Monday, January 14, 2013

N9 Cuti Rupanya

Kisah pagi ini..rutin biasa,kunci jam 6.00 pagi,bangun tido dan kejut si abam..lalu bangunlah si abam menuju bilik air lipat kaki seluar macam nak ambik wudu'.maka aku adalah sedikit pelik lantas berkata 'ai..nak solat je ker?tak mandi terus..hari ni dah isnin la abam.tak nak pegi sekolah ke?'sikit nada nak marah disitu.Sebab selalunya kalau hari sekolah,dia terus mandi,pakai uniform dan solat subuh.

Tetapi abam menjawab dalam mamai 'abam keliru la umie.pagi ni sekolah ke tak sekolah' ambik ko.ayat keliru terus.tak puas hati call pengasuh..sebabnya anak2 dia lagi ramai yang bersekolah.sekolah menengah ada,sekolah rendah pun ada..so mestilah dia lebih tahu cuti ke tak cuti.

Pengasuh lalu menjawab 'hari ni tak sekolah'..pendek dan ringkas jawapannya tapi masih tak puas hati..cuti apakah?aku turun ke bawah membelek kalendar.oh,ini jawapannya..14 haribulan:Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday.

itulah kisahnya kalau duduk kat sempadan.Bekerja kat Negeri Selangor tapi duduk Negeri Sembilan maka yang diingat ialah cuti Negeri Selangor je.huhu.oklah abam,sambunglah tido balik..umie jugak yang kena bersiap nak gi keje

sekian kisah seorang ibu yang bangun awal ingatkan anaknya sekolah pagi ni..

7 comments:

bujal X said...

minggu depan yang best~ambik cuti hari jumaat~dapat enjoy 5 hari terus~khamis maulud nabi,jumaat cuti apply,sabtu ahad cuti hujung minggu,isnin thaipusam~he~~

Kakcik Nur said...

Minggu depan, kakcik ambik cuti 25hb. Boleh sambung tido lepas Subuh untuk 5 hari... lalala... :)

faraherda.razalan said...

Amboi, solehnya abam. Bgn pagi nak solat subuh ya? Suke cara ko didik anak mcm ni. Alhamdulillah. Nanti, ko kongsilah kat blog mcm ne ko didik anak beb. Aku teruja nak tau.

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe....biasa juga kawan kawan rietta yang dok kedah...anak anak cuti, mak ayah kje...pling xbest...penang cuti sabtu ahad, kedah cuti jumaat sabtu...

azieazah said...

Saya malu nak citer pasal cuti, sebab saya dah berenti kerja. hehehe

Irfa said...

#en Bujal..
oh itu saya tahu itu
(dialog citer P.Ramlee)hehe
dah tanda kat kalendar tapi mgkin a cuti kot sbb nak simpan cuti utk benda lain.

#kakcik..
mmg terbaeklah..saya dah simpan azam tahun ni hanya bercuti bila perlu.
hehe

#fara..
alahai malunya.banyak lagi ibu2 yg lebih layak bagi tips tentang anak2 soleh.aku ni mak budak baru nak kenal dunia..

#rietta..
kedah ngan penang pun samalah kes dgn n9 dan selangor ni ;)

#kak azie..
hehe..saja jelah kak.best apa setiap hari adalah Cuti ;)

4feet8 said...

selamat bercuti n.9. ummi, sila pergi kerja ya.. hehe