahupun mati. tapi bukan kuasa kita menentukan soal hidup mati, jodoh mahupun zuriat. kalau x mahu bercerai mati tetapi suami x tunai tgjwb, menganiaya dan sbg nya xperlu bertahan...dah boleh tuntut fasakh pun.

Ingat mcm ni je. suami mmg pinjaman saja, utk menjadi teman hidup bersama2 untuk mencapai keredhaan Allah. Kalau sampai masa, perlu dipulangkan kpd Allah baik masa hidup atau mati.perlu pulangkan dgn redha dan tenang. Tapi matlamat utk cari redha Allah tu tetap diteruskan walau apa pun status kita. perkahwinan hanya sbg salah satu asbab sahaja.