Skip to main content

Penyakit Was-Was @ Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Sabtu dan Ahad semalam tak kemana2..duk umah je (adik2 pun takde balik rumah aku pun.huhu) kalau tidak,ada je muka cik viva dan sorang lagi adik lelaki muncul di muka pintu tapi 'hello,orang pun ada life okey' so aku pun paham la..hihi.Apa aktiviti kat rumah selain masak,makan dan mendobi?seharusnya ialah mengadap tv.Buka tv dari pagi sampai ke malam nak tido baru tutup,kalau la tv tu boleh menjerit dah lama dia menjerit 'oi..tutuplah,aku panas dah ni.kang aku meletop..ko jugak yang susah'.

Okey,ni nak citer..semalam terlayan Nona (dah lama tak tengok.Maklumlah siang malam mengadap drama korea je.huhu) Pengacaranya ialah Cik Fara Fauzana dan Cik Neelofa.Antara segmen ialah penyakit yang jarang kita ambil peduli iaitu  Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa mudah pahamnya pula ialah 'penyakit was-was'.kat sini ada tulis 

Korang penah tak dah keluar rumah,kunci pintu dan start engin keta ..tetiba teringat 'eh.aku dah kunci pintu ke belum ye?' turun..check pintu.oh dah kunci pun.memang buang masa sangat.Itu baru sikit..sebab aku pun ada ketika jadi macam tu tapi jarang-jarang berlaku.Orang yang ada OCD ni dia tak perasan pun ada mengidap sakit tu sebab tak nampak macam orang sakit.Cuma kalau orang perhati betul2 memang nampak tak normal.

Contohnya:

  • ambik wuduk berkali-kali sampai dia rasa yakin
  • angkat takbir banyak kali..sampai orang sebelah rasa pelik
  • pegang apa benda pun akan cuci tangan banyak2 kali sampai dia yakin dah bersih
  • nak pegang kepala pair/tombol pintu rasa macam kotor kalau orang lain dah pegang
banyak lagi contoh..itu antaranya je.Rupanya ramai yang mengidap penyakit ini dan ada penawar untuk mengubatinya. 

Mak aku selalu marah adik lelaki aku (form 3) sebab dia selalu ulang alik masuk bilik air ambik wudu' sampai la dia rasa puas hati.Penah kami gelakkan dia sebab bila nak tido,dia lapik tilam dan bantal dengan tuala/kain sebab dia risau kalau ada tahi cicak atas tilam nanti kena baju dia dan kotor untuk solat.Sekarang aku dah paham perasaan adik aku tu.Harap perkara tersebut tak berterusan..nanti aku akan gugel cara mengubatinya..

Ada pengalaman?sila kongsi ye... 

Comments

Rumah Kuning said…
pernah terjadi, dah sampai KB, eh tadi iron baju. dah tutup ke belum? lalu tel mak suruh pergi check. sib baik umah mak dekat. hehe
Zareda Norman said…
baru je habis kursus kaji ocd ni. Ada yg kronik ada yg regular. Memang ada ubat yg macam ubat penenang bagi pesaskitni sedikit pasif. Pernag tgk kat astro pesakit ni sampicuci tuala cadar pinggang mangkuk setiap sejam sekali sbb waswas dgn kebersihan.
Cikja said…
pernah dulu aku tengok drama kat tv1 satu, anak memantu sampai taknak balik sebab maknya ada penyakit nie,..berkali2 mop lantai katanya banyak kuman. Basuk sayur pun berkali2 sampai dia rasa puashati.

Tiap kali laki balik kebun dia dah sediakan satu beg baju minta lakinya mandi kat surau..sebab taknak lakinya bwk kotor2 kebun kerumah...dia cakap byak kuman dia penat nak mop, basuh lantai bagai...huhuhuhu..dasyat.

laki tunggu nak solat berjemaah, tapi sampai dah nak abis waktu (maghrib)ambik wuduk tak sudah2.

lastnya lakinya tak tahan buat pondok kat kebun, merajuk taknak balik..

jiran kasi kuih makanan dia punya geli nak makan..tue pegang pinggan pun nak taknak je..dia was2 tahap kebersihan makanan tue....

tapi sayang aku lupa kesudahannya macam mane.

