Skip to main content

Bila Kaunter Pertanyaan Jawab 'Tak Tahu'

macam mana rasa 
kalau kita ke satu tempat 
yang kita baru pertama kali datang?
@
jarang-jarang datang? 

mesti kita teragak-agak nak buat sesuatu
sangat bersyukur kalau nampak 
'KAUNTER PERTANYAAN'

tapi apa rasanya bila bertanya dengan cik adik manis di kaunter tersebut
dan jawapannya adalah
'saya tak tahu'

bukan ke sepatutnya yang duduk di kaunter tersebut
tahu semua info?
bukan ke dihantar kursus @ ada manual
sebelum di suruh duduk di kaunter itu?

itulah yang aku nampak senario pagi tadi
seorang pelancong mengheret beg besar
berdiri dengan muka ada (?) besar di kepalanya

tapi dengan kuat suara cik adik manis itu menjawab
'saya tak tahu'
kalau tak tahu pun
dah duk situ kena usaha cari info
kalau awak staff baru,tanya senior
tak tahu jugak?
okey..tapi jangan menjawab 'tak tahu'
dengan suara macam speaker rosak
bukan aku sorang je terperanjat dengan suara dia
orang lain lalu lalang pun sama

oh!mungkin lelaki itu mintak no phone cik adik tu kot
sebab tu dijawab 'tak tahu'
err..ada ke yang tak tahu no hp sendiri?
hihi

'cik..saya nak tanya sikit
kat mana kaunter pertanyaaan?


lalalala

Comments

Acik Erna said…
betul tu dik..kalau tak tahu..jangan terus jawab tak tau..cari pertongan..cari info..atau pun kata la..tunggu sebentar..terus cepat2 cari maklumat..
Jari Manis said…
Saya tanya awak jawab, awak jawab saya tanya..heeeeeeee

Kalau ada org mcm tu lempar je kat luar..ahahaha...jgn kawan tak tahu..jawab lah ..sebentar yer En saya tanya bla..bla..bla..
NenetPenne (NP) said…
ada ada..akak tak tahu nombor telephone sendiri..ha ha ha..dah lama baru tahu...

gamaknya budak tu baru dapat tahu kena jaga kaunter kot...

tapi betul kata irfa, duk kat kaunter pertanyaan ni kena tahulah...kena amik tahu... kalau jawab tak tahu apa guna duduk kat situ... sesak nafas dapat orang mcm ni...

lepas tu siapa yang duk kat kaunter pertanyaan, tolong jangan kerek bila orang tanya apa2... nak je akak sembur budak pompuan yang jaga kaunter kat JPJ tu... muka lawa mekap semua tapi tak senyum sikit pun... kalau jantan yang tanya, senyum sampai ke telinga...
ZieMarziah said…
bikin bara je kalau dia jawab cenggitu..baik xyah dok kaunter pertanyaan kan..
Cho Zila said…
isyh.. isyh.. tuler payahnyer kalau amanah tak dijaga... dahler tu hilang sopan santunnyer...
Ratu Hatiku said…
Betul tu sepatutnya kalau xtau dia kenalah sedaya upaya cari jln penyelesaian bukan dgn hanya bagi jawapan TAK TAHU.. lbh baik jgn duduk kat situ kalau semua benda dia xtau kan?
Rinah said…
dah duduk kat kaunter pertanyaan.. mesti jawab elok2 kecualilah orang tue tanya soalan bukan2.. huhuhu
lupekanje said…
Ye la agaknya dia petugas gantian bidan terjun. Pastu tgh meroyan agaknya...adalah prob dia ...kita tk tau kenapa dia jawab tak tau ..hehe.. mungkin soklan yang tak berkaitan.
Cadangan, buat signboard,contohnyaKAUNTER PERTANYAAN UNTUK KAWASAN SEKITAR 3KM SAHAJA. (SOALAN PERIBADI TIDAK AKAN DILAYAN)
errr...
Kakzakie Purvit said…
Kenapalah sykt itu boleh employed pekerja macam ini. Kena hantar kursus motivasi kalau macam itu gaya.
cheqna said…
hahahaha
kalau cheqna kena macam tu memang merah muka org kaunter kena sound dek cheqna...hahahaha
Unknown said…
kalau pun tak tau, cuba la bagi sikit hint.. kat mana orang tu nak refer.. hish.. dah dia tak tau.. orang yg heret beg tu mesti lagi tatau.. kesiannya..
Klu kena kat aku, dah lame aku tarik tudung/rmbt die.
Akukah? said…
budak pompoan yg comei duk belakang kaunter tu mesti x tau sebenonye dia duk belakang kaunter pertanyaan, tu pasai dia jawab dia x tau!! hmmm...
||aLeaSaRa|| said…
haishhhh husihhhh hurmmmm rs nk sound je,kan.kot ye pun moody ke sakit ke kat kaunter kn maniskan muka,x reti jwb tya je senior.akk dulu pun bhgn frontliner mmg dh ada modul.dh pergi kursus,dh salin nota mcm2 so kn stiasa update sgla hal2 spya sng nk jwb kalau customer tya.

br2 ni akk gi JPW kt shah alam,bdk kaunter ptanyaan tu muda lagi mcm br je msk kerja.bila akk tya tu x tau ni tak tau.adeih...rs mcm akk yg ptt jaga kaunter ptyaaan tu bkn dia!sbb akk yg jwb balik apa yg akk tya..boleh..he3...

lastly akk mta nk jmp pegawai dia berkenaan satu kertas kerja.hurm manalah org x kutuk pkja kt kaunter x kshlah gov/swasta.sbb tu ada yg perli.."nilah guna sgt kabel n msk kerja...lastly dh msk x reti buat kerja "....
Nong Andy said…
hahaha.. ini memang nak buat kita hangin satu badan ni
||aLeaSaRa|| said…
sis irfa tq tau sbb ltk blog akk dlm bloglist.td tgk kt stat ada backlink dr blog irfa..akk pun dh ltk irfa kt bloglist juga....sharing is caring ^^
Unknown said…
salam,
nie kene suruh bos die buat'spotcheck' kot. Hehehe... Bkn kat kaunter prtanyaan shj tp semua front office pegawai kene ade sikap mesra pelanggan.
TQ

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...