Monday, July 15, 2013

Ramadhan 6: Jangan Lupa Kunci Jam

Salam Ramadhan ke6 (kejap je dah hari ke 6 ye, rasa cepat sungguh masa berlalu). Dah ada yang ter' miss sahur ke? aku dah, kejadian berlaku semalam (Ramadhan ke5), konon berlagak taknak kunci jam. Sekali, bukak mata jam dah 6.40 pagi, huhu. Yang dewasa takpelah lagi, tapi kesian kat si abam la.

Bila aku kejut dia bangun solat Subuh, dia tanya 'umie,abam dah makan sahur ke tadi?' boleh je aku jawab 'dah makan' sebab dia pun tak ingat, hihi. Tapi aku bukanlah sekejam itu. So aku cakap 'sori abam, umie terlupa bangun, kalau abang tak nak posa pun takpelah, salah umie pun bukan salah abam'. Tapi dia kata 'takpelah, tak dosa kan kalau tak bangun sahur sebab terlupa, abam nak puasalah'. Akhirnya berjaya jugak dia posa sampai ke waktu berbuka cuma ada sedikit drama, dia sakit hati sebab adik habiskan biskut oreo dan terpaksalah aku call en abe mintak belikan biskut Oreo lagi untuk si hero.

Peringatan utk diri sendiri, jangan malas2 lagi kunci jam, huhu

IOkey, ada sikit ilmu yang jumpa dalam kotak emel untuk di kongsi pagi ini

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Okey, selamat berkerja ye korang, nak gugel resepi pun tunggu lah petang sikit ye, awal lagi ni (^_^)

23 comments:

  1. Tak kunci jam nampak nya tak bersahur lah...tak ada nya nk boleh bangun sendiri JM nih :-)

    JM ni jenis malas nk masak coz nk mkn sorang jer..nak tahu apa JM buat..pegi masjid heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      selalu kunci,semalam saja cari nahas
      konon nak test boleh tak bangun sendiri tanpa bunyi jam
      mmg terbangun pun jam 3.30 pagi
      rasa awal lagi..so tido balik,emm alamat terbabas le
      bagus tu,ambik berkat berbuka kat masjid
      jimat pun jimat ;)

      Delete
  2. Puasa beberapa tahun lepas, masa tu rumah baru lepas renovate. Puasa yang ke 28 memasing penat kemas rumah. Berbuka pun memasing teguk air aje. Kuih dgn nasi langsung tak sentuh. Malam pun sambung kemas lagi.

    Hasilnya?

    Puasa 29 bangun jam 7.30 pagi! Haa amik kau. Apa nak buat, teruskan je la puasa. Tapi alhamdulillah semua nya lepas sampai buka. Buka pun masih teguk air lagi. Habis air berjag-jag, nasi dan lauk orang kunjungan pun kami pandang sepi aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear T.A.T.A..
      tq singgah sini, nak ke blog awak wordpress tu xleh komen lak
      konfem betul2 penat tu smpi tak sedar langsung untuk sahur
      sebenarnya air benda pertaam di cari bila berbuka ;)

      Delete
  3. waa..samalah kita..tapi aku kunci jam.. pagi ni.. tengok2 da pukul 6.20.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KESOMA..
      apa kata lain kali, minum dulu baru tengok jam
      hehe

      Delete
  4. kejamnya adik, abis kan biskut oreo...boleh bergaduh ni kalau beli baru, hehe...setuju tu kak, kalau tak kunci jam, memang boleh terbabas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ORGA..
      adik mmg menguji abam semalam
      kalau makan,mulut tu pandai diam xpe jugak
      sambil suap siap cakap 'sedapnya biskut oreo ni,ajaa suka'
      mahu tak abamnya hangen

      Delete
  5. alhamdulillah...abis juga puasa abam walau x sahur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYIFA..
      katanya 'cikgu nak bagi hadiah sapa puasa penuh'
      hehe,takpelah...budak2 kena ada semangat
      kalau org tua melampau la taknak posa sebab x bangun sahur

      Delete
  6. Replies
    1. MAKLONG..
      sama2, kopi pasta je pun ;)
      tp info yg baik utk kita semua

      Delete
  7. Cian abam. Takpelah. Umie eksiden tidur katanye...heheheh~

    ReplyDelete
  8. Salute auntie dgn abam. Kuat semangat.
    Sebenarnya Irfa puasa dan solat ni pun kira macam ikut keturunan jugalah. Kalau atok/nenek/mak/ayah jenis puasa anak-cucu pun mudah nak ikut. Tahniah buat abam

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAKIE..
      dia dah mula belajar posa umur 5 tahun lg,suka suka ikut kakaknya
      tp masa tu sahurnya jam 7 pagi ler,posa sekerat2 hari je
      dah 6 tahun lebih sikit,7 tahun dah penuh..so 8 tahun xde la mslh
      smoga membesar nanti berterusan

      Delete
    2. Saya tanya anak bos satu hari tu, puasa tak? Dengan muka yakin dia kata, puasa. Oh bagusnya. Masa tu umurnya baru 5 tahun.

      Bila saya tanya bos, bos kata dia tak puasa. Laa? Tapi dia dengan yakin cakap puasa? Laa bebudak, kan. Faham-faham aje la.

      Huh, saya ni innocent sangat ke? Bebudak pun saya percaya sangat.

      Delete
    3. T.A.T.A..
      senang citer mcm ni ler,semua org ada kisah kanak2 curi2 makan/minum masa posa
      dah besar baru berani citer kat mak ayah
      masa tu mak ayah pun dah tak berani marah.lagipun itu kisah budak2
      apa yg saya nak cakap kat sini,ajar puasa dari kecik
      nanti dah besar dia akan biasa
      tp 'curi2 minum air paip' tu rasanya ramai yg buat
      dah besar nanti buat jugak mmg bangang sangat la kan
      sendiri paham2 la..

      Delete
  9. wah seronoknye bile dgr anak ckp mcmtu... tabik spring buat abam.. bagus nye abam.. tak sahur pun nak puasa lagi..alhamdulillah... hihi.. jangan malas kunci jam ye umie..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAYYANA..
      hehe,mmg salah umie hari tu
      janji x buat lagi..

      Delete
  10. alarm kunci kat henset je senang. kalau tak bangun 5 minit dia repeat mode. kalau tak bangun gak tak tau la...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. B-NILAI..
      mmg set alarm kat henpon je pun
      tp hp baru ni aku x jumpa kat mana nak set otomatik
      kena set manual,huhu

      Delete
  11. Tahun ni tak terbabas lagi. Tahun lepas memang ada. Kesian si kecik. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Sebab sound alarm ter off..hari pertama puasa terbangun lmbt. Kelam kabut mkn..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)