Thursday, July 18, 2013

Wahai Lelaki, Sedarkah Kamu?

Malam tadi, aku tertido awal, sedar2 jam 12.30 malam itupun sebab dengar pintu di ketuk banyak kali ingatkan mimpi rupanya en abe lupa bawak kunci. So, dah terbangun memang susah nak tido balik. Jom layan ceramah kat tb (en abe download kat usb). Tajuknya Fenomena Baru, Kenapa Tak Nak Anak Ramai (suka-suka aku letak tajuk). Jemputan ialah UAI dan Ustaz Bollywood.

Aku cilok sikit2 lah ye ekon opis ni sejuk gile, nak menaip pun tangan gigil sebab sejuk

Isu perbincangan ialah orang zaman moden ni suka merancang keluarga dengan macam2 alasan:

  • alasan biasa ialah $$ tak mencukupi untuk ada anak ramai. Sedangkan Allah dah kata, rezki anak2 kamu datangnya dari Kami. Setiap anak ada rezki masing2
  • kaum wanita bagi alasan nak jaga badan. Dia bagi contoh: kes seorang lelaki 'tut' anak jiran dengan alasan 'memang isteri saya cantik, tapi sebab nak jaga badan dan nak cantik, nak 'tut' sekali sebulan pun susah. Yang ni aku sakit hati dengar, alasan semata-mata sebab nak tutup pekong sendiri. itu bukan alasan la, pompuan ni macam kerak nasi, pujuk elok2 mesti dapat punya. Takkan tu pun nak kena masuk kelas baru pandai
  • alasan lain, 'kualiti lebih penting dari kuantiti' walaupun Nabi pesan suh meramaikan umat Nabi Muhammad. Dalam hal ni takde jaminan yang sikit itu akan berkualiti tapi ramai yang takut bila anak ramai, tak mampu didik anak sebaik mungkin, itu aku percaya. 
  • taraf hidup zaman ini tak mengizinkan sebuah keluarga mempunyai anak ramai, dapat sepasang pun rasa dah cukup, 3 tu pun dah cukup ramai. Kalau sesapa ada 5 anak semua ternganga kagum. bayangkan kalau anak 22 orang macam ustaz tu (satu emak/satu bapak).

Bab ni, aku pun taknak komen lebih2 sebabnya, kita aku pun ada sebab tersendiri kenapa merancang keluarga. Kalau ada aku terima je.



Dan satu lagi video tentang Besarnya Tanggungjawab SeorangLelaki:
  • kalaulah lelaki tahu betapa besarnya tanggungjawab bila bergelar suami, mereka takkan mampu senyum masa berjabat tangan dengan Tok Kadi.
  • tanggungjawab suami bukan setakat bagi makan dan pakai je, kalau bini tak tahu mandi hadas besar pun tanggungjawab suami untuk bagitau. berapa kerat yang tahu pasal ni?
  • kalau tak mampu bagi didikan agama pada isteri dan anak2, para suami kena upah guru agama untuk mengajar. Bukannya biarkan mereka pandai2 sendiri, kalau semua dah buat, tapi tetap jugak taknak jadi orang, sekurang2nya kamu dah berusaha. Mungkin itu ujian Allah untuk kamu. 
  • banyak yang berlaku, suami tak berani nak tegur anak bini. Ustaz kata 'ajak keluarga kamu ke masjid, kalau bini jawab 'tak boleh bang sebab malam ni ada party tapuwe kat rumah jiran' kamu ambik kapak belah dua tv tu. Apa sangat rega tv yang tak sampai rm1000 tu' Sapa mampu buat macam tu?
Serius, bila dengar ceramah macam ni aku terbayangkan hero aku sorang tu sorangla buat masa sekarang, ke depan tak tahulah kan. Aku terfikir, mampukah kami mendidik dia menjadi lelaki yang bertanggungjawab pada keluarganya dan paling penting pada agamanya. Beratnya tanggungjawab jadi mak ayah ni.

# pesal entri aku hari ni ada unsur emo je? emm 

4 comments:

  1. laki memang gampang...bukan semua tapi yang tak semua tu lah yang paling ramai...hoihhh emooo...

    ReplyDelete
  2. Ish....seram aku baca beb. Dalam seram, ralit gak aku baca. Haih. Betul-lah org lelaki ni paling susah nak msk syurga tp ironinya, dioranglah penghuni terbesar syurga.

    ReplyDelete
  3. walaupun pendek...ada yg bermanfaat...utk dipelajari...

    ReplyDelete
  4. 1. Kakak sebenarnya nak anak ramai tapi Allah bagi 3 syukurlah...
    2. Suami/lelaki kadang terjebak hanya kerana perempuan. Jadi didik anak-anak kita jadi lelaki/perempuan yg sentiasa berada dilandasan agama. Tak pandai sangat sekolah pun tak apa kalau ada pegangan agama mesti mereka tahu dan berusaha utk menjalankan tanggungjawab yg digalas.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)