Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2: Buoh Kekoh Cha (Buah Melaka aka Onde-Onde)

Hari ke2 Ramadhan

sedikit mengantuk pagi ni
pening kepala pun ada sebab tido bangun dan tido balik, huhu

semalam berbuka makan apa?
aku biasa-biasa je
berbuka pun dengan si abam sebab en abe shift petang

pencuci mulut beli sekeping murtabak
masa nak beli tu perasaan macam boleh habis 5 keping tu aku sorang
tapi takdelah aku nak beli lebih
sebab dah agak sekeping tu pun silap haribulan tak habis makan
kan betul dugaan aku, jenuh aku nak abiskan sorang
si abam tergolek lepas habiskan 1 liter air soya, huhu
nasi pun tak habis sepinggan

okey ni nak tanya
korang kenal 'buoh kekoh cha'?
ala buah melaka aka onde-onde
tapi adik lelaki aku masa kecik dia sebut 'buoh kekoh cha'

apa maknanya?
Buoh - buah
Kekoh - gigit/makan
Cha- gambaran air gula melaka yang memancut keluar selepas di gigit/dimakan

ini antara kuih yang sinonim dengan bulan puasa kan?
bukan susah pun nak membuatnya
tepung pulut di bancuh
dan di gentel2 bulat
masukkan 'nise' dalam tu
dan plup masuk dalam air rebusan
dah timbul tu maknanya dah masak
pastu di golek2 atas kepala parut
siap

nak resepi?
cikmatgebu ada resepinya

sumber gambar dari Dapur Tanpa Sempadan by MatGebu

apa kuih kesukaan korang di bulan posa ni?
senang citer, kuih wajib beli tiap kali tiba Ramadhan la
apa? macaroon? omputeh sangat, hehe

22 comments:

  1. kadang2 tak char pun sebab nisse tu tak cair lagi dalam buah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NET..
      haha,betul tu sbb nise tu kecik sgt smpi x sempat nak 'char'
      ops..masa tulis perkataan 'memancut' tu rasa sedikit pelik.hihi
      kena tukar ke?

      Delete
  2. ok jer ayat 'memancut' tu cumanya bergantung kepada persepsi mereka yang membaca....hahahah....
    kalau otak dia blue, maka pada fikiran dia, bluelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?
      oklah..sbb itu mmg gambaran sebenar kejadian
      hahaha

      Delete
  3. saya pun sama, pagi ni rasa pening sikit sebab tidur balik lepas subuh tadi..adoi...

    best juga kalau makan kuih ni di bulan puasa, saya kalau beli makan sikit, nak tunggu balik kampung, makan yang mak masak banyak2. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy Nasiha..
      konon kejap tapi terbabas jugak
      sib baik sempat bangun,kalau tidak harus anak bujang tak gi skolah
      nak mak jugak yg buat ye?
      anak manja nih.hihi

      Delete
  4. Tahniah dulu dari aunite buat abam. Moga abam terus kuat ye sayang...

    Kalau kakak buat buah melaka ni tak adanya nak letak atas paper cup tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAKIE..
      tq kak,moga kuatlah untuk posa penuh
      dia sendiri yg cakap nak posa penuh
      wpun ramai kata tak wajib posa penuh budak umur 8 tahun
      bagi saya, masa rebung ni lah nak didik
      kalau dah jd buluh xleh nak buat apa dah

      blog masak mestilah hias lawa2
      kalau saya,dengan dulang tu sy ambik gambar letak kat blog
      hihi

      Delete
  5. Replies
    1. NIEDA..
      part dia pecah dlm mulut tu nikmat sangat kan?
      takleh makan selalu,manis ni

      Delete
  6. saya suka sangat badak berendam, tapi dekat kl ni payah sangat nak jumpa yang berkuah...semuanya menyerap kuah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANN..
      oh yg ada kuah putih tu kan?penah makan tapi x tahu kuih apa
      igt2 lupa bila sebut badak berendam

      Delete
  7. buah melaka tu nampak gebu...tahan liur ye JM :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM...
      kalau pegi blog tuan empunya,konfem asik telan air liur je
      huhu

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Dah lama tak dengar orang sebut "buah kekoh char" ni...
    Tetiba je rasa nak lompat balik kg posa sebulan kat sana ----> PARAm sana lagi best juadahnya huh u huhu dok teringat nekbat, akok, sekaya telor alahai!

    Sabarlah tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANNYSS..
      eh!tahu jugak ke?

      satu lagi kuih mesti beli ialah 'akok kedut'
      kuih akok tu pun also my feveret
      belum berjumpa lagi nih,kalau balik kg konfem beli,hihi

      Delete
  9. Dulu2 selalu juga merajinkan diri mencuba masak onde-onde ini..dah lama tak membuatnya, tapi memang tak sukar memasaknya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      sy penah buat tahun lepas @ 2 tahun lepas kot
      hihi..tak susah
      tp yg senang tu selalunya susah nak buat

      Delete
  10. semalam dah gentel anak beranak... puas makan sbb buat sendiri kasi inti besor2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MULAN..
      sempat ye menggentel,sy juga masih duk membilang hari
      haha.ada je alasan ;)

      Delete
  11. emm..bpe ringgit dah aritu yg a.long beli sepaket buah kekoh cha ni? lawak sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      rm2 sepeket,ada besar lubang hidung je buahnya
      sekali makan 3biji x lekat celah gigi

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)