Skip to main content

Ultraman Wujud ke?

Lokasi:Home Sweet Home
Waktu:Lepas Solat Maghrib
Pelakon Utama: Abam (baru nak mula mengaji)
Pelakon Tambahan:Umie

~*~*~*~*

aku belek FB..like sana sini dan sinun juga
nampak gambar ni
(ting...mentol lampu tetiba muncul)
jom kenakan abam


U:umie
A:abam

U:
abam..tengok ni

A:
eh,biar betul,ni betul ke tipu?

U:
abam rasa?

A:
emm tipu kot.tapi macam betul
sebenarnya ultraman ni memang wujud ke?

U:
manalah umie tahu.kalau tengok gambar ni macam wujud je

muka masih tak percaya
tapi teruskan mengaji sampai habis
ingatkan habis disitu,rupanya tidak
dia tanya lagi

A:
umie cakap betul2..ni betul ke tipu?

U:
tipulah.kan malam tadi abam dah tengok gambar ni
jambatan tu runtuh mungkin sebab hujan lebat
tanah lembap dan runtuh

A:
emm okey.tapi abam nak cakap ngan kawan macam ni
'korang tahu tak,ultraman tu wujud tau
kita tengok dlm fesbok umie kita
jambatan runtuh sebab ultraman bergaduh dengan raksasa'

salah sapa ni?
meh salahkan gambar itu (^_^)

Comments

4feet8 said…
err.. tu teknik photoshop..
Biarlah rahsia said…
hihihi terhibur dgn telatah anak2...anak k.bi pun suka sgt dgn ultraman sampai abah dia dah tak bg tengok
Unknown said…
Tu ari anak K.Sham pun tanya psl gambar ni. The next day pulak angry bird. Lusa tu.. K.Mah tergolek atas jambatan. Mcm2 versi ada..

P/s;
Tp anak K.Sham cuma kenal ultramen & angry bird jer.
Tie HT said…
salahkan ibu dia lah kehkeh :)
ZieMarziah said…
kretip tul otak si abam ni:)adoii bikin pecah perut!
HeNRieTTa JoSe said…
Suka ngn ayat abam nk citer kwn dia....ekekeke...hmmmm salahkan gmbar ler pling selamat....ekekeke....
Lady Windsor said…
muehehe adoiii comei betul dialog abam neh. akak masa memula tengok pic ni, ya hazab ketawa sebab funny sangat rasa tapi alhamdulillah sbb jambatan ini runtuh ketika ia belum dibuka kepada pengguna..so tiada nyawa terkorban..
Jujubabes said…
errrrr memang kene salahkan gambar tu ...hehehehe
Unknown said…
ooo..salahkan mak budak la...boleh?
Unknown said…
Hahahahaha aku pon pelik ngan ultraman weh!!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...