Skip to main content

Gerai Nasi Lemak Payung ala 'Chipsmore'

Pagi ni sarapan nasi lemak,lama tak makan nasi lemak..

Sejak tumpang member baru ni,sebelum datang keje member akan singgah nursery anak dia untuk hantar beg sekolah petang.Dan aku nampak satu gerai nasi lemak..dalam hati terfikir nak singgah (aku kan dah boikot pakcik kafe sebelah tu..so sarapan aku kena beli kat tempat lain kalau aku tak bawak bekal).Tapi sebab tumpang orang segan nak suruh dia benti..aku harap dapat rasa nasi lemak dia sebab aku nampak ramai orang singgah..mesti sedap la kot

Tapi lepas tu banyak kali lalu,gerai payung tu tak bukak..dalam hati berkata 'ni la orang kita,meniaga macam chipsmore.kejap bukak kejap tutup,suka hati je...macam mana nak maju' ewahh..suka suki buat spekulasi.hehe

Pagi ni nampak gerai bukak..saja bagi hint dan tak sangka member nak berenti.so aku beli 2 nasi lemak telur mata (sorang satu) 5 biji kuih (3 biji karipap sadin dan 2 biji roti sambal) = rm6.nasi lemak tu rm1.50 sebungkus la.Ops,sebelum bayar aku sempat cakap 'banyak kali lalu tak bukak..kenapa ye?' dia jawab 'memang lama tak bukak kak..saya sakit' alahai..kesiannya.Rasa bersalah pulak sebab tu ari aku kata dia berniaga suka suki je..terus teringat kat sepupu aku kat kampung.dia pandai masak,tapi sebab selalu sakit..gerai nasi kerabunya kejap buka kejap tutup..

Dalam keta aku dah makan karipap sadin dan roti sambal..sedap sambalnya,roti sambal tu lembut dan gebu je.Sampai opis..terus buka bungkus nasi lemak..

nasi cukup lemak
sambal cukup perisa
telur mata yang rasa telur.hahaha
'sedapnya..pandai dia masak.nasi lemak yang cukup lemak dan sambal pun sedap' dan semoga dia sentiasa sihat supaya gerai payungnya selalu bukak,aku pasti nasi lemak dia ramai peminat.Tak delah maksudnya aku nak beli nasi lemak dia hari-hari..gilo ke hapa makan nasi lemak hari-hari,tengok badanlah pulak kan... sesekali boleh la layan..

Comments

selalu jumpa gerai2 macam tu... herm.. memang selalu sakitlahkan.. bangun nak masak jam berapa pulak.. pastu nak mengangkat barang lagi.. mana pingan mangkuk kotor nak kene basuh lagi.. aduhai.. memang letih badan..

ni pun sebab pengalaman masa zaman sekolah dulu. hari2 kene tolong kakak pepagi tolong buka payung nak meniaga nasi lemak.. ingat2 balik.. aduhai... tak sanggup.. kekadang boleh menitis airmata.
Lynn Huraiza said…
selalunya nasi lemak kat gerai2 macam tu memang sedap...huhuhuhu...tiba-tiba teringat nasi lemak kat lrt ampang...
Yunus Badawi said…
Saya dah tergoda ni. Kat mana gerai dia tu?
Yunus Badawi said…
Telur mestilah rasa telur. Kalau tak, rasa apa pulak? ...... hehehe
Kakzakie Purvit said…
Kalau telur rasa daging ke ikan terkejut pulak yg membelinya.

Nasi lemak kalau sambal sedap memang sedaplah..
Ratu Hatiku said…
Dah lama xmkn ns lemak kt ops...hihihi
Mimie said…
huhuhu pelik jugak la nape name gerai nasi lemak payung ala "Çhipsmore"..rupe2nye kejap ade kejap takde..huhu
Cho Zila said…
nak buat camnerkan sbb ramai jer orang kitani camtu berniaga... tu yang buat kesimpulankan.. alahai nak cari rezeki tak mudahkan...
Yong Is My Name said…
haaa..

agaknya ada dak Telur rasa Chicken Chop??

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')