Skip to main content

That Winter,The Wind Blows : Dia Menangis,Aku Menangis dan Kami Sama-Sama Menangis

Malam tadi..
Dia Menangis..Aku Menangis 
dan Kami Sama-Sama Menangis
Bezanya dia dalam tv
aku kat luar tv
hihi

siapa yang 'buang airmata' aku tuh?
tara..ini dia,Zo In Sung

hai..saya Jo In Sung
comel tak saya?

sinopis dari sini dan sini

Title: 그 겨울, 바람이 분다 / That Winter, The Wind Blows
Chinese Title: 那年冬天,起風了
Also known as: Wind Blows in Winter
Genre: Melodrama, Romance
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2013-Feb-13 to 2013-Apr-03
Air time: Wednesday & Thursday 21:55

Synopsis
A melodrama about a man and a blind woman who don’t believe in love.
Oh Young (Song Hye Kyo) is a blind heiress to a large corporation who lost her parents in a tragic accident along with her sight. She lives in lonely.
Meanwhile, Oh Soo (Jo In Sung) is a gambler and playboy who lives in a meaningless life after being abandoned by his parents at an early age as well as his first love.
In order to repay the enormous amount of debt, Oh Soo approach Oh Young for money purpose but ends up falling in love with her….

Cast
Main Cast
Jo In Sung as Oh Soo
Lee Tae Woo as Oh Soo (child)
Song Hye Kyo as Oh Young

Kim Bum as Park Jin Sung

Jung Eun Ji as Moon Hee Sun

~*~*~*~*~*~
itu sinopsis asal
sekarang sinopsis versi aku pulak

kisah lelaki bernama Oh Soo
anak yang ditinggalkan oleh ibunya di bawah pokok
di besarkan oleh orang yang menjumpainya

zaman remaja yang huru hara
punya kekasih tetapi bila kekasihnya mengandung
dia takut untuk bertanggungjawab
akhirnya kekasih mati eksiden moto dgn anak dalam kandungan
dia menyesal dan menyalahkan diri
sejak itu dia jadi lelaki yang tak percaya pada cinta
kaki pompuan,kaki judi adalah kehidupannya

dia ada kawan baik nama Oh Soo,sama dengan namanya
kawan itu rupanya anak orang kaya
tapi kerana ibubapa bercerai dia terpisah dari ayah dan adik perempuannya
waktu adik pompuannya yang bernama Oh Young datang mencari abangnya
abangnya itu mati dalam eksiden
mereka tak sempat berjumpa
dan Oh Young adalah gadis buta yang sangat cantik

dipendekkan cerita,Oh Soo yang hidup huru hara itu
menyamar jadi Oh Soo yang meninggal itu
dengan niat asal nak dapatkan duit sebab nak bayar hutang along
tapi akhirnya dia jadi kasihan pada gadis buta
yang kehilangan ibubapa dan abang kesayangan
lalu bertekad untuk menjaganya

tapi bukan semudah itu
kisah silam mengejarnya dan hutang yang belum dibayar
juga ibu tiri gadis buta itu yang berhajat membolot harta

sampai episod semalam
gadis itu tak tahu itu bukan abang kandungnya
tapi dia dah mula sayang
aku pasti akhirnya sayang bertukar menjadi CINTA
pewittttttttttt

~*~*~*~*~  
okey meh aku citer dari mula saat perkenalan kami
antara aku dan Zo In Sung 
^_^

aku ni walaupun dah banyak layan drama korea 
tapi satu nama hero/heroin pun aku tak hapal
sebab aku suka ingat nama watak diorang je
cthnya: kalau dalam drama pertama dia yg aku tengok
namanya adalah Bok So..sampai 10 drama yang lain pun
aku tetap sebut nama dia Bok So..hahaha

Okey..Jo In Sung ni pertama kali aku tengok dia
ialah masa iklan drama That Winter,The Wind Blows
masa tu tercakap dalam hati 'comelnya kamu'
setiap kali iklan ..aku sengih sorang2 depan tv
kongsi perasaan dgn 2 adik pompuan aku
tapi respon adalah hambar..sedey ai tau

akhirnya drama That Winter,The Wind Blows di tayangkan
tapi tengok gitu2 je sebab takut 'tersangkut'
bila tersangkut nanti jadi 'aptb' (apa pun tak boleh)

tapi..bila dah tertengok memang jatuh cinta.huhu
dengan drama je tau..jangan fikir lain ye
nasib baik cuma 16 episod
takdelah lama sangat
aku dah buat kira2..lagi 3 minggu habisla drama ni 

# muntahlah sesapa yang anti drama Korea yang baca blog aku hari ni

Comments

suterazen said…

Salam Irfa...

Salu lepas baca hang nyer review, soheh kawe akan follow cite tu gak nnti...hahaha...

Cite ni dh tgok 4,5 ep. stop...ni hang dh kata best, harus ku tgok sampai abih...
Eh, berbulu pulak aku baca. Hahahahahaha!
Unknown said…
ingat saper lah yg buat Irfa menangis, akak tak minat citer Korea...huhu
eija_sweetmama said…
eija pun peminat drama korea, mmg kalau dah layan channel one HD 393 ni kebyakkan drama korea dia best2 semua, smpai x terlarat nak layan..

Dah pernah tgk lakonan Jo In Sung dlm beberapa drama korea, drama 1st lakonan dia yg eija pernah tgk Memoris In Bali, pun best sgt tau citer dia..
:: CIKVIVA :: said…
kah..kah..kah...no respon..bosannnn
Kakzakie Purvit said…
Kalau mengikuti apa drama sekalipun mesti seronok. Kakak dah tua malas nak menonton dah...
Irfa said…
#Suterazen..
kih kih kih..boleh jadi penglipirlara tak?so awak mmg kena tengok lah tu.
dah x banyak episod pun lagi..kalau ada 100 episod mmg lemau jugak la menunggu

#Fara..
berbulu kat mana?ketiak ke lubang hidung?hahahaha

#Yus..
saya dah tak boleh patah balik kak
mmg dah addict giler dgn drama korea sekarang ni.dlm list negara yg ingin dilawati ialah KOREA ;)
tapi entah bila impian akan jd kenyataan

#Sweetmama..
yes,393 banyak drama best.sehari suntuk ngadap channel tu smpi anak2 pun dah pandai komplen..'bila nak tengok citer abang?asik tengok citer umie je"huhu.memories in bali?belum tengok yang tu

#CV..
tak kisah..nak suka jugak.tapi kan ada ada orang tu stres dgn Dae He.
haha

#KakZakie..
hehe..sekarang ni la,akan dtg mgkin bosan jugak ;)
Aisy Nasiha said…
saya pun suka drama ni... mujur tertengok episod pertama aritu.... best kan?

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...