Skip to main content

Jumpa Blogger Tapi Macam Jumpa Artis

~Selamat Petang~
hari ni lambat sikit collect report
ada sedikit masalah teknikal
selalu pagi2 dah melilau kat terminal
hehe

jalan2 ke terminal
sambil tengok gelagat manusia
yang baru turun kapal
yang baru nak naik kapal

tak disangka terserempak dengan pemilik blog ini
#malas letak link sebab dia dah sedia gelemer..boleh?
hehe


kenal tak?
dia adalah Jemah aka Virus Padu
kakak kepada Ceera dan Sepet

katanya baru balik dari LGK-Langkawi
aku tegur dia
(takkan dia nak tegur aku dulu..bukan glemer pun.huhu)

ini kali ke 2 aku jumpa dia 
kali pertama di kedai kasut Bata Seremban2
tapi dia pemalu
aku nak mintak bergambar pun rasa malu
tapi dia memang comel macam kat blognya juga
(^_^)

hai Jemah
(macamlah dia baca)

#lambatnya nak balik
apa nak makan berbuka nanti ye


Ralat/Nota Kaki:
ramai lak yang tanya mana gambar dengan Jemah
(2 orang yang tanya,boleh kira ramai tak?hehe) 
sorry memang takde bergambar
cakap pun boleh kira berapa patah
meh citer balik

aku jalan dan selisih dengan seseorang yang menarik perhatian
menarik sebab dari jauh nampak penampilan menarik perhatian mataku
orangnya tinggi,putih,tarik beg kaler pink kalau tak silap aku
aku pandang sekilas ,muka cam penah nampak
undur selangkah dan cakap 

aku:vp kan?

dia:ye,sapa ni?

aku:irfa..
(cakap nama dlm blog la kan,
nama sebenar lagi la tak kenal.huhu..pastu salam)
dari mana?

dia:langkawi

aku:oh tnggu orang ke?

dia:emm taklah..(lebih kurang gitu la jawapan dia)

aku nampak dia macam pandang keliling,mungkin nak cepat

so terus cakap 'okey,jumpa lagi'

dah jalan selangkah dua baru fikir
'nape aku tak mintak berfoto dengan dia?ini dah kali ke2 aku jumpa dia'
tapi takkan nak pusing balik kan?
malu la ai..

sekian

Comments

NenetPenne (NP) said…
kenal kenal dia... kenal kat blog jer lah kan...
jalan2 kat terminal? bestnya..best untuk net laa kan..tapi kalau dah hari2..tak best jugak kan... :)
Puteri Satu said…
heheh. eh maner gambo nyer...??
Irfa said…
#kak net..
hahaha tau takpe..
kalau sesekali tu mgkin seronok
dah selalu..rasa macam kena paksa jalan sambil heret kaki ke terminal itu.huhu

#kak puteri..
non ado
dia pemalu la kak.saya pun tetiba jadi kelu nak berkata2 ;)
Nur farahiza said…
kak tak ambik gamabr ke dye kak jemah , fara jumpe sepet pun sangat pemalu le orangnye , lemah lembut jugak
:: CIKVIVA :: said…
kalau dgn jpe sepet mgkin tak malu kot..msti suke nak amik gambar..
Nieda Ramly said…
rugi tak bergambor.nanti boleh belek2 lagi
NinaAz said…
Wahhh... jumpe blogger femes. Hihi
Rumah Kuning said…
irfa pun mesti pemalu. sebab tu tak ambik gambar ngan jemah.hehe
||aLeaSaRa|| said…
hye sis akk mmg follow blog sis Jemah(hahaha).suka entir dia n mmg pandai dress up cantik.pnh keluar kt saffiya tv9 sbb sis jemah suka kmpl buku detektif conan ^^
Zana Adieyza said…
dari rupa pun nampak dia pemalu & lembut sangat2.. suka baca blog dia..
Liz said…
opps, akak duduk seremban ke? laaa, nape tak cakap awal2? hehehe
Amboi, dah pk juada buke eh? Mmglah beb. Pose time cuaca panas n bukan dlm bln pose ni mmg sgt2 mencabar!
Nora Karim said…
blogger sekarang mmg dah macam artis.. hehehe tak lama lagi artis pun jeles dengan blogger :P
Unknown said…
mane gambor ngan jemah kak?
Misz-ella said…
Jemah @ Zaimah Viruspadu tu memang pemalu. dan pendiam pada org yang dia tak berapa kenal.
Irfa said…
#nur farahiza..
sbb akak dah baca kat blog sepet yg kata'adik beradik diorang nampak cam gila2 tapi sebenarnya pemalu..gila2 setakat dgn adik beradik je' so tu pasal akak tak delah kisah sgt.dah sifat dia begitu..yg pasti dia bukan sombong ;)

#CV..
itu pun tak pasti jugak.
bergambar utk diri sendiri ramai je yg buat..nak bergambar dgn org lain mgkin malu jugak kot..

#Nieda..
takpelah..dia pun selalu turun naik fligt..kalau ada rezki jumpa lagi..haruslah saya paksa dia bergambar.hahaha

#NinaAz..
ye..dia mmg femes pun
dah baca blog dia sejak mula2 ada blog.skrg baca jugak cuma jarang komen

#kak Za (Rumah Kuning)
emm saya pemalu?jap saya muhasabah diri
Irfa said…
#Sis AleaSara..
Mmg baca blog dia tp yg kuar tv tu tak tengok
Kagum dengan hubungan rapat mereka adik beradik
Semuanya comel2 dan mak ayah pun sporting ;)

#Zana Adieyza..
Bila jumpa org pemalu..kita pun tetiba jd kelu nak beramah mesra ;)

#Liz..
Bukan duk seremban tapi dekat2 situ la
Aeon seremban2 mmg port melepak la..kalau bosan duk umah ;)

#Fara..
Lega setel jugak posa ganti aku semalam
Berbuka makan bihun yg beli kat kafe je
Lepas solat terbongkang macam orang posa sebulan
Teruk betul..mmg panas sungguh semalam.pokok pun banyak layu

#NoraKarim..
Hahaha tu la pasal
Artis pun ada yg suam2 kuku dan org tak heran pun kalau jumpa

#Mama Aryan..
Dah jawab kat entri..ada sambungan disitu
Gambar mmg tiada.huhu

#kakchik..
Sbb dah baca kat blog sepet..so saya takdelah nak fikir apa
Dah mmg pemalu nak buat macam mana
Atleast dia tak sombong..
QasehnyaRania said…
ala, ciksu pon pemalu jugak la..hihi

ooo baru tahu Vp kakak sepet ye ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...