Skip to main content

Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Kakak

~Salam Khamis~

Masih tensi gara-gara henpon buat hal tapi hidup mesti diteruskan..geledah kotak barang lama dan jumpa satu henpon zaman tok kadok.jadilah dari takde kan,inilah dia pepatah ada berkata 'bila gading tiada,tanduk pun berguna juga'

kring kring nada deringnya
no more lagu Adele.huhu 
Okey..lupakan pasal itu,meh kita bercerita tentang kakak yang balik bercuti.

'Yey..kakak balik,akhirnya keluarga kita dah lengkap' itulah ayat abam bila kakak balik musim cuti sekolah.Alhamdulillah..kakak selamat sampai dari kampung jam 12.30 malam,hari Ahad (dah masuk hari Isnin yang sebenarnya pun).Kami semua siap sedia menunggu kakak di rumah Makwan(Mil) kat Cheras.Sengaja aku mintak adik lelaki turunkan kakak disana..so kakak boleh jumpa makwan dan atok sebelum balik rumah kami.Ops..mak aku pun datang sama,surprise katanya.

Malam itu kakak tido berpeluk dengan adik, masa kakak sampai adik dah tido so dia tak tahu pun yang kakak ada tido sebelah dia sampai ke pagi..Bila dia bangun,terkejut dia tengok kakak ada kat sebelah..lepas tu apa lagi,setiap minit sebut nama kakak je.Rindu sangat agaknya tu ;)

Isnin..
Aku dah siap2 ambik cuti 2 hari (Senin dan Selasa) sempena kakak balik,tak sampai hati nak gi keje bila kakak balik..Sebenarnya aku plan nak buat aktiviti yang tak memerlukan bajet besar bila kakak balik cuti ni.Plan nak bawak anak2 mandi sungai je (sebelum ni penah pegi sungai area Selayang,Bukit Lagong kalau tak silap namanya).Aku plan nak goreng bihun dan nuget sambil berendam tapi cuaca amatlah panas.Maka dari sungai kita pindah ke kolam jelah.Itu pun kolam renang awam Dbkl..jadilah ye anak-anak.Dengan bayaran cuma RM1 sorang,berendamla mereka 3 beradik dengan sorang sepupu sampai hitam muka si kakak kena panas.Dah puas main baru komplen 'ee..muka kakak dah hitam,macam mana ni?' eh baru nyesal ye,masa main tak ingat pulak.Tempat ni dekat je dengan rumah mil dan bagi aku selesa sebab ada bilik air dan kolamnya bersih.

kolam renangnya bersih
2 kolam kanak-kanak
dan 1 kolam dewasa
bayaran cuma RM1/seorang

yang pegang belon tu sepupu kamceng abam
namanya Alif Daniel (Alip) 

sayang kakak

Masa kami sampai jam 2 petang belum ramai orang dan kolam baru lepas cuci..seronokla anak-anak berendam sampai jam 4.00 petang.Umie jugak berpeluh tepi kolam tu sebab cuaca amatlah panas terik.Pukul 4 kami terus balik rumah..

Selasa..
Aku masih cuti..malam tu mak tido umah aku.Pagi takde xtvt cuma masak,makan,layan tv dan berborak dengan mak apdet kisah orang kampung.hehe

Petangnya hantar mak umah adik lelaki,lepak jap sampai 8.30 malam pastu mintak diri sebab ada plan dengan anak-anak.Kami ke Aeon Seremban2.ke kedai buku beli buku latihan untuk kakak dan abam,si kenit pun sibuk nak buku jugak..tersengih2 dapat buku dan kaler (pensil kaler ni rasanya sebakul kat rumah..tiap kali ke kedai buku beli pensil kaler,pastu sepah-sepah..eee sabar jelah) .Pastu tengok wayang citer Jack The Giant Slayer,tayangan 9.45 malam.Dah lama nak tengok citer ni tapi tunggu kakak balik.sib baik masih ada kat pawagam.Aku bagi 5 bintang.memang best giler citer ni dan berbaloi dengan tiket yang dibayar,anak-anak pun happy..

kisah seorang lelaki dengan pokok kacang.
Dan juga gergasi yang berada antara langit bumi
yang ingin menakhluki bumi
endingnya memang puas hati  

eh!cuba cari mana kakak.hehe 

bergambar dengan poster jelah
sebab tayangannya lewat sangat
Patutnya kakak balik kampung hari ini dengan makcheqnya,CikViva tapi last minute tak jadi balik kampung..so mungkin kakak dan mak aku balik esok.Cuma belum pasti naik flight @ naik bas.Kalau tanya  mak aku,lebih suka naik bas katanya..sebab bas akan berenti betul2 kat kampung aku.Kalau naik flight,dari epot ke kampung jauh..malas katanya,ikut pilihan mak la..mana-mana pun asalkan selamat sampai.

Bila kakak tak jadi balik kampung hari ni,abamlah yang paling happy sebab ada sehari lagi bersama kakak.Ofkos la umie dan ayah juga happy..kalau boleh Sabtu baru nak hantar kakak balik kampung.hehe

Okey..ada kerja kena setel..kendian sambung ye..daaa

Comments

Unknown said…
selamat bercuti :)
HeNRieTTa JoSe said…
sronoknya kakak balik kampung....rietta blom tgk lg movie tu...pool awam pown selesa juga...chantek jerr poolnye...
cheqna said…
berkumpul bersama2 memang besh
aliza said…
Seronoknya bila semua anak ada kann.. teringat zmn masa dia org kecik2.. bila semua dah besar nanti tinggal la mak bapak berdua semuala.. x dapat bayangkan saat tu,.. sedeh koott
ZieMarziah said…
seronok ye bila complete 1 family..mesti kakak sedih nak balik kg
Unknown said…
Assalamualikum..blh sy thu lokasi kolang renang kat mane?
Irfa said…
Maaf sbb tak ingat nama flat tu, tapi area dekat balai polis sg besi

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...