Skip to main content

Adegan Biasa dalam Drama Korea

Aktiviti tido lewat bermula lagi..huhu.Sekarang duk melayan Drama Korea bertajuk 'Welcome Rain to My Life' (Isnin-Jumaat,jam 10.15 malam)

dari sini Korean Drama
Total 106 episod
kisah kehidupan seorang gadis keras kepala,Han Dan Bi
yang akhirnya insaf lepas ayah kesayangan ditimpa kemalangan
semasa ayahnya di dalam 'koma' terbongkar rahsia..dia adalah anak angkat
siapakah ibu dan ayahnya yang sebenar?
maka pencarian pun bermula

# malam tadi episod yang ke 92
emm letih tunggu ending

dan King Of Ambition (Isnin dan Selasa,jam 9 malam).


dari sini KoreanDrama
24 episod
kisah seorang perempuan,Joo Da Hae
dia ingin menjadi seorang wanita yang hebat
dan dalam perjalanannya menjadi First Lady
dia sanggup butakan mata pada suami dan anaknya
akhirnya anak perempuan mati depan mata
suami masuk lokap atas tuduhan membunuh
masuk lokap 4 tahun sebab dibuktikan tanam mayat tapi lepas kes membunuh
kerana tiada bukti..pembunuh sebenarnya adalah dia
sekarang suami dah bebas dan dalam episod membalas dendam
dan membuktikan pada dunia semua kesalahannya

#semalam dah episod 11
tinggal lagi 13 episod ..yes 
Okey..alang-alang dah tulis pasal ni,meh aku nak share tentang pemerhatian aku tentang drama Korea.Scene(Adegan) biasa dalam drama korea ialah:
  • suka berahsia (adoi..boleh sakit jiwa aku melayan drama ni.banyak sangat rahsia.hidup dalam rahsia ni mana ada seronoknya..tido malam pun tak lena..patutlah boleh buat sampai ratus-ratus episod)
  • bercakap ulang-ulang contohnya:kata si A 'tadi saya nampak lembu kena langgar dengan kereta' dan si B pun bertanya 'awak pasti ke yang awak nampak lembu tu dilanggar kereta?' 
  • kalau bergaduh kat meja restoren..mesti ending dengan simbah air kat muka/baju 
  • kalau nak tolak bala..simbah garam (ada drama yang makcik tu sangat geram dekat kawan baik dia yang talam dua muka..orang tu datang rumah,dia halau dengan campak garam)
  • ada anak luar nikah adalah biasa dalam drama diorang dan siap saman menyaman rebut hak penjagaan anak luar nikah tersebut
  • kalau sakit hati@marah..tepuk dada kuat-kuat (genggam tangan macam penumbuk) dan pukul dada sendiri..mesti sakit kan?
  • couple bila berdating..ada adegan dukung-dukung (pakwe dukung awek sebab awek tertido masa balik dari ..nasib baik la kalau dapat makwe 'size S'.cer kalau dapat yang 'size XXL ' mau patah pinggang dahlah kawasan perumahan diorang jenis kawasan berbukit)
  • perniagaan berunsurkan makanan adalah biasa dalam drama korea.tak kisahlah makanan segera @ pun perniagaan serbuk kopi
  • anak hilang (culik masa kecik,hilang kat taman permainan,hilang @ di sahkan mati masa bersalin)
ada lagi ke yang aku terlepas pandang?

# err ... nampak sangat ke aku ni peminat drama korea?huhu

Comments

Acik Erna said…
dik tunggu yang bermula 13 nanti mesti best kan sebab ada heroin cerita fofular tu
Irfa said…
#Kak Erna..
oh mamat yang senyum manis tu.sblum ni x penah tgk dia pun..ada tgk iklan,bila cakap ngan adik2 diorang komen 'hensem ke?' huhu.takpe..kita layan je
suterazen said…

hehehe...sengeh sorang2 baca analisa hang tu...bravo...konpem peminat tegar ni. leh geng ni...haha..
Aku suka filem Korea. Tp tak semua. certain movie yg aku layan. Pnh tgk cite The Quiz Show Scandal? Aku suggest ko lyn. Mmg best!
Unknown said…
tak pernah lagi tengok cerita korea sebab kurang berminat...
sitiezahim said…
hihi..adegan piggyback mesti ada. kaki terkehel (pdahal bukan senang kan kaki nak terkehel tp dlm citer korea, jatuh skit dah takleh jalan huhu)..paling saya suka derang suka tunjuk makanan2 yang bes...terliur hehehe
Unknown said…
Lee Min Ho , Kim Hyung Joong ekekeke..
isme_cv said…
Yelah..mmg peminat korea punn. Asik2 starking, strong heart ..gitulah. tngok running man ok jugak.
pB said…
kenapa kita suka tengok benda hok me'laro' kan .....


Yunus Badawi said…
Dah terjebak ni susah nak berhenti. Nasib baik saya belum kena lagi ..... hehehe
NinaAz said…
Dah lama nina xlayan citer2 mcm ni. Rindu zamn belajar dulu
Irfa said…
#Suterazen
'bagi saya lima' hehe

#fara..
sekarang gak gugel ;)

#PapaMifz..
jangan cuba tengok nanti semua keje tak jalan

#sitizahim..
betul tu.berangan jugak nak kena dukung mcm tu..kih kih kih
bab makanan diorang mmg hebat
berasap2 mcm menusuk kat hidung kita yg tgh menonton

#aQumad..
maaf akak tak kenal sgt pelakon
kenal Kim Jong Kook (running man) je.hahaha

#CikViva..
laporan cuaca dan berita korea tu kalau ada sarikata mungkin layan jugak ;)

#kakPb..
huhu..malu

#YB..
dah jumpa lampu merah nanti berenti la ;)

#NinaAz..
dulu2 layan citer sepanyol,pastu filipina,kendian sinetron Indon..sekarang Korea..maybe forever n ever kot.hadoi
Jujubabes said…
bukan semua, tapi majoriti cite die cam tu lah ...tapi layan jugak kalo tengok cite korea ni :)
emarieys said…
tak sempat nak layan drama
Luna said…
hahahaha bab tepuk dada kuat2 tu mmg kelakar.

mmg observant ko nih!
Irfa said…
#Shazrina..
ye bukan semua tapi banyak drama ada scene tu ;).sbb tu terfikir nak buat en3 ni..

#Ema..
bz ye?hihi

#Luna..
kan?takde keje agaknya org tu.hahaha

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...