Skip to main content

3 Hari untuk bank statement?Awak Bergurau ke hapa?

Pagi ni sedikit lambat..ada urusan dengan bank.Kadang2 urusan yang sebenarnya adalah simple menjadi rumit kerana prosedur yang dibuat oleh manusia itu sendiri.Nak print bank statement yang super simple tu boleh ambik masa 3 hari..bukan free pun kena bayar lagi RM 5.pehal?

Bila aku tanya 'kenapa sampai 3 hari,bank lain sekejap je nak print benda ni'.Tapi dengan muka tarak senyum boleh ko menjawab pada customer 'bank mana?itu bank lain..bukan bank kami' tapi bila membising pandai pulak ko kata 'kalau nak jugak..kena tunggulah' dan saja nak kenakan aku yang degil nak tunggu,nah ambik ko,45 minit aku memanaskan kerusi hanya untuk sehelai kertas yang berharga rm5.# pelik..memula kata 3 hari lepas tu boleh pulak print dalam masa tak sampai sejam.tetiba  undang2 boleh di ubah ke?ikut kes ke?kalau bising baru boleh buat?kalau aku tak bising tadi mungkin 3 hari baru siap kot... 

Adoi..Ingat aku sorang je yang kena macam ni,blogger femes En Ben Ashaari pun ada pengalaman yang sama.nak baca klik sini.Orang belakang aku pun kena..nak mintak statement dari bulan 5 tahun lepas..disuruh tunggu seminggu.Aku tak pasti semua cawangan macam ni @ cuma cawangan ni je yang buat undang2 macam ni.Dah lama aku tak mintak bank statement ni,itu pasal aku tak tau kalau ada prosedur baru.........

# mak incik geram nih..sambil kunyah roti gardenia laju-laju

Comments

izawani said…
Bank mana tu ? B Islam bley print kat mesin dia jer... tak payah pegi kaunter pun...
Ratu Hatiku said…
Bank mana? Saya selalu kena Maybank.. benci betul. Biasa kalau saya buar RHB sekejap jerk dan x perlu byr pun...
:: CIKVIVA :: said…
klau kat B.I, dia suh isi borang & nanti dia akan antar thru email dalam sehari dua..
Jari Manis said…
Hishh..mcm tu plak...geram jek JM baca..

Nak ke Japang ke..g print bank statement :-)
bangsawan nilai said…
bank kepala rimau mmg 2-3 hari yg aku pernah kena.
tapi kalau instalment kita due sehari je bertalu-talu diorg call
muslimah rempit said…
itu ler perangai maybank... memang semua cawangan macam tu! kita kena bising2 dulu baru boleh dia print...

lagi satu asal minggu gaji jer... semua mesin ATM ke, mesin deposit ker semua macam hampas kelapa.... boleh pada waktu puncak buka satu atau dua mesin... tak ke hampas kelapa jer... korang perasan ke tak?

Kerana masalah2 begini bos Kak So dah tak mahu guna maybank...
Liz said…
Saya pernah terkena dgn bank CIMB. Minta statement house loan je kot. oOk la, statement datang dari HQ. Faham la kalau tak boleh print out dalam masa sehari. Sebelum ni 3 hari bekerja, dah dapat. Yang baru-baru ni, dia kata kena tunggu sebulan. Hangin je. Last-last email Manager dan c.c ke orang atasan kat HQ. Dan-dan tu juga bank call kata dah siap. Tapi salah pulak statement yang dia bagi. Kena marah dengan kitorang. Esok tu terus dapat yang baru.

Dengan pihak bank, memang kena strict sikit. Saya belajar dari boss.Diorang pun bukan ikut peraturan. Cuma malas nak siapkan kerja cepat2
ZieMarziah said…
bank apa tu?selalu sy pergi cimb bayar singgit je n on the spot dapat
Leney said…
Begitulah semenjak dua menjak ni..kena bayar, kena tunggu. Dengar cerita pekerjaa bank tengah buat demontrasi kebangsaan, state by state. Tu yang customer jadi mangsa kot.
Dr K said…
Bank apa?
Saya guna bank Rimau..
Saya pilih utk online statement utk current acc. Senang, setiap bulan boleh monitor dan save kan, bila nak, print sendiri.
Aku amik online je. Mls nak deal kat kaunter.
Orga said…
rasa macam maybank jer...sebab pernah ada pengalaman, tapi sejak berpindah ke bank islam, masalah itu selesai dengan segera. so, makan roti gardenia pun slow-slow jer kunyah, hehe...
Lady Windsor said…
so far pengalaman teruk akak dengan bank ialah maybank..dia rejek akak punya permohonan nak apply kredit card walhal dia belum tengok form yg akak isi..maybe sebab akak pakai tshirt and selipar je kot..sekali dah tengok form kita jenuh pujuk kata sangat layak...hmm sudahlah kan..banyak lagi bank lain..
Unknown said…
LW, smpai mcm tu skali ke. Ptt nye bank ke pjabat ke kat front-office nie kene pilih pkrja yg brkualiti kalau x habis jatuhlh imej sesebuah kompeni iru. TQ
Adikchiek said…
I keja sendiri jek. Current account ambang,, masukkan gaji ke maybank dah bertahun2. Skarang tengah nak apply loan rumah. Untuk kerja sendiri,, kena 6bulan statment bank. Tapi maybank ni boleh bagi 3 bulan statment bank je. Dah tu dia buat cycle lak. Klu masa apply tu awal tengah bulan, kita rumah boleh apply account bln
Adikchiek said…
Nak tutup akaun maybank . Masuk gaji ke cimb
Irfa said…
KAK IZAWANI..
bank rimau
sekarang dah tutup pun cawangan tu
Irfa said…
RATU HATIKU..
bank Rimau lah tu pun
mungkin setengah cawangan ok
yg buat hal ni memburukkan nama semua cawangan
Unknown said…
Sampai skg 3 hari rhb.jauh plak menapak satu hari tempat buka buku akaun.last pegi sama gak...leh buat melalui atm ke
Unknown said…
Saya pla nk minta stetemnt loan Rmh di caw a.tawar..staff bank ckp mreta x blh beri kna tunggu by post yg 6 bln skali..saya nk jual Rmh nk kna tggu ke.. Pihak buyer perlukn statement tu..mnyusahkn Rhb bnk ni.org nk cpt..mmg cmtu ke
Unknown said…
MCM MNA nk buat kalau online

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...