Skip to main content

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan (You Are What You Eat)

# suka pulak aku tengok poster2 nih
banyak lagi tapi aku pilih 3 je



perasan tak kalau kita sedang pilih makanan kat kafe
ada 2 kategori

A
ambil pinggan
cedok nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur
sambal belacan sikit
ke kaunter dan bayar 

B
ambil pinggan/mangkuk
ambil lauk @ sup sayur
ke kaunter dan bayar

dan cuba perhati bentuk badan 2 orang tersebut
(pun ada 2 jenis jugak)

A1
yang ambil nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur
sambal belacan sikit tapi badannya slim je
'oh!mungkin metabolisme dia tinggi
membakar lemak tahap kuasa 5 ekor kuda hitam'

A2
ambil sama cam A1
tapi badan memang size XXL
'Omg..patutlah macam tu.tengok la dalam pinggan dia'

B1
yang ambil ambil lauk @ sup sayur je
slim je
'emm okey,patutlah slim,itu je yang dia makan'

B2
ambil yang sama macam B1
tapi size adalah XXL 
'emm,metabolisme rendah ni.
tak pun balik rumah belasah nasi 3 pinggan'
hahaha 


tapi kalau tengok gambar atas ni
nampak yang makan sayur tu muka cam tak ceria je
# okey..ada alasan nak makan sekor ayam sebab nak ceria 

sebenarnya kita tahu sebab musabab kenapa size kita macam tu
tapi saja je buat tak tahu dan mencari alasan

fikir-fikirkan dan selamat beramal
(^_~) 

Comments

Unknown said…
aku? ambik pinggan..isi 2 senduk nasik..letak senduk..eh tak cukup ni tambah lagi satu senduk..hmm.. ayam mana paling besar..oh sedap sayur ni..aaa..ada sambal belacan..

homai...

moncit la gini..hahaha..
Ann Ishak said…
tulah kan, sebenarnya quantity makanan tu yang harus di titik beratkan.
Orga said…
pelik kan, makan sama banyak, dengan sayur bagai, tapi badan tetap naik...diet makan sikit, lagi cepat naik, hm....last sekali, reda jelah, haha...
Jari Manis said…
pernah try tak makan nasik nak kasik turun berat badan..sekali gigil2 badan..jadi mkn mcm biasa tapi kuantiti sedikit
Bab mkn..kalo ada duit, mmg xde maknanya nak kontrol2. Mkn je...
IndaMarya said…
you are wat you eat,its a chinese proverb.memang betul pun.actually dizaman modern ni kita tau sebenarnya wat makes us fat but kita makan jugak,.sebab? banyaknya makanan yg sedap2 keliling kita.jum kita ubah makan makanan berkhasiat bukan makanan sedap.and of ourse in small portion saja tau...kalau gemok bukan saja tak cantik tapi banyak penyakit singgah kan?
Unknown said…
salam Irfa, insaf pn skjp je pn x gn gak. Bagi sya siang mkn bnyk pn ok je tp mlm elakkn mkn mknn berat. Ok je maintain berat bdn. TQ
Rashid said…
haha .. benar tu. Orang kata 'rakyat Malaysia' memang suka makan. Kerja jap makan .. jalan jap makan .. bual-bual jap ajak makan .. pergi umah sapapun tentu tuan rumah ajak makan .. hehe
Unknown said…
hidup mesti lebih ceria.... pilih la jalan yang boleh menceriakan kita.. kalau makan boleh menceriakan ... belasah je la... kik kik kik
IntaNBerliaN said…
kene sayangi diri ni.. kene jaga badan utk suami :-)

*tifa anvar t8u bukan blogger, dia sekadar pembaca blog je... dia ada komen gtau saya pasal ni :-)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...