Wednesday, March 20, 2013

Collagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen) FREE

Dulu..heboh pakat promote kebaikkan spirulina yang kaler hijau lumut tu.tapi aku tak pernah pun mencuba.Kendian datang pula acai berry..macam-macam jenama ada (aku pun ada beli beberapa botol Monavie masa memula muncul dari harga rm120 sekarang boleh dapat rm75 je sebotol..bagi ayah di kampung minum.kesannya?entahlah,ayah kata badan dia takde rasa lenguh..mungkin nak ambil hati aku?dan en Abe pun kata muka dia takde berminyak lepas minum ni)

Sekarang macam2 produk kesihatan ada dipasaran.sediakan $$ je.Kalau kaum pompuan,jual je produk yang ada 3 perkataan ni:
  1. menguruskan badan
  2. mencantikkan kulit/menggebukan wajah
  3. mengetatkan apa yang longgar
konfem ramai yang berminat.hihi

Sekarang muncul pulak produk bernama  Kolagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen).Wah,promo tak hagak-hagak.Siap ada gambar sebelum dan selepas menggunakan..sapa tengok konfem teruja,sapa tak nak cantik dan gebus kan?

Okey..dari blog Filla The Kasihs (harap dihalalkan share di blog aku ni) jom kita tengok kebaikkan Collagen Rumpai Laut ini.


KEBAIKAN KOLAGEN ASLI DARI RUMPAI LAUT KERING

-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
-Peningkatan PAYUDARA
-Anti Bakteria
-Membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT
-Mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomach 
-Membantu menghapuskan nefritis (radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan SUSU IBU
-Memperbaiki masalah penglihatan dan batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan gamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu sahaja)

# emm banyak tu..teruja tak?

Dan...semalam aku dapat FREE,tanya la sapa bagi?kawan en Abe yang bagi,katanya wife kawannya itu berniaga benda ni dan bagi free untuk en Abe cuba.Dan en Abe memang tak tahu apa mendenya itu..maka aku yang tahu konfemlah teruja sebab dapat mende free.hehe (adakah ini salah satu strategi pemasaran?emm)

Malam tadi aku dah rendam..sedikit bengom sebab aku rendam semua,huhu.tak sangka pulak dia mengembang dengan jayanya..memula buh dalam bekas eskrem je tapi nampak penuh,tukar besen kecik..makin kembang.Aiyakk..kalau buh dalam baldi adakah beliau semakin kembang?ngeri pulak aku tengok bila dia mengembang gitu.Si Abam sibuk tanya 'apa ni?umie nak makan ke?'


dari kiri ke kanan:
1-semasa kering,bau macam ikan masin
2-dah rendam (bekas kecik)
3-tukar bekas besar sikit..semakin kembang
4-rumpai laut jarak dekat
Balik nanti aku nak rebus.Kata kawan aku 'letak la daun pandan bagi wangi..nak perasa letak gula perang.Kalau lalu telan gitu aje,tak payah letak apa-apa'.tengoklah apa yg ada kat rumah nanti.Daun pandan memang ada aku tanam..gula perang takde,gula putih ada la..

Kalau menjadi aku share kat blog tapi kalau tak de apa2 kesan korang buat2 lupa la yang aku penah post pasal ni kat blog dan aku juga mungkin akan delete entri ini.kih kih kih

15 comments:

Puteri Satu said...

try letak gula batu.. kasi dia manis2 buah.... tapi dia punya sturktur tu..mcm loya nak telan..hahaha.. tapi telankan gak ler...

Nieda ramly said...

akak dah cuba. terbaik...jeragat makin kurang.

Ratu Hatiku said...

biasa kalau msk letak daun pandan.

makchaq said...

Tadi makchaq tengok benda ni juai kat kiosk ofis, ingatkan apa, tanya2 katanya collagen.. Ooo ingat asam apa tadi..
Dah separuh abad macam makchaq tak perlu dah rasanya collagen ni...

MOKCIK AZWA said...

Kat opis ni pun ramai dok mempromosi.. errr..wanita bersalin dan ceaser tak boleh makan??

Deqna said...

apa rasa rumpai laut tu kak?

betul kata akak, pompuan ni kalau ada produk yg leh kasi cantik, kasi kurus, memang laju jer kita cuba kan..hehe

:: Cik Viva :: said...

bagus ni..ramai akak opis makan benda ni..

Tijah said...

Fuyohh. Ni sempat glow sempena raya sok ni kan? Aku makan gak tp dah siap masak sbb aku malas nak rebus sendiri. Dasarrr!!!!

Rai Ourkizuna said...

hahaha..siap nak delete. dah jadi cam jeli tu tepek kat muka pun ok kata akak aku. jadi moist je katanya..

jarimanis said...

Aha kalau nk tahu JM dah mkn collagen ni dah sebulan dan mmg bagus utk kulit dan lawas bila buang air opsss hahaha
Waktu nk mkn tu JM csmpur ngan sunquick waktu masak tak letak apa2 just air je

Yunus Badawi said...

Oh kena rebus ke benda ini? Saya dapat sikit dari kawan fb yg menganjurkan contest tapi masih tak saya apa2kan kerana tak tahu mcmana nak makan benda ini .... huhu

Leney said...

Irfa,
Kat tempat saya pun bukan main lagi benda ni sampai saya pun terjebak. Dia macam pelawas jugak ni..sesuai utk nak kuruskan badan. Saya beli yang dah siap..perisa oren..RM15 satu tupperware. Makan sejuk2 macam icecream je. Irfa trylah letak perisa ribena ke..hehe

anaa said...

adeh Irfa, gelak akak baca.. berair air mata ketawa, bab dia mengembang tak agak2...

Rumah Kuning said...

wah..teruja ambo. teruja nak tengok perubahan irfa selepas mkn benda tu.hehe

Eddy said...

Promosi Jualan sehingga 31hb Mei 2013
Produk Rumpai Laut Kolegen Ulung hanya berharga RM 7.00 Sekotak ( 100 gram )
Promosi ini hanya untuk Bayaran tunai sahaja !
Sila Rujuk Blog Kami

http://rumpailautkolegenulung.blogspot.com/2013/05/promosi-jualan-kolegen-ulung.html