Skip to main content

Kesan Awal Makan Kolagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen)

Assalamualaikum Semua..
Hari ni sedikit huru-hara kerana en abe juga kerja shift pagi..maka sesi mengangkut kenit yang tengah tido ke rumah pengasuh.Sib baik dia tengah tido lena..kalau mata terbukak harus ada drama pagi hari dengan ayat feveret 'ajaa tak nak pegi..ajaa nak kawan ayah'.maklumlah kalau ayah keje pagi..dia boleh bangun lewat dan pegi lewat ke rumah pengasuh..

Okey..sarapan pagi ini ialah nasi goreng extra minyak.euwwwwwwwwww kembang tekak..pesal la tukang masak ni masak nasi goreng macam goreng ayam pulak dia.sekilo minyak untuk sekuali nasi ke?aduhai.

Ops..korang ingat lagi tak aku penah buat entri Kolagen Rumpai Laut 1 dan 2 bulan lepas tu?tak ingat takpe,tak penting pun.Aku cuma nak kongsi kesan setelah memakannya (aku je yang perasan kalau orang lain tak perasan itu...biarin aje).

Ini adalah pengalaman sendiri yang baru makan rumpai laut (kaler pepel) lebih kurang 2 minggu.

  • sebelum makan rumpai laut ini muka aku ni tidaklah licin gebus mana pun tapi jerawat susah nak singgah..kalau ada pun sikit jerawat pasir gitu tapi masa awal makan kolagen ni tetiba tumbuh jerawat.Hampir nak give up tapi ada kawan suh continue makan.Katanya 'ada orang kesannya tak sama..jadi teruskan je dulu.Insya Allah itu cuma sementara' 
  • Pastu masa memula dulu asik la rasa haus memanjang..berbotol aku minum air kasi hilang dahaga.Bila gugel..itu adalah kesan awal pengambilan nanti lama-lama kita akan biasa.Minum air bagus untuk badan kita sebenarnya. 
  • buang air besar juga adalah lawas (puas hati bila membuang..aku memang ada masalah membuang ni dah lama..kekadang aku pun pelik,hari2 makan tak penah miss..sarapan..lunch dan dinner tapi membuang adalah 3 hari sekali.huhu)
  • kulit muka adalah lembab cam baby..dan liang roma (pori-pori kot orang sebut) kat muka makin mengecil..amboi perumpamaan tak agak-agak2 tu,baby terus.hahaha.sapa kata?sayalah..segan nak kata 'suami kata kulit muka lembut dan berseri' sebabnya kalau aku baca orang buat statement macam tu ada rasa macam euwwwwwwww..nak muntah.
okey setakat ini,tu je kesan yang boleh aku kongsi..stok ada lagi 2 tupperware.emm sedang berkira2 nak continue @ nak stop..(tu hari kan dapat free..kalau nak continue seharusnya kenalah beli) sebabnya aku ni bukan istiqomah sangat dalam makan produk ni..hangat2 taik ayam je.hahaha

okey sekian untuk perkongsian bersama.

Update Kembali:

ada jumpa satu link tentang 'betul ke rumpai laut ada kolagen?sila baca sini' bagi aku terpulang nak percaya/cuba..tiada paksaan.Aku cuba sebab dapat free..dan masih berkira2 nak teruskan @ tidak.

Comments

Anonymous said…
Salam Irfa,

Terima kasih singgah blog Maklong.

Banyak dengar cerita pasal rumpai laut ni. baguslah kalau kesannya baik.
Dr K said…
update lepas sebulan nanti..:)
NinaAz said…
Nina pun tgh mkn rumpai laut skg. Kawan bg free . Segan pulak. Mabe sb dia tumpang keta nina kot. Dia beli rm70 sekilo.
Adeh...bab nasi grg myk tu....haruslah dijauhkan. Huuuuuuu~

Ish....suke betul update psl colagen rumpai laut. Ni yg terase nak beli gak ni....
IndaMarya said…
Irfa, you sound vry impressing.boleh jadi penjual yg bagus ni, and ahli prniagaan brjaya...
izawani said…
Ari tu doktor pesan, akak ni alergik dengan makanan laut... itu pasal tak makan tu... hahaha... <--- bohong semata !

Now nak terai yang arena suggest tu la...
debellezza said…
salam..sory sy tumpang promote boleh..sy de menjual rumpai laut hijau (gred AAAA)
asli dari sabah..sesiapa yang berminat boleh contact sy kt no ni 0196922033..
trime kasih awak..:)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...