Thursday, March 21, 2013

Collagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen) Siri ke 2

Okey,ini sambungan entri semalam hahaha..siap ada siri ke 2 bagai.# dengan berkobar2 balik rumah terus jenguk hasil rendaman rumpai laut itu.Mak ai..penuh besen kecik tu

  • basuh dan bilas banyak kali sampai puas hati (tetap jugak ada bau hanyir air laut..si abam ingat aku rebus kerang 'umie masak kerang ke?'haha)
  • cari periuk besar (jenuh geledah lemari,jumpa satu periuk besar yang tak penah guna pun..yelah,selalu masak pakai periuk kecik je.sampai lupa bila ntah aku beli periuk itu)
dari sejemput bertukar jadi seperiuk

  • masukkan rumpai laut itu bersama dengan 2 liter air (takde penyukat so pakai botol air yg ada tulis 2 liter)
  • campak 5 helai daun pandan dan 2 sudu besar gula pasir (tiada gula perang)
rumpai di laut dan daun pandan di darat
dalam periuk bertemu jua

  • kacau dan biarkan dia menggelegak (mungkin sebab rendam lama sangat,kejap je dah hancur lebur rumpai laut itu)
  • biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas2 kecik untuk senang di makan
dapat 6 bekas
emm nak jual satu bekas rm berapa ye?
hehe

  • sebelum tido tadi dah makan 3sudu besar..aku cedok dan terus masuk mulut macam tu je.takde nak campur dengan apa2 pun.RASANYA ? bagi aku okey je walaupun ada rasa hanyir sikit dan takde rasa manis mungkin aku letak gula sikit sangat.huhu (apa sangat la rasa itu..kalau masa dalam pantang bersalin dulu,anak haruan yang berenang itu pun aku boleh telan hidup2.hehe)
  • pagi tadi..telan lagi 3 sudu tapi kali ini rumpai itu dah bertukar jadi macam agar-agar (kalau aku letak sirap mesti sebijik cam agar2 sirap)
sejukkan dalam peti sejuk
bertukar jadi agar-agar rumpai laut 

Sebelum telan siap doa 'Ya Allah,moga dengan izin Allah,benda ni ada manfaatnya untuk aku' hehe

9 comments:

faraherda.razalan said...

Skg ni mmg trend la colagen rumpai laut ni. Tp aku tak kesampaian niat lagi la kot nak mkn. Wahahahahaha!

Cho Zila said...

dah beli tak terbuatjer...

Acik Erna said...

assalam dik..adik akak sejak makan rumpai laut ni..boleh tahan juga naik badan je..kot tak dia tu kan kecik je..dia ada bagi akak satu bekas kalau dia dah siap buat..tapi akak sekali..sebab kalau hasil laut ni akak tak bewrapa nak tahan

shida said...

mmg terbukti rumpai laut ni bagus untuk kesihatan....

♥cikmOt♥ said...

hurmm...kita punya rumpai laut masih di laci opis...belum bertemu di dalam periuk...bila tah nak kerjakan dia

NenetPenne (NP) said...

akak dapat rmpai laut bukan warna ni..tak ada rasa hanyir..akak pakai gula perang.. tak terfikir nak taruk daun pandan...rasa mcm beledo nisse..

kalau nak jual, yang bekas paling besar tu kat petronas jual dgn harga RM12.00

NenetPenne (NP) said...

satu lagi, lupa nak bagitau, kawan akak makan ni, asyik nak makan jer..last2 badan dia jadi bulatttt...ha ha ha..

jarimanis said...

JM mmg sedang amalkan mkn kolagen ni :-) dh hampir 2 bln

Kayna said...

setakat nih ada perubahan tak rasa?