Skip to main content

IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan) oleh Dr Azizan Osman

~SALAM ISNIN~
Pagi ni bumi basah di timpa hujan
syukur setelah jerebu dan panas berhari2
sekarang hujan datang membersihkan sisa2 jerebu
Terima Kasih Allah

malam tadi tak cukup tido melayan si kenit yang batuk
# si kenit Ajaa Puteri Misha Naina batuk/selsema lagi malam tadi
(nama tu dia sendiri yang tukar lepas je baik dari demam minggu lepas)   



apa2 hal pun..sarapan dulu ye
macam biasa, sarapan adalah heavy
# jarang lunch

Okey, ni nak citer apa yang aku buat Sabtu lepas
aku dan en abe hadir seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr Azizan Osman
artis jemputan ialah Afdlin Shauki
# mereka nampak cam kembar di atas pentas


# join pun sebab free, kalau berbayar aku pikir 16x kot
sebab bagi aku sesapa je yang bercakap pasal motivasi ni
diorang bercakap dan ulas benda sama je

ops.. aku kenal nama dia pun sebab baca nama dia terpampang kat dada 
pemain bola THE RED WARRIOR (GOMO KELATE GOMO)

tapi ramainya manusia
tua muda miskin kaya semuanya ada
seminar free tu di adakan didewan PGRM Cheras
jam 8.30- 1.00 tgh hari

beberapa jam dalam tu ada satu kejadian
- budak sebelah aku (budak muda, pompuan awal 20an kot)
bercakap pot pet pot pet dari mula duduk 
sakit telinga aku dengar
last2 tanpa sedar tindakan refleksi berlaku
aku tercuit bahu dia dan buat isyarat jari di mulut
lepas tu baru aku terfikir 
'eh! apa aku buat ni?'
huhu
sib baik budak tu tak hempuk aku dengan hbag
dahlah aku terpisah dengan en abe
lelaki dan perempuan di asingkan tempat duduk

dan perkara yang aku sempat ingat ialah:

- berbuat baik pada IbuBapa supaya hidup diberkati Allah
- jangan kedekut dan takut miskin untuk bersedekah
- penghalang kejayaan ialah diri sendiri yang tak nak berubah

apa lagi ye?
berjam2 sejuk beku dalam tu
itu je yang ko ingat Irfa? alahai

penghujung majlis, sesapa nak join next class dia dikenakan yuran
boleh tahan reganya
so aku baca buku jelah kot, hahaha    

PAGI NI,
baru sempat gugel siapa Azizan Osman
kisah dan gossip tentang dia
banyak jugak kisah -

terpulang pada pendapat masing2
kita bukan sesiapa nak menilai orang
nak percaya, percayalah
tak nak percaya sudah, nama ko Bedah
(^_^)
  

Comments

NenetPenne (NP) said…
motivasi tu adalah diri sendiri..kalau kita fikir semua menda negatif, maka negatif lah jadinya... tu jer..

so bila nak sambung belajar?? hahahaha...

puteri misha naina?? mana dia dapat nama tu??? :)
Irfa said…
KAK NET..
kan?
spjang dlm kelas tu xde pulak sy dgr dia burukkan orang
tp bila baca kat google.mcm2 kisah dia ..banyak nya kisah peribadi la
sy ambil apa yg elok je dlm kelas tu ;)

sambung belajar?hehe, next topic pls

puteri misha naina tu kami satu family pun pelik.tetiba je hilang nama 'siti' tp di ganti dengan nama 'puteri' siap suh orang panggil dia ' PUTERI' yang tak tahan tu ;)
Ann Ishak said…
ada jugak dengar, ceremah AO ni memang boleh tahan mahalnya
Dr K said…
AO...saya masih tak tergerak hati nak dengar seminar beliau..:)
Arena said…
Best sangat ker kelas nya? Macam terhebat di pasaran jek war war tu.
Nieda Ramly said…
rasa2 mcm pernah baca blog Dr Azizan ni masa dia buat PHD di UK dulu.....
sudipVSsenduk said…
pantun nama kau Bedah tu akak suka...
sitiezahim said…
kadang2 mmg kena denga motivasi kan supaya kita semangat skit nak teruskan hidup..hehehe
Anonymous said…
Ramai yang menghadiri seminar beliau ni walaupun berbayar.
Irfa said…
ANN..
alang2 dah free tu pegi jelah
nak jugak tahu apa yg hebatnya pasal dia ni :)
Irfa said…
DZ..
selalu tgk kat paper mcm ramai sgt yg dtg seminar ni
so takdelah heran kenapa ramai,sebabnya kalau free memanglah ramai yg datang
yag berbayar tak pastilah penuh ke tidak dewan tu ;)
Irfa said…
ARENA..
bagi aku biasa je mcm kita gi seminar motivasi yg lain
senang citer, kalau gi seminar apa2 pun penceramah kena pandai bercakap
pandai ambik perhatian pendengar, pandai buat lawak sikit2 supaya penonton tak bosan
yg lain tu biasa je
Irfa said…
Nieda..
baca gossip tu susah nak kata,nak percaya dengan tak percaya sama banyak persennya ;)
Irfa said…
SUDIP vs SENDUK..
pantun tu mmg AO yang sebut :)
Unknown said…
2 3 bulan lepas abang ade gak attend seminar nie kat shah alam,punyalah excited balik sampai umah terus suh akak wat fb...nak meniaga online hu hu....
Unknown said…
Untuk berjaya..Sila berfikir di luar 'kotak'

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')