eh sorry terpanjang plak..
asyifamustaffa said…
abng ipar sy gitu.....! bsuh tangan smpi mcm hape ntah...lama btul...pastu dia x bgi orng lain bsuh baju dia...bini dia pun x bole bsuh...dia x yakin klaunorng lain bsuh tu bersih...x tau le cmne cmtu....
HUD AIKARA said…
Saya salah seorang OCD. Dah lama dah tapi susah nak tinggal tabiat tu. Saya terkena OCD sebab faktor bekas roomate. Dulu saya mempunyai dua roomate yg lewa tentang hal-hal keselamatan misalnya suis seterika, dapur gas, kipas dan sebagainya. Akibatnya saya yang sering memeriksa benda2 tu sebelum keluar rumah. Tapi lama-kelamaan benda tu semakin teruk bila saya makin tak yakin dengan penglihatan saya walau dah 2 kali cek. Jadi sesi memeriksa rumah (padahal rumah tu kecik je) berlansung sampai setengah jam! Kadang2 kita akan rasa marah pada diri sendiri sebab penat nak ulang alik, tapi kalau tak buat macam tu kita akan rasa susah hati nak tinggal rumah. Sampai sekarang walaupun dah tinggal dengan adik beradik, OCD tu tak dapat lari...kadang2 sampai leawat pergi kerja...:(
IndaMarya said…
kata uztaz, kalau bab ambik wuduk atau was2 masa smbahyang anggap ja tu gngguan syaitan,sebab makhluk tu memang akan brusaha sedaya upaya mengganggu smpai kita gve up akhirnya tk smbahyang lgsung.saya ingat my tok dulu kena penyakit ni ,ambik wuduk smpai basah lencun sbab ingat batal.so she kept on masuk bilik air ambik wuduk smpai kita kata dah la..tu syaitan dah hasut tu baru dia brhenti...
~adeQ~ said…
Kalau nak ikutkan imaginasi tinggi, kuman/bakteria /habuk memang di mana2. tapi Allah tu kan Maha Berkuasa...

Kita dah ikhtiar jaga kebersihan selebihnya bertawakal je lah kan..

Kalau pasal kunci kereta tu selalu gak, so kita kena ada satu mark yang boleh ingatkan kita yang pintu dah kunci macam try buka pintu lepas tekan lock ke....jd bila was-was tu cuba ingat balik, tadi dah try buka tak boleh kan...ooo dah kunci rupanya....hehehe

Saya kan bf baby, kalau nak ikutkan risau takut botol2 tak bersih, alat2 pam tak bersih... tapi tulah, basuh semampu kita then tawakal. Setakat hari ni baby tak sakit perut, ok jek.. maksudnya dah ok ler tuh...

Eh terpanjang pulak...=)
Arena said…
Kalau ada handbag besar tak OCD pon jadik OCD check kunci keter, handphone, kunci rumah berkali-kali, hehehhe.
pB said…
ada yang kronik


pernah tengok cerita "Monk" tak?
Itu pun salah satu cerita pasal OCD nie...


gambar kito ado dalae blog Shidah
Mulan said…
ustaz kata kalo was2 tu sbb syaitan.. dia kata jgn peduli was2 tu.. tetap je hati..
Jari Manis said…
Bahaya x penyakit was2 ni, x kan?
Mak Piah said…
Irfa:

saya adalah pengidapnya. agak kronik.
so I am normal lah nih kan.

x
Lady Windsor said…
alhamdulillah akak tak ada kejadian seperti ini, cuma dulu-dulu ada sekali sekala terlupa tutup suis seterika dan trauma juga sebab papan gosok hangus, tu yg lekat jadi cek berkali2 suis sebelum kuar rumah..tap skang dah boleh overcome the was was tu
aNIe said…
Salam Irfa... akak selalu was was bab apa yang telah dan belum akak lakukan... mcm akak ceritakan dulu... kalau pam minyak... akak selalu takut nak pergi ke pam yang ada minyak diesel...takut terambil pam diesel nanti... dan kalau terpaksa nanti akak akan tengok berkali2 utk pastikan itu minyak petrol... dan siap sentuh pam tu untuk pastikan pam itu betul2 berada pada tempatnya untuk pastika akak tak berkhayal... begitu juga bab padam suis lampu...gas dan sebagainya... kdg boleh patah balik ke rumah untuk pastikan segalanya dah off...
MOKCIK AZWA said…
Kenal sorang kawan yang OCD pasal ambik wudu' nie..tension tunggu dia ambil wudu'..

