Friday, February 1, 2013

Sayang Yang Tak Terluah dan 3 Potong Kek

Hari ni ada adalah sweet sour
ada manis
ada airmata juga

satu perkara nak share
ini pendapat aku saja
tak setuju terpulang

didikan mak ayah kita dulu
dengan
didikan kita pada anak2 
mungkin tak sama

banyak faktor mempengaruhi
tapi sayang itu adalah serupa
mungkin cara saja yang berbeza

sayang yang tak terluah pun bahaya juga
sapa harus dipersalahkan?
tiada sesiapa
mungkin kerana didikan dari awal memang begitu
jadi kita malu nak memulakan sesuatu

malu nak mintak maaf
malu nak berterima kasih
malu untuk meluahkan rasa sayang

tapi hari ini
pecahkan dinding itu
dan kita mulakan yang baru

-tutup buku-

dan yang sweet juga tak diduga
aku dapat 3 potong kek
*gembira sangat*
terima kasih pada akak sebelah
tak sangka dengan kejutan yang terkejut itu
sib baik tak pitam
hehe

lama dah tak dapat kek besday
yang mana satu nak makan dulu ni
em yummylices 
dan tq buat Rai
siap buat en3 fr mybday
ko saja kan?buat aku terharu
dan tak lupa buat yang wish kat FB,Blog dan sms
#tiba2 rasa diri disayangi

jemput makan kengkawan
#nah sudu.meh kita rasa sesama
sikit sama di rasa konsepnya
(^_^)

16 comments:

Leney said...

happy birthday Irfa....happy selalu hendaknya.

ct cheery said...

cheery nak sikit..hehe..sedap tu

NenetPenne (NP) said...

laa birthday hari ni eh? oooh sama dengan hari wilayah gitu...

betul kata irfa, didikan adalah berbeza.. mak akak dulu memang tak penah raikan sambutan hari jadi mcm ni.. tapi bukan bermakna dia tak sayang kita.. dia sayang dan bila ada orang meraikan harijadi dalam family dia, akak rasa janggal... itu sahaja..

tidak bermakna tidak mengucapkan happy birthday pada kaum keluarga, tidak bermakna akak tak sayang mereka..

:) have a wonderful birthday yer irfa...

banana choc, my favourite of all time..

4feet8 said...

lama tak makan kek. sebab dari bulan 12-2 takde harijadi sesapa. jadi, tak beli kek..

mummY daniSha said...

hepi besday irfa ..semoga pjg umur,murah rezeki =)

~Cik Viva~ said...

mintak kak, cheese kek sepotong..saya mau makan kerna perot kosong...

faraherda.razalan said...

eh, bday ko ke? happy bday beb. moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki!

NinaAz said...

Hepi birthdayyyy. Hihi. Bestnya secrtrecipeee

Irfa said...

#leney..
tq ;)

#ct cheery..
meh la sini
banyak ni..dah tak larat nak makan

#kak net..
bukan tak sayang
tapi x pandai ungkap dgn kata2
sesekali nak juga dengar ucapan sayang itu..tp dah mmg gitu sejak kecik lagi maka xleh nak kata apa
oh itu banana choc ke?
saya kenal cheese cake dgn chocolaye cake ke ;)
kalau dekat boleh kita share sama2

#4feet8..
bukan xleh beli sendiri
tp kalau org hadiah/belikan lagi terasa dia punya sedap ;)

#mummy danisha..
tq dear ;)

#cikviva..
cheese cake always my feberet
so dah selamat masuk perut
2 slice tu ada lagi..smpan utk ajaa dan abam ;)

#fara..
ye,hari tua aku ;)
tq utk ucapan itu

#hai NinaAz..
mekasih.
resepi rahsia yang dah tak menjadi rahsia lagi.ramai dh org pandai buat lagi sedap dr ini

Rumah Kuning said...

happy birthday. semoga sentiasa berbahagia dan diberkati Yang Maha Esa.
semua kek manis2. takut nak makan.

Irfa said...

#kak RK..
tq kak...

Mak Piah said...

Happy birthday Irfa.
Mak Piah say sorry makan kari pakai sari sebab lambat wish.

Semoga Irfa sentiasa dalam lindungan Tuhan dan diberkati selalu.

Salam.
x x x MP

Irfa said...

#MP...
tq utk ucapan itu
ala...lewat sehari je pun ;)

zie marziah said...

fuhhh classic cheese tu memang hebat..samapi menjilat kotak:)

bangsawan nilai said...

happy birthday irfas, aku cuti sempena birthday awak...he he (hari wilayah)

Irfa said...

#zie..
cheese kek tu je akak makan
2 kek lagi tu bawak balik umah bg anak makan ;) tak tertelan kalau dh banyak

#bangsawan nilai..
jeles aku
tapi takpe..bagi peluang org cuti