Skip to main content

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan oleh Ustazah Zawiah Hassan

Today is Friday, waktu rehat yang panjang, mesti ada macam2 acara (opis korang pun sama jugak kan?)

  • Pagi, ada makan free, menu utama soto yang cukup rempah disamping mihun, kek dan lain2 makanan. Memandangkan aku dah beli sarapan, so makan soto je semangkuk (satu mangkuk tapi 2 kali tambah.hahaha)
  • Jumbo Sale kat tingkat bawah (lobi), staf-staf jugak yang buka gerai dan berjualan. Macam2 barang dijual. Ada yang jual baju, tudung, kek, kerongsang, kerepek. Hampir2 terbeli tudung tapi letak balik sebab memikirkan itu cuma kehendak dan bukannya keperluan. Tapi terbeli jugak sebekas kolagen rumpai laut dapat free mask sekali (see the picture) ada jual yang mentah tapi tak beli, dasar tak berapa rajin nak merebus, baik daku beli yang siap sedia untuk masuk mulut.haha 
rm10
* kaler merah yang bekas bawah tu untuk di makan
* bekas kecik atas tu untuk sapu kat muka sebagai masker
Tapi paling best waktu rehat (2jam, 12.45-2.00 petang) ada tazkirah dari ustazah jemputan Ustazah Zawiah Hassan bekas pesara Jakim.

Ustazah Zawiah Hassan
* muka nampak serius tapi bila bercakap, kelakar jugak orangnya
Antara ilmu yang sempat dikutip dalam majlis ilmu tak sampai 2 jam itu ialah:
  • disunatkan menganjurkan majlis2 ilmu untuk mengingatkan kita kedatangan Ramadhan yang bakal tiba.
  • bulan puasa nanti elakkan pembaziran, cuba hayati betul hikmah puasa. bukan sekadar puasa mulut dari makan tapi juga puasa mulut dari mengumpat.
  • banyakkan bersedekah di bulan mulia nanti, bukan bermakna bulan biasa tak payah bersedekah tapi bulan mulia nanti gandakan lagi ibadah sedekah itu. Kalau mampu, jamu orang berbuka kalau tak mampu nak jamu orang berbuka dengan menu nasi arab, kita sedekah sekotak kurma untuk mereka berbuka nanti. Sekotak cukup sebulan kalau makan sebiji berbuka dan sebiji masa sahur. Kalau boleh pilih kurma yang elok dan bungkus cantik2 supaya seronok hati orang yang menerimanya.
  • banyakkan baca Qur'an. Kalau hari biasa baca selai sehari, bulan puasa nanti kalau boleh khatam al-Qur'an tersebut (tak banyak, sehari 1 juzuk, sebulan habislah 30 Juzuk tu) Insya Allah akan di usahakan.
  • bagi kaum perempuan, jangan jadikan alasan tak pegi masjid sebab anak2 kecik maka kita tak solat terawih. Boleh je buat sendiri kat rumah bila anak2 dah tido (terasa ai, huhu).
Selain itu ada share kisah rumah tangga, supaya kita menjadi isteri mithali dan bukannya isteri yang dikesali ;).

Contohnya:
  • contohnya: bila suami nak buat majlis buka puasa kat rumah, kalau mampu buat tu buatlah. Jangan bagi alasan 'sapa nak masak bang oi? sapa nak kemas rumah? awak nak kemas ke? rumah ni dahlah sempit' (padahal rumah luas macam surau). Sian suami nak buat pahala tapi di bangkang. Tapi kata ustazah kalau tak ikhlas, jangan buat. Tak pasal2 dari nak dapat pahala, dosa yang dapat sebab duk merungut kat belakang.
Lain2 perkongsian ilmu:
  • isteri kematian suami, tempoh edahnya ialah 4 bulan 10 hari.
  • isteri bercerai hidup 3 bulan 10 hari (3 kali period).
  • isteri  sedang mengandung semasa di ceraikan, talak jatuh selepas melahirkan.
emm apa lagi ye? Cukup tu je ye, kalau aku ingat nanti, aku tambah kendian. Sekianlah sedikit ilmu untuk dikongsi (^_~)

# ada gambar kenangan dengan ustazah tapi malu nak share. Biasalah, bila mintak orang tolong ambik gambar kita mesti ada je yang kita tak puas hati. gambar jauh sangatlah @ dekat sangat sampai nampak pori2. huhu 

Comments

Balqis Nazid said…
seronoknya lepas shopping dapat dengar tazkirah...insap.. :)
Nora Karim said…
seronoknya.. saya suka kalau pergi seminar ke, tazkirah ke, ceramah ke, training ke yang live.. kalau ada nasib sure boleh tanya direct pada penceramah...
Nieda Ramly said…
nak baca cerita gi Vietnam pula....hihihi
Unknown said…
kan.. aku tak suka orang ambik gamba aku.. hahaha..

eh tak komen pun pasal pengisian.. huhu
NenetPenne (NP) said…
kalau suami menolong tak ada hal..ni masalahnya suami tak menolong langsung...bak kata ustazah tu, kalau tak ikhlas baik jangan buat walaupun perkara yang kita nak buat tu adalah mulia...

betulllah tu..akak dulu bercerai hidup, eddah 3 bulan 10 hari tapi ada jugak kawan pompuan yang ngok bertudung ajak akak pi karaoke sebab katanya jantan yang minat akak tapi akak sekelumit pun tak minat jantan tu ada jugak kat situ nanti...ehhhh sekali akak cakap, eh kau tahu ke tak ni, aku dalam eddah mana boleh pegi tempat2 mcm tu..kalau aku lepas edah pun aku tak hingin pegi..cakap kat jantan tu, aku tak minat dia dan tak perlu nak mencuba nak tackle aku yer...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...