setakat pastikan dah kunci kereta atau tutup suis letrk sekali tu kira ok lagi tapi kalau berkali2 dah tahap OCD kronik tu hehehe

Irfa said…
#Kak Za(Rumah Kuning)
Sib baik ada org boleh tolong tengokkan.kalau tidak harus kena patah baliknak dibiar konfem takleh buat keje

#Kak Zar..
Oh mmg sesuai sgt kak zar komen entri ni ;)
Itulah..ada sorang lelaki yg ditemuramah tu kata dah 40 tahun lebih dia mengidap OCD ni..sekarang dah beransur pulih

#CikJa..
Aku rasa macam igt2 lupa drama tu.yang Ogy berlakon tu ke?

#Asyifa..
Oh ye?bagus gak tu..rajin dia basuh baju sndiri.saya penah jumpa lelaki yg basuh baju manual sebab dia tak jamin baju basuh mesin itu bersih

#Hud Aikara..
Oh gitu..mmg ada cakap ramai yg kena OCD disebabkan kisah silam/phobia
Ada sorang gadis tu dia dapat OCD lepas kehilangan ibuayah dalam kemalangan..pakar kata macam ada sikit spt kes mental tapi bukan gila
Apapun yakinlah setiap penyakit ada ubatnya..yg penting jgn putus asa cari penawar

#Kak IndaMarya..
Ramai yg kata bab wuduk tu adalah godaan syaitan.Jadi kalau ambil wuduk cuba utk yakin dan biarlah Allah je yg nilaikan
Irfa said…
#Nurshi (adeQanjer)
Rasanya OCD yang teliti dengan kuman/bacteria ni lagi kesian berbanding dgn yang was-was tutup pintu@suis tu..sebab rasa keliling dia kotor dan berkuman.

#Cheqna Arena..
Hahaha.aku pun sama.
Beg dahla mcm lemari.semua sumbat dalam tu
Masa kelam kabut apa benda yg dicari pun x jumpa.huhu

#KakPb..
Tak penah tengok citer tu..nanti cuba cari
Ok..gambar tu dah tgk dlm blog MyStoryPic,Nape kita Nampak ‘comel’ sgt dalam tu ye.Sila salahkan kamera.hihi

#Mulan..
Betul tu.mmg dah tugas dia mengganggu cucu cicit Adam

#JariManis..
Tq ye sudi singgah blog saya ;)
Ocd ni bahaya dan juga menyusahkan

#MP..
Oh ada jugak ke?cer citer sikit

#KakLw..
Saya penah lupa tutup suis iron selama 2 hari (balik umah mentua di kl)
Tapi sib baik low je dan letak atas tpt besi tu.kalau atas kain konfem hangus

#KakAzwa..
Hehe..semua org ada Ocd cuma kritikal @ tidak je kot
Irfa said…
#KakAnie..
sori termiss jawab komen ;)
bab isi minyak tu kdg2 saya pun konpius.penah saya tggu lama baru isi minyak sbb tak tahu nak ambik pam mana.so kena la tggu pam sebelah ada orang isi minyak.kelakar pun ada
:: CIKVIVA :: said…
selalu jugak ni, tapi part iron je, sebab tu tak suka iron baju pagi2 sebab mesti dah sampai trafik light mesti teringat dah off switch ke belum..masalah betul
Irfa said…
#CV..
kalau ada org lain kat rumah buleh mintak tlg tgkkan..kalau semua dah kuar rumah,nak taknak kena jugak balik sbb nanti xleh wat keje sbb duk teringat..
arjunasetia said…
Salam, kalau nak disharekan memang banyak, pesakit OCD ni sebenarnya bukan 'terlalu pembersih'. Masalah dia sebenarnya, bila dah basuh bersih, dia terasa macam belum berbasuh, jadi dia buat lagi, lagi dan lagi sebab rasa kotor, kalau dia dpt rasa mcm org normal, sekali basuh dah dapat rasa bersih, dia takkan ulang lagi. nak info banyak lagi, cuba klik kat sini:

http://husnuzzonloa.blogspot.com/p/rawatan-ocd.html

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...