Skip to main content

Pentingnya sarapan untuk memulakan hari

Dah sarapan?jangan tak sarapan tau sebab sarapan itu penting untuk kita memulakan hari.Dalam HotFm pagi ni tajuknya  'kenapa tak ambil sarapan?' maka ramai la yang call bagitau sebab musabab kenapa tak ambik sarapan.ikut kajian 3 daripada 10 kanak-kanak tak bersarapan ke sekolah.emm...camner tu?Okey,ada macam2 alasan bagi yang tak bersarapan.Antaranya:

  • memang sejak kecik dah biasa tak bersarapan
  • tak boleh makan pepagi nanti sakit perut
  • tak ambil sarapan sebab nanti menyebabkan mengantuk..tak boleh buat keje
  • mak masak tak sedap (sian mak dia kalau tahu anak cakap macam tu.huhu)
Sejak beranak pinak ni dan anak2 dah bersekolah..aku cuba sediakan sarapan.Paling malas pun roti kosong dan segelas milo.Rajin sikit roti celup telur/lempeng/cekodok.Tapi belum lagi rajin sampai nak buat nasi kerabu/nasi berlauk macam sarapan aku di kampungku yang indah permai itu.Pagi ni si abam sarapan segelas milo dan 3 keping lempeng.(lempeng tu buat size 's' je..sebesar tapak tangan aku,kalau tapak tangan adik hajar itu namanya cekodok..kecit sangat.hehe)

Ada pemanggil bagitau 'sarapan penting untuk kurus'..teruja kan?tapi ingat ye ..sarapan yang simple.kalau sarapan nasi lemak kerang 2 bungkus di temani pula roti tampal 3 keping,segelas teh tarik..nak kurus tu dalam mimpi jelah kot.

Aku memang dah biasa sarapan berat dari dulu (sebab tu aku tak kisah tak lunch)..pagi ni sarapan nasi goreng kampung,kebetulan masa ke kafe nasi goreng tu baru siap .. so aku yang merasmikan mencedok nasi goreng tu..ambik atas sekali sebab banyak ikan bilis dan bawang goreng.hehe

Kenyang yang amat ni... okey,makan sudah,minum sudah..apa lagi tunggu..buat keje la pulak ye...

Comments

Acik Erna said…
hari isnin..tak sarapan dik sahur je he he
combi said…
combi pon xsrapan sgt..bese lunch trus..huhu
Tijah said…
Aku sarapan nasi goreng cina ditumis dgn olive oil. Bajet healthy la kan walaupun belasah 2 pinggan.
Unknown said…
Tapiiii.......... kalau sarapan menda yang sama jer tiap2 hari bertahun2... boring gak, kadang2 saya tak sarapan, tunggu tghari baru makan
Luna said…
mmg penting sarapan nih tapi sekadar lapik perut, supaya otak cergas.
Irfa said…
#KakErna..
hehe.malu
niat dah ada cuma bila pagi je lapar
sib baik posa ganti dah setel.huhu

#Combi..
nape?takut sakit perut ye?
dah biasa mcm tu nak buat macam mana ye dak?akak wajib bekfes nanti x boleh buat keje kalau x bekfes.hehe

#Tijah..
hahaha.bajet healthy yg tak tahan tu.oklah sebab aku punya konfem dia goreng pakai minyak sawit je :(

#MyStoryPic..
mmg pun.kafe sebelah ni dah boleh agak dia punya menu sarapan.tapi hari ni nasi goreng tu nampak sedap sgt..mgkin sbb malam tadi x dinner
Irfa said…
#Luna..
aku bukan lapik je..kasik mampat terus.hahahaha
Cho Zila said…
ala anak akak memang tak sarapan gi sekolah .. tak baikkan.. tapi akak bekalkan makanan untuk mereke.. dan minum susu sebotol sebelum pergi..memang rasa tak cukup tapi tuler liat sesangat nak bangun... jadi lewat belaka...
Anonymous said…
stakat ni x skip lagi bekpes
Rumah Kuning said…
kantin sek di kelate ni, mknn utk sarapan mcm mkn tengahari. nasi dgn aneka jenis lauk.
bangsawan nilai said…
org keje KL breakfast jem je...
Lady Windsor said…
never escape breakfast, kalau tak ambik rasa pening terus..sebab malamnya akak bantai banyak ubat..so makan pagi adalah wajib!

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...