Skip to main content

Bicara Khamis

Khamis yang indah

# sampai opis..tengok yang mana penting,yang dulu di dulukan..yang kurang penting..esok jelah buat.hehe

# dapat sms dari sis Pb,katanya ada kat klia..menghantar family mertua yang nak ke tanah suci.so kuar jumpa kejap..dapat jugak berkenalan dengan adik iparnya, My Story Pic.kecil molek orangnya ;)

# tengah syok sembang..dapat call dari pengasuh..anaknya demam dan kena masuk spital.emm camner ye?aku dah sampai opis..tapi cik abe masih kat rumah dengan kenit (macam biasa sikenit akan pegi lewat kalau ayahnya keje petang) bincang ngan cik abe,maka aku kenalah ambik cuti 1/2 hari .sib baik belen cuti banyak lagi (banyak la sebab baru bulan Mac..cer bulan Nov,silap hari bulan takde belen.huhu) 

sekian apdet hari ini..

Comments

♥cikmOt♥ said…
hurmm...betul tu, setuju, bulan mac...belen banyak lagi...saya pun belen banyak lagi...ni pun jimat2...
cheqna said…
cheqna ada 35 hari lagi hehehe
nazayiena said…
Kak Nurul pun thn nie nak kena berjimat cermat cuti,cuti bila betul2 emergency.
Nong Andy said…
di tab yg lagi satu aku tgh buka n3 SR (my story pic) yg akan hantar adiknya ke Makkah :)

mcm kecil jer dunia blog ni kan.. :)
Irfa said…
#cikMot..
cuti tahun ni 24hari..dah pakai 4 hari masa balik kg on CNY..so belen 20 hari kena lah pandai2 jimat.harap2 anak pengasuh tak kena tahan lama2..

#CHEQNA..
tu dia..sebulan lebih punya cuti tu
jeles wei

#Nazayiena Ayiena..
betul tu..cuti hanya bila perlu.sbbnya,kaum ibu cutinya cepat habis berbanding kaum bapa

#NongAndy..
hehe.itulah pasal..sebab tu kalau boleh,elakkan dari kata mengata sesama blogger.esok lusa pasti tersebar ;)
NM03 said…
tahun ni kena start jimat cuti takot emergency pasal anak.

~adeQ~ said…
Lama betul tak jumpa kak PB, hehehe...ada jodoh kita jumpa eh sis. Makan2 nasi arab ke...hehehe
Acik Erna said…
dik kalau hari je tak pe..kot bersambung lagi..kena jugk tambah cuti kan
Dr K said…
Banyak lagi tu belen cuti 20 hari..:)
Bab pengasuh yg mtk el tu, selalu je berteka-teki dgn hubby, kan? Sape nak jaga...sapa nak cuti...hahahah! Selalunye, kitelah...adehh!
LYS said…
tahun ni blom cuti lagi...syabas bete! hehe
emarieys said…
irfa kalau ambil separuh hari..akan dipotong cuti separuh juga yer..
pB said…
baru jer masuk pejabat.
kul 1230 tengah hari tadik.


hi hi hi



dok tawaf epot, turun naik cari KLIA Transit
huhu hu
:: CIKVIVA :: said…
Cuti tahun lepas ade lagi..hoyeee
Irfa said…
# NM03..
Betul tu.
Anak tak sihat mmg tak sampai hati nak hantar pengasuh kan?Apapun harap anak pengasuh cepat baik

# NURSHI..
Kakpb kalau dtg klia mesti call..kalau kebetulan saya free boleh la jumpa
Makan nasi arab?kat saba’ tu ke?
Menarik tu.hihi

# DZ..
20 tu mcm banyak,tapi kalau selalu ambik..kejap je abis

# FARA..
Ye betul..jeles kan?
Huhu

# LYS..
Wah hebat..agak2 boleh simpan smpi hujung tahun tak.hihi

# EMA..
Ye,kalau half day,cuti potong setengah jugaklah
0.5 hihi

# KAKPB..
Aik camner boleh sesat?bukan masa turun tu tempat sy sama ke?
Kalau tahu tadi boleh tunjukkan jalan ;)
Unknown said…
memang kena setiasa bersedia jika pengasuh tiba2 ada hal kan...
salamlah kita.. awal tahun mmg cuti nampak byk.. tp bila dah akhir2 tahun.. mmg mcm tak cukup je..

re: akak pernah tengok buah kantan tu irfa. itupun sejak2 dah kawin dngan husband ni sbb kat kg mertua memang byk pokok kantan... bunga kantan sampai tak terhabis guna & akhirnya jadi buah.. kalau kebetulan ketiadaan bunga kantan.. memang boleh gantikan dengan buah kantan.. mmg sedap sama je sbb ia akan terbit aroma yang sama mcm bunga kantan juga..
Rumah Kuning said…
cuti pun kena jimat cermat jugak kan. cikgu hanya ada crk 7 hari selain dari cuti sekolah.
Ratu Hatiku said…
Nsb baik ada cuti lagi...
HeNRieTTa JoSe said…
Hmmm....naseb baek ada cuti byk....moga segalanya dpermudahkan....
ZieMarziah said…
kikiki betul2 sebab awal tahun memang la banyak cuti..tengah tahun dah mula berkira2..elok ujung tahun terus clear hